ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Tuesday, March 28, 2017
Ikan Goreng Bersambal
Masakan hari minggu. Sebelum keluar bertugas di Dewan Besar untuk program anjuran jabatan, sempat membeli belah barangan keperluan dan memasak makanan tengahari, Hujung minggu yang sangat padat....dari hari Khamis ke Segamat memulangkan siBuruk yang comel, kemudian pagi Jumaatnya bergerak ke Batu Pahat....sempat melabuhkan punggung sekejap bergerak pulak ke JB untuk menziarahi kakak ipar yang sedang dalam rawatan kanser. Malamnya bergerak balik ke Batu Pahat. Sabtu petangnya bergerak balik ke sini. Ahadnya berkerja pulak sebelah petang.
Memang memenatkan....rasa macam nak sambung cuti sebab kain baju kotor dari kampung belum sempat dicuci....stok baju bergosok semakin kurang.....rumah pun belum sempat digilap....Gitu la kehidupan la ni...sibuk dengan urusan dunia dan akhirat....tapi dalam sibuk2 tu masih sempat ke dapur....Alhamdulillah.
Ikan Goreng Bersambal
1 ekor ikan bawal (saiz besar lingkungan 900 gm - 1 kg) - bersihkan, kelar, gaul garam dan kunyit - goreng)
Untuk Sambal
15 biji cili kering - rebus lembut dan kisar bersama *
*2 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
*2 batang serai
1/4 cawan air asam jawa (sesudu kecil asam jawa, bancuh dengan 1/4 cawan air)
garam dan gula secukup rasa
1 ikat asparagus - potong 2 inci
Tomato ceri
Minyak menumis
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Tuangkan air asam. Gaul sebati. Biarkan mendidih seketika. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan asparagus dan tomato. Gaul rata dan tutup api selepas 3 minit.Tuangkan ke atas ikan goreng. Sedia dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment