ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Friday, November 4, 2016
Sayur lemak kulit rambai
Rezeki hari khamis. Ada orang yang hadiahkan rambai kat opis. Banyak. Alhamdulillah.... Terinagtkan menu kulit rambai. Apa lagikan...akak pun usaha sepenuh jiwa untuk memakan rambai tu semata2 nak mengumpul kulitnya untuk digulaikan.
Gulai kulit rambai ni ada banyak versi....versi terengganu...ada versi N9 & Melaka. Versi ganu ni macam yang saya buat dalam gambar ni la. Klau versi nogori tu biasa la....pedas...cili padi. Kat sini saya share 3 versi....boleh pilih mana berkenan.
Selain digulai, boleh juga kulit rambai ni dikeringkan dan dikisar menjadi scrub untuk muka dan kulit......kat kelantan banyak jual kat pasar siti khadijah tu scrub kulit rambai ni....lama dah tak beli.
SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
Sumber K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
Buah rambai ~ ambil kulitnya sahaja
petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 3/4 cawan air
garam dan sedikit gula
Cara:
Panggang ikan dan ambil isinya. Hancurkan.
Celur sekejap kulit rambai dan bila dah sejuk sedikit, perah airnya utk membuang rasa masam.
Masukkan isi ikan, air, bawang besar, cili merah, garam, sedikit gula dan juga kulit rambai kedalam periuk.
Masak hingga mendidih dan masukkan santan fresh/pekat.
Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.
MASAK LEMAK KULIT RAMBAI KERING
Sumber aziancollections.blogspot.my
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk sederhana santan pekat
1/2 mangkuk sederhana santan cair
10-20 biji cili padi
(boleh kurang atau tambah)
1 1/2 inci kunyit hidup
400gm udang putih kecil
(buang kulit)
3 batang serai
(di titik)
1 mangkuk kecil kulit rambai kering
( rendam dan bila agak lembut, toskan)
CARA MEMASAK:-
1. Tumbuk lumat cili padi dan kunyit. Masukkan kedalam periuk atau kuali.
2. Masukkan juga santan cair, serai dan kulit rambai (boleh dihiris halus atau biarkan kasar). Kacau selalu.
3. Bila mendidih,masukkan pula santan pekat dan udang yang telah di bersihkan.
4. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga mendidih dan agak pekat sedikit.
5. Angkat dan hidang.
KULIT RAMBAI MASAK LEMAK CILI API
Sumber nedlinatalisz.blogspot.my
Bahan-bahan
semangkuk kulit buah rambai
secekak pucuk puding mangkuk
sedikit ikan bilis
seinci kunyit hidup
10-13 biji cili api (ikut suka)
1 kotak santan
sedikit air
garam dan gula
Celur sekejap kulit rambai dan pucuk puding mangkuk.. Then bila dah agak lembut, angkat dan tos. Perah air kulit rambai dan puding mangkuk skit, supaya nanti gulai kita x terlalu masam.
Blender cili padi, kunyit hidup dan ikan bilis hingga lumat. Then masukkan ke dalam periuk, bersama kulit rambai, puding mangkuk dan air.. renehkan kejap dan masukkan santan. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.
Garam-gulakan dan biar dlm 5 minit.. kalau rasa kurng masam, boleh tambah asam keping. Tapi selalunya air kulit rambai dan puding mangkuk tue dah cukup buat kuah rasa masam.
Bila dah cukup semua rasa, padamkan api dan sedia utk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Masak lemak cili padi ikan kembung dengan kulot rambai
Bahan-bahan ( untuk makan lebih kurang 3 orang )
Ikan kembung 3 ekor ( atau apa2 ikan yang disukai )
kulit rambai yang siap sibelah2
serai 3 batang dititik
bawang merah ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
cili padi ditumbuk halus
kunyit hidup ditumbuk halus, atau kunyit serbuk
santan kelapa satu mangkuk ( macam gambar diatas )
daun kunyit
garam secukup rasa
Panaskan santan dalam kuali, masukkan bahan2 tumbuk, daun kunyit, serai dan garam. Masuk kan juga kulit rambai. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Dah mendidih masukkan ikan yang dah dicuci bersih. Kacau lagi sampai ikan masak. Dah siap pun. Masakan ni popular juga kat kampung Melekai, Johol Negeri Sembilan dan kawasan sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment