ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Sunday, July 3, 2016
Iftar 27 : Kerabu kedondong
Bila buah kedondong tengah banyak macam2 menu ble buat. Bukan setakat buat jus jer, jeruk boleh, pajeri boleh.....kerabu pun sodap. Dah seminggu agaknya saya dok simpan hasrat nak buat kerabu.....tapi sebab tak ramai yg nak makan kat rumah ni tu yang pendamkan sekian lama. Hari sebab adik beradik sefamily datang berbuka ramai2, saya gagahkan juga amik buah kat pokok depan umah dan buat kerabu yang sedap nih....
Korang cuba la kalau ada stok nanti yer....rangup2...lemak2....pedas2....sedap2....
Kerabu kedondong ZLC
10 biji buah kedondong - hiris lidi
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
1 pokok daun ketumbar - hiris (optional - saya tak letak sebab takde stok)
Cili padi hiris secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
1 sb jus lemon/limau
Segenggam kacang tanah - sangan - tumbuk kasar
Sejemput udang kerinh - sangan - tumbuk
Satukan semua bahan. Boleh sejukkan sebelum dinikmati atau makan terus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment