ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Friday, July 1, 2016
Iftar 24 : Bayam merah masak bening
Ini la untungnya berbudi pada tanah. Kawasan surau yang lapang tu dimanfaatkan......selain ditanam pokok2 buah2an kariah bergotong royong menanam sayuran. Hasilnya sayur yang sihat bebas racun serangga.
Bayam ni dah matang. Jadi kami tuai dan hasilnya dibuat sayur bening hidangan iftar ke 24. Kebetulan ada kariah yang menganjurkan majlis buka puasa disurau sempena hari kelahiran anaknya. Jadi sayur bening ni buat hidangan tambahan jer la.
Sayur bening
1 ikat bayam - potong la ikut suka
1 paket cendawan tiram
1.paket bebola ikan/bilis
1 biji bawang besar hiris
1 biji cili masak hiris
Garam dan air secukupnya.
Hirisan daun sup (optional)
Didihkan air bersama bawang dan bebola ikan didalam periuk. Masukkan bahan lain dan perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api setelah sayur lembut. Angkat dan hidangkan sayuran bersama lauk pauk pilihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment