Thursday, July 30, 2015

Cream puff

Dua resepi creampuff yg sangat saya suka kerana memberi hasil yang marveles....

Creampuff - minyak

Bahan untuk choux pastry

250 ml air (1 cawan)
125 ml minyak (1/2 cawan)
250 ml telur (1 cawan)
150 gm tepung (1 1/8 cawan)
1/2 sk garam
3 sk gula

Masak gula, garam, air dan minyak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau cepat2 hingga tepung sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk dan konsistensi kental.

Masukkan telur satu persatu sambil diadun sebati. Masukkan adunan ke dalam piping bag menggunakan nozel bintang atau bulat. Paipkan ke atas loyang dengan jarak 1 inci setiap satu.

Panaskan oven 200°C. Bakar selama 35 -40  minit atau 250 °C selama 12-14 minit dan turunkan suhu kepada 150°C dan bakar lagi selama 20 minit.

Biarkan sejuk dan potong dua tapi jgn sampai putus. Dan paipkan inti kastard.



Cream puff - mentega

Bahan2nya

Bahan A
1 cawan Air
100 gm mentega
1/2 sk gula
1 st esen vanila

Bahan B
Secubit garam
125 gm tepung gandum
3 biji telur

----

Masak bahan A hingga mendidih.
kecilkan api dan masukkan tepung dan kacau hingga tak melekat di periuk. sejukkan 10 - 15 minit.

pecahkan telur satu persatu dan kacau sebati .....saya guna hand mixer.
masukkan adunan ke dalam piping bag guna nozel utk kuih samprit dahlia pun boleh.

paipkan ke atas baking tray. bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.

kuarkan dari oven dan lubangkan sedikit cream puff
untuk kuarkan wap panas supaya mengelakkan cream puff mengecut/meleper bila dah sejuk

Kastard filling 1

2 cawan susu - boleh campur dgn air - 50 - 50 kalau tak mahu lemak sgt
1 biji telur
25 gm tepung kastard
25 gm tepung jagung
100 gm gula castor - secukup rasa
1/2 cwn teh esen vanila.

Sedikit garam
1 sb mentega

masak semua kecuali mentega di atas api sehingga likat dan berkilat. sentiasa kacau supaya tak hangit. kalau terlalu likat boleh tambah susu atau air. masukkan mentega. sejukkan sebelum masukkan ke dalam piping bag. - kastard ni kalau kurang air nanti bila sejuk keras sangat sampai jadi puding plak.

Paipkan kastard ke dalam cream puff yang dah sejuk atau suam2 kuku melalui lubang yang di buat tadi...
Dah siap....nak hias dengan gula ising pun boleh...

Filling kastard 2

4 cawan / 1 liter susu
3 st esen vanilla
1 1/4 cawan (250 gm gula)
1 biji telur + 5 kuning telur
1 1/8 cawan / 150 gm tepung jagung
125 gm mentega

Bahan lain

1 cawan whipping cream + gula ising
Gula ising untuk hiasan

Satukan telur, 100 ml susu dan tepung jagung. Gaul rata. Panaskan baki susu dan esem vanila serta gula hingga mendidih. Tutup api dan masukkan adunan telur dan kacau rata. Nyalakan api perlahan dan kacau sehingga adunan likat dan berkilat. Tutup api dan tutup periuk dan biarkan adunan sejuk.
Tambah mentega dan kacau menggunakan pemutar elektrik (mixer) hingga sebati.

Pukul whipping cream + gula ising hingga kembang dan bertanduk.

Paipkan krim kastard ke dalam creampuff dan kemudian paipkan whipping cream. Taburkan gula ising di atas creampuff sebagai hiasan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...