Friday, July 11, 2014

Karipap apam

Lama tersimpan resepi KARIPAP APAM yang saya cnp dari Mama Mimi nih.  Akhirnya.....



KULIT
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan susu segar / susu cair
1/2 sudu teh yis kering
2 sudu besar gula pasir
Secubit Garam
1/2 sudu teh eno biru
1/2 sudu teh pes pandan ( saya tak letak)
Beberapa titis pewarna makanan

cara2nya
Satukan 1 cawan tepung, gula, garam, air dan susu. Kacau rata
Tambahkan yis
Kacau rata
Tutup bekas dengan plastik
Perap adunan selama 1 jam
Selepas 1 jam, tambahkan Eno
Kacau rata
Kemudian tambahkan pes pandan dan pewarna makanan
Kacau rata

Panaskan non stick pan
Letakkan sedikit minyak
Sendukkan 1 senduk adunan dan layangkan pan agar adunan rata

Masak sehingga 2~3 minit jangan sampai hangus
Setelah angkat terus letakkan atas acuan karipap dan masukkan inti

Untuk mengelakkan kulit melekat pada acuan, letakkan sedikit minyak pada gigi acuan karipap agar mudah dikeluarkan dan tidak koyak
Ulang sehingga habis

-------------------

Untuk inti kelapa kacang

1/2 biji kelapa parut 
3/4 cawan gula pasir (boleh juga guna gula Melaka ) 
1 helai daun pandan 
Segenggam kacang tanah ( digoreng, buang kulit dan ditumbuk kasar )
Beberapa titik warna pink 

Cara - caranya :)

Untuk inti:  Masukkan kelapa parut dan gula pasir tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula pasir selama 10-15 minit. Inti akan menjadi berkilat dan angkat. Buang daun pandan tadi.Setelah sejuk campurkan dengan kacang tanah yang telah ditumbuk kasar tadi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...