Tuesday, May 20, 2014

Kaswi lapis pandan

Kuih muih kegemaran saya....kaswi... kali ni try resepi yg lain skit...kaswi lapis...dua lapisan dengan adunan yang berbeza bukan sekadar pada warnanya....

untuk lapisan hijau saya tak tambah pewarna lain....cuma warna asli daripada dsun pandan tu jer...
Potongan tak cantik....dah nak masuk waktu berbuka....


Teringat masa singgah kat rumah sepupu kat teluk intan....kebetulan ada sepupu lain datang dan bawa kuih kaswi ni....saya makan tak hengat....padahal baru jer pekena nasi......

Org2 lama buat kuih memang terbaik...bila tanya resepi dia ckp... tepung gandum tu kamu campo jer dengan sesudu tepung ubi...lepaih tu campo gula. Bsncuh jer dgn ayor secayor2nya...nak sedap nyor tu jangan parut pakai mesin tapi kuko....

Lebihan adunan gula merah saya kukus dlm acuan lompang.

Yang ni resepinya saya dapat dari Kongsi resepi.

Bahan-bahan:
Lapisan gula merah:

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu makan tepung pulut
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air (saya tambah 1/3 cawan lagi)
2 camt air kapur makan

Lapisan pandan:

7 helai daun pandan
550ml air (~2 1/4 cawan air)
3/4 cawan gula pasir
sedikit pewarna hijau - optional
150gm tepung beras (~1 1/4 cwn)
70gm tepung ubi (~1/2 cawan)
1 camt air kapur makan
kelapa parut putih
sedikit garam

cara: untuk lapisan gula merah: kisar semua bahan sehingga sebati dan tapiskan, ketepikan

untuk lapisan pandan: kisar daun pandan dengan 150ml air dan tapiskan

kemudian campurkan dengan semua bahan2 yang lain dan kisarkan tapis dan ketepikan
lapikkan loyang ukuran 11 inci dengan plastik dan griskan dengan sedikit minyak supaya senang untuk keluarkan kuih

panaskan kukusan
sukatkan 1 1/2 cawan adunan gula merah dan tuangkan ke dalam loyang
kukuskan selama 10 min atau sehingga adunan keras sedikit, kemudian sukatkan lagi 1 1/2 cawan adunan lapisan pandan dan tuangkan ke atas lapisan gula merah yang telah dikukuskan tadi, lapiskan satu persatu sehingga habis kedua2 adunan.
setelah masak keluarkan loyang dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong
sebelum dihidangkan gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam

Saya kukus dlm bekas ni.....tapi jangan amalkan....guna loyang biasa tu lebih elok...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...