Menu makan tengahari...paru goreng, sup tulang, sambal goreng....ada orang demam mengidam....bangun pagi jer teringatkan sup tulang. So akak pun terus la dial no penjual daging kat pasar nak tanya bukak gerai ke tidak raya ni. Nasib baik angah (penjual daging) tu tak cuti panjang....
Sampai jer kat pasar rezeki makan daging baru sembelih. Beli tulang bahagian tengkuk, daging rose dan paru....sampai jer rumah terus cuci2 dan rebus paru ngan tulang tu....
Daging tu sok lusa baru nak masak halia macam kat rancangan menu alam tu...
Sambal goreng
4 keping tempe dlm plastik tu (besar kalau yg kecil balut daun dan newspaper tu kena lebih la) - potong kecil, goreng hingga perang, tos
3 biji kentang - kupas dan potong nipis dan kecil, goreng hingga keperangan, tos
segemgam ikan bilis - basuh, tos, goreng garing, tos
bahan tumis
6 ulas bawang merah - tumbuk lumat
5 ulas bawang putih - tumbuk lumat
4 sb cili kering kisar
2 sb air asam jawa/jus limau
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
--------
Tumis bahan bawang merah n putih hingga keperangan. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam, perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan keluarkan minyak daripada bahan tumis. Ini supaya bilis, tempe dan kentang kekal rangup.
Pasang api perlahan. Masukkan tempe dan lain2. Gaul rata. Tutup api dan hidangkan.
Buat kudapan pun sedap....boleh tambah kacang tanah yg digoreng dan bawang goreng.
Sup tulang
1 kg tulang - renih hingga empuk. (Api perlahan dan periuk ditutup) - boleh guna preasure cooker tapi sesetengah orang tak suka....lain rasanya.
rempah tumis
2 inci halia - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
Seketul kecil gula batu (saiz satu ruas jari kelingking)
Garam
daun sup dan daun ketumbar - hiris
Tumis rempah hingga keperangan. Toskan dan tuang dalam periuk sup. Perisakan dengan gula batu dan garam.
Hidangkan, tabur daun sup dan ketumbar.
Paru goreng
Rebus paru hingga empuk. Potong nipis dalam setengah inci. Nak nipis lagi pun boleh.
Gaul dengan garam, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan putih.
Goreng dengan minyak banyak dan api perlahan hingga garing.
*** serbuk ketumbar, jintan tu seeloknya yg dikisar sendiri....tak terlalu halus....lebih sedap berbanding serbuk yg beli kat kedai.
Jom.....jemput makan erk...
No comments:
Post a Comment