Wednesday, February 12, 2014

Resepi Icing

Inilah hasilnya kek yang saya deko menggunakan royal ising untuk hantaran perkahwinan anak saudara...deco amatur.


Jenuh juga bila letak hiasan coklat homemade tu ising dia retak....huhuhu....apa lagi....saya touch up dengan ising putih tu untuk menutup retak2 tu.
Saya sharekan juga pelbagai frosting lain untuk menghias kek masing2....

Resepi2 ni saya google kat internet...ada beberapa sumber....yatie memories, mommy ryan kitchen, m.wilton.com.....

 FONDANT PASTE / SUGAR PASTE

 Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.

BAHAN-BAHANNYA:-
 Bahan A
 15 gm gelatin powder yang halal
 70 ml air
 Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
 1 biji putih telur
 50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
 15 gm tepung jagung.

 Cara-caranya.
 1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.
 2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut.
 Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.
 Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras.
 Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu. Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.


ROYAL ICING

 Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam dia akan jadi keras.Oleh itu ianya tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja

 BAHAN2NYA:
 Bahan A
 280-300gm gula icing yang telah di ayak.

Bahan B
1 biji putih telur
 1 sudu teh jus lemon
 Cara2nya:
 1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit.
 2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik. Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan.
Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan.
 Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan. Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki
.Cara mewarnakan:
Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.

Royal Icing - Sumber : Chef Razak

Bahan - bahan diperlukan untuk Royal Icing :
4 biji putih telur (160gm)
1 sudu makan cuka (15ml) (Dalam cubaan ini Yatie gantikan cuka dengan madu)
2 cubit Traganth Gum (dlm cubaan ini Yatie tak masuk pun)
1 kg gula aising (Yatie pakai lebih dari 1 kg, ini sebab derhaka tak pakai Traganth Gum dan pakai madu kot .....)
Cara-cara untuk membuatnya :
1. Pukul putih telur & cuka hingga kembang
2. Masukkan Traganth Gum dan pukul lagi
3. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit.
4. Pukul adunan sehingga pekat.
5. Proses mewarna bermula bergantung kepada warna yang dikehendaki. Dalam cubaan ini Yatie memilih warna oren
Yatie memilih untuk membuat bunga-bunga kecil. Dinasihati hendaklah bunga-bunga tersebut dialas dengan kertas minyak atau putih ye.. untuk memudahkan proses mengalihkan dan pengeringan.
Rasanya macam dah pandai ... hehehe .. Yatie terus membuat bunga ros bertemakan biru, kebetulan ada pelanggan membuat tempahan. 
Lupa pulak nak beritahu bagi yang ingin mencuba, bunga ini mengeras ye. Sebab Yatie derhaka kerana mengubah suai penggunaan resipi, bunga ini mengeras dalam masa 4 jam. Ia akan betul-betul keras setelah dibiar semalaman. 
Resepi ni guna meringue powder....tapi kos ada up skit la....satu paket 100 gram harganya rm8.90.......nak jimat guna putih telur jer la....

Royal Icing
http://m.wilton.com/recipes/recipe.cfm?alias=Royal-Icing

Ingredients:
3 tablespoons Meringue Powder
4 cups (about 1 lb.) confectioners' sugar
6 tablespoons warm water
Makes: About 3 cups of icing.
Instructions:
Step 1
Beat all ingredients until icing forms peaks (7-10 minutes at low speed with a heavy-duty mixer, 10-12 minutes at high speed with a hand-held mixer).
Step 2
NOTE: Keep all utensils completely grease-free for proper icing consistency.
* For stiffer icing, use 1 tablespoon less water.
**When using large countertop mixer or for stiffer icing, use 1 tablespoon less water.
Thinned Royal Icing: To thin for pouring, add 1 teaspoon water per cup of royal icing. Use grease-free spoon or spatula to stir slowly. Add 1/2 teaspoon water at a time until you reach proper consistency.

 BUTTER CREAM

 (1) Bahan2nya:
 200gm butter
 150gm gula ising
 1/2 sudu teh esen vanilla
 Cara-caranya:
 Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu.
 Adunan ini siap sedia untuk digunakan.
 Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.

 BUTTER CREAM

(2) Bahan-bahannya:
 600gm butter
 400gm krimwell
 500 gm syrup
 Cara2 membuat syrup:
 1 kg gula pasir
 600ml air
 2 slice lemon ( tidak perlu diperahkan)
 Campurkan gula,air dan lemon dan masakkan hinnga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.
 Cara2 Membuat Butter Cream:
 Pukul butter dan krimwell hingga kembang dan masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.

 CREAM CHEESE ICING

 Bahan2nya:
 200gm cheese Cream
100gm butter
 80 gm icing sugar
 1/2 sudu makan jus lemon
 Cara-caranya:
 Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.

CHOCOLATE PIPING

Kalau kita hendak menggunakan coklat untuk mendeco cake kita dengan cara piping bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.
 Bahan2nya:
 200gm cooking chocolate
 60 gm cooking oil
 Cara-caranya:
 Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku. SELAMAT MENCUBA....!

Mommy Ryan's Kitchen 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...