Nasi goreng sambal belacan ni saya buat untuk sarapan pagi isnin. Nasi sejuk ada, sambal belacan yang dimakan dengan laksa johor hari tu pun banyak. Selalu kalau buat sambal, tinggal sesudu dua tu kita buang jee sebab malas nak menyimpan....kan. Tapi lepas ni jangan dibuang, simpan la dalam bekas kecil dan masukkan dalam peti ais.
Bahan2
2 mangkuk nasi
1 biji Bawang besar dihiris/dicincang
3 sb sambal belacan atau ikut la kuantiti yang ada atau tahap pedas yang sesuai dengan selera masing2.
Udang/isi ayam/telur/bilis/sotong - ikut citarasa
Kobis/bunga kobis/kacang panjang/karot/sawi - ikut citarasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 biji Bawang besar dihiris/dicincang
3 sb sambal belacan atau ikut la kuantiti yang ada atau tahap pedas yang sesuai dengan selera masing2.
Udang/isi ayam/telur/bilis/sotong - ikut citarasa
Kobis/bunga kobis/kacang panjang/karot/sawi - ikut citarasa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Tumis bawang hingga keperangan. Masukkan isi ayam dan masak hingga empuk dan air ayam tu kering. Masukkan sambal belacan dan gorengkkan hingga pecah minyak.
Masukkan nasi dan gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati. Goreng nasi hingga nasi agak garing atau kering. Masukkan sayur dan masak hingga sayur layu.
Kalau nak juga buat tapi takde sambal, boleh guna resepi ni untuk sediakan sambal.
Cili padi
Cili masak
Belacan bakar
Garam dan gula secukup rasa
Perahan limau kasturi atau limau nipis
Cili masak
Belacan bakar
Garam dan gula secukup rasa
Perahan limau kasturi atau limau nipis
Tumbuk bahan2 diatas hingga lumat kecuali perahan limau. Bila dah lumat baru masukkan air limau dan kacau sebati.
* nasi yang digunakan untuk nasi goreng seelok2nya nasi sejuk bukannya yang baru dimasak.
No comments:
Post a Comment