ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Tuesday, September 11, 2012
Puding Tembikai
Saya tak berapa ingat kat mana saya dapat resepi ni...sebab masa salin resepi tu saya lupa nak copi nama blognya, tapi ramai yang dah cuba CTdelima, masam manis dll...tapi memang sedap dan berbaloi2 buat...cantik pun cantik...yg saya jer yang kureng berseni sebab buat nak cepat....masa tak mengizinkan...
Bahan-Bahan :
10 gm agar2 serbuk (saya guna agar2 tali)
3 keping roti
4 cawan air
3/4 cawan gula (kurangkan skit)
1/2 cawan susu pekat
1 biji telur
1 cawan susu cair (saya guna susu segar)
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
sedikit bijan hitam (1 guna cincau)
100 gm isi tembikai + 1 sudu besar air (diblend halus) (tak letak sebab takde stok)
Sedikit pewarna hijau (saya guna pandan paste) dan merah (saya guna sirap ros yg tak bergula tu)
Cara-Cara:
1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur.
2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis. Blend halus. (Tak rendam, blend terus)
3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit. Tutup api.
4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) dan bahagikan kepada 2 bahagian. Tuang 1 bahagian ke dalam acuan dan tunggu hingga adunan jadi agak keras sedikit.
5. Kemudian tuangkan sedikit adunan yang berwarna asal (juga dibahagikan kepada 2 bahagian) ke atas lapisan hijau tadi. Biarkan hingga agak keras sedikit juga.
6. Adunan selebihnya diwarnakan merah dan dicampur sekali dengan tembikai yg diblend, kacau rata. Curahkan di atas lapisan kedua (berwarna asal tadi). Semasa menuang adunan, selang-selikan dengan taburan bijan hitam sebagai pelengkap biji tembikai. Biarkan lagi hingga agak keras sedikit.
7. Kemudian tuangkan bahagian kedua adunan berwarna asal dan setelah keras sedikit tuangkan adunan akhir yang berwarna hijau.
8. Biar sejuk. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Nota: 1. Semasa menunggu untuk menuang dari satu lapisan ke lapisan yg lain, adunan yang menunggu untuk dituang hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak mengeras.
2. Loyang acuan sebaik-baiknya di letak dalam dulang yang berisi air sejuk (CT tambahkan ais juga didalamnya) untuk mempercepatkan proses adunan di dalam loyang mengeras. (saya letak dalam freezer jap)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment