Monday, March 30, 2020

Kek batik indulgence


RESEPI KEK BATIK INDULGENCE CHEESE BAKE VIRAL

2 paket (600 gm) biskut marie
250 gm memtega
1 cawan milo
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan susu pekat brsmaan satu tin
1/2 tin susu cair atau gune susu segar 3/4 cawan
4 biji telur

*Cara2*
 Cairkan mentega
Matikan api dan masukkan serbuk milo dgn serbuk koko, kacau.
Masuk susu pekat, susu cair atau susu segar.
Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
Masakkan sampai pekat  dengan api kecil.
Masukkan biskut merry dan gaul laju2..

Ambil 2 loyang saiz 6 inci yg boleh buka kat bawah. Bahagi 2 biskut masukkan dalam loyang dan padat2kan. Ketepikan. Sediakan lapisan cheese.

Cheese Bake
500g cream cheese
150g gula halus
4biji telur

Pukul semua bahan menggunakan moxer hingga sebati.
Bahagi dua dan tuang atas kek batik tadi ratakan.
Panas oven suhu 170api atas sahaja. Bakar masa 20 mnit atau brgantung pada oven masing2.  Selepas 20 mnit boleh cek sentuh guna jari kalau dh xmelekat kat jari masak la tu.
Keluarkan dari oven dan ketepikan.

Ganache coklat

300 gm dark compound atau milk compound
200 ml whipping dairy
2 sb mentega

Satukan dan masak guna kaedah double boil

2sb gelatin halal atau 1 sk serbuk agar2
1/4 cawan air panas
satukan sampai larut dan tuang dalam ganache tadi dan kacau sebati.

Tuang ke atas lapisan cheese tadi dan sejukkan semalaman

Sisip tepi2 dgn pisau yg dh celup air panas dan lap.
Keluarkan dan potong.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...