Sunday, June 26, 2016

Muffin Coklat

Bermuffin2nan di bulan posa.....layan tempahan orang yang nak bersedekah...




Muffin Coklat

Bahan-bahan

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonate
3 sk kopi instant (saya guna kopi arabica) (kalau takde boleh guna serbuk kopi kampung yang dibancuh dengan air panas bahan C di bawah)
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
sedikit garam

Bahan B
1 cawan minyak masak (atau mentega cair)
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur gred A

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-cara

Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.

Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 1/2 sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak - bergantung saiz muffin. (Saya bakar selama 20 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja.)

Bolehlah dihidangkan. Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap selepas di simpan semalaman.

Cara cara freeze muffin

Sejukkan muffin. Bungkus dalam aluminium foil atau freezer bag. Labelkan resepi dan tarikh. Kalau menggunakan freezer bag, keluarkan semua udara sebelum bag di seal. Simpan muffin di dalam freezer sehingga 3 bulan.

Untuk menggunakan muffin yang difrozen:

1. keluarkan dari freezer bag dan panaskan dalam oven pada suhu 170C sehingga sudah panas.

2. Keluarkan muffin dan biarkan ianya thaw sepenuhnya. Kemudian panaskan dalam microvave selama 20 saat dan tambah lagi sehingga mencapai kepanasan yang kita inginkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...