Saturday, April 18, 2015

Nasi jagung dan seven spices chicken


Menu untuk majlis tahlil malam ni... selalu saya hidangkan seven spices chicken ni dengan nasi minyak arab tapi hari ni tukar selera pulak....hidangkan dengan nasi jagung istimewa zulfaza... untuk ayam pun saya ubahsuai sedikit dengan menambah 2-3 bahan.... Untuk salsa resepinya boleh klik link ini yer..... atau link yang ini

Resepi nasi jagung

30 cawan beras basmathi (basuh dan rendam 30 minit)
39 cawan cecair (air + 3 tin susu cair)
6 senduk minyak sapi + 1/2 cawan minyak masak

Cincang halus
30 ulas bawang merah
3 labu bawang putih
15 inci halia

Rempah tumis
5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
20 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 sb lada hitam - peppercorn (biji)
10 tangkai daun kari
5 sb rempah briyani

Pewarna kuning
2 kg jagung frozen atau isi jagung segar
garam secukup rasa

Tumis rempah tumis kecuali rempah briyani hingga naik bau. Masukkan bahan cincang dan tumis lagi hingga naik bau. Masukkan rempah briyani. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan cecair dan garam. Biarkan mendidih. Masukkan beras. Masak hingga air hampir kering. Kacau selalu. Titiskan pewarna dan masukkan jagung. Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan nasi masak selama lebih kurang 15 minit. Tutup api dan biarkan selama 5 minit. Buka penutup periuk dan kareh rata nasi. Hidangkan bersama ayam seven spices, salsa dan salad.

Arabic Seven Spice Roasted Chicken (diubahsuai sedikit)

Bahan2nya

1 ekor ayam
2 sb Arabic 7-Spice (baharat) 
2 sk serbuk bawang putih
2 sb minyak masak

Saya tambah 
1 sk rosemary
1 sk basil
1 sk paprika
1 sk cayenne pepper
3 sb madu
Garam dan lada hitam secukupnya

Caranya

Panaskan oven 250 °C.  Basuh dan tos ayam. Gaul rata ayam dengan semua bahan diatas. Susun di atas loyang pembakar. (Perap selama 2 jam jika mahu hasil yang lebih baik). Tutup loyang dengan kertas aluminium dan bakar selama sejam. Buka foil dan toskan lebihan cecair....cecair ni masukkan ke dalam kuali dan campurkan sedikit tepung gandum dan masak hingga kuah sedikit likat.

Bakar semula ayam selama 15 minit utk menggaringkan ayam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...