Untuk tetamu yang datang berhari raya saya jamu dengan resepi terbaru saya...nasi pudina...
Resepi ni saya ubah suai dari Khatijah Hassan .......memang sedap, tetamu yang datang semua kata first time makan nasi ni...resepi asal tak letak santan dan halba, jumlah bahan pun tak dinyatakan jadi saya agak2 ikut kesesuaian dan citarasa.....saya tambah bahan2 tu hasil rujukan beberapa resepi nasi pudina yang lain....
jom semak resepi
Kisar
4 cawan daun pudina (ambil daunnya)
3 labu bawang putih
20 ulas bawang merah
7 inci halia
6 biji cili hijau (cili ni boleh tambah - ikut nak pedas mana ....saya letak sikit sebab anak2 nak makan)
Bahan tumis
15 kuntum bunga cengkih
6 kuntum Bunga lawang
5 batang Kulit kayu manis
2 sk halba
3 sb minyak sapi
1/2 cawan minyak masak (kalau suka bole gantikan dengan minyak sapi keseluruhannya)
3 kg Beras basmati
1 1/2 kg Santan pekat
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Pewarna hijau.
1/2 cawan daun pudina
Tumis bahan kisar dan bahan tumis hingga naik bau dan garing. Sementara itu, masak nasi seperti biasa dengan santan + air dan garam secukup rasa. Bila air dah kering masukkan bahan tumis dalam periuk nasi. Gaul rata. Titiskan pewarna dan biarkan sebentar.
Taburkan dengan 1/2 cawan daun pudina.
Ni la hasilnya bila anak2 tolong ummi petikkan daun pudina.......banyak lagi yang kat lantai dari yang terkumpul dalam talam......terpaksalah ummi sapu buang....
Nasi pudina ni saya hidangkan bersama2 ayam sambal serai dan pecok/jelatah.....salad orang melayu...
Assalamualaikum, anda atau ahli keluarga ada masalah:
ReplyDeleteBacaan gula tinggi (10 ke atas, belasan, atau 20 ke atas)
mata rabun atau kaki luka akibat kencing manis
Sukar kawal gula walaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius!
Kami ada teh herba khusus yang:
Dihasilkan daripada herba terbaik untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.
Tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Membantu luka kering dan sembuh sepenuhnya.
Melegakan sakit saraf akibat kencing manis.
Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
Jangan tunggu sehingga komplikasi lebih serius seperti amputasi. Rawat sekarang untuk kesihatan yang lebih baik.
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, ikhtiar ini membantu anda.