Thursday, April 10, 2014

Nasi kunyit dan ikan bumbu bali


Menu sarapan yang tertangguh akhirnya direalisasikan pagi ini. Cadangan asal nak masak dengan ayam bali tapi semalam dah masakkan lemak cili padi. Walaupun dah agak terlewat pagi ni, pukul 5.45 pagi baru terjaga....tak dengar langsung jam loceng tu terpekik.... Terus melompat akak dibuatnya.....dok fikir sempat ke nak masak semua benda tu....namun semangat nak makan nasi kunyit tu tinggi melangit, ku usahakan jua dengan masa yang ada. Alhamdulillah, semuanya terhidang jam 6.40 pagi.

Menu ni saya kenal masa pegi outstation kat KK. Byk restoran jual nasi ni untuk sarapan.

Sepatutnya ada serunding kelapa macam makan dengan nasi ambeng tu tapi tak sempat nak buat. Takpe la kan...camni pun dah sedap. Ada timun lagi sedap....


Untuk nasi saya gunakan resepi my magic kitchen cuma saya gunakan kunyit hidup sepenuhnya. Rasa selamat gunakan pewarna asli dalam makanan camni.

Lauknya pulak guna resepi dari tawau cuma ikan tu saya guna ikan pelaling bukan tuna atau tongkol.  Ikan bumbu bali ni sama jer macam ikan masak sambal kita kat semenanjung ni.


NASI KUNYIT
Sumber: Topsturvymun.blogspot.com
Dikongsi: My magic kitchen

4 cawan beras basmathi - sy guna beras biasa
1 sudu teh kunyit serbuk
1/4 inci kunyit basah (tumbuk dan ambil airnya) - sy x letak
1/2 biji limau nipis - sy guna lemon
4 sudu makan minyak
2 helai daun pandan
5 cawan santan (aku pakai 1 cawan susu cair dan 4 cawan air) - sy guna santan
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:
2 ulas bawang putih
4 biji bawang kecil
1/2 ibu jari halia

Cara:
1. Cuci beras dan rendam dgn kedua2 kunyit(serbuk dan basah) dan perahan air limau selama setengah jam. Kemudian toskan dan masuk dalam rice cooker. (sy skip rendam beras tu)
2. Panaskan minyak dan tumis rempah kisar sampai naik bau.
3. Tuang rempah dalam rice cooker dan kacai sebati dgn beras.
4. Masukkan santan (atau susu cair + air) daun pandan dan garam.
5. Tekan on/cook.

AYAM MASAK BALI versi 1
Sumber: Facebook Kongsi Resepi
Dikongsi: My magic kitchen

1 ekor ayam (potong 12) digoreng tak yah garing sgt
1 kotak santan
2 helai daun pandan
1 biji limau nipis diperah airnya - sy guna 1/2 lemon
2 or 3 sudu kicap manis
garam secukup rasa atau pakai cube ayam satu sudah cukup
Sedikit white pepper
Bumbu yg dihaluskan:
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 tangkai lada merah
3 biji buah keras
Panaskan minyak dan tumiskan bumbu2 yg dikisar.
Masukkan santan 1/4 kotak dulu, air sedikit, lemon juice, kicap manis, cube ayam (garam) dan pepper. Kemudian dimasukkan ayam, daun pandan. Setelah mendidih dimasukkan lagi lebihan santan. Diaduk2 sampai mengental kuahnya pekat. Rasa... biasanya orang Bali seperti orang Jawa masakannya agak manis.
Nota: sy tambah air jadikan sedikit berkuah

Resepi 2 ayam masak bali
Sumber resepi Dapur Malaysia.

Bahan-bahan (5-6 orang)
Ayam
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecil jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam dan gula

Cara-cara

Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.

Nasi kunyit versi tawau
http://hidayatimohamed.blogspot.com/2011/01/resepi-nasi-kuning.html?m=1
Bahan untuk nasi;
4 pot beras - dicuci bersih & di tos
1 biji kelapa parut
8 ulas kunyit hidup
2 helai daun pandan
sedikit garam

Cara penyediaan;
Masukkan kelapa parut, kunyit hidup dan air ke dalam blender. Kisar sampai kunyit menjadi halus. Tapis dan perah santan bercampur kunyit tadi. Buat agak2 dalam 5 cawan air. Anda akan dapat lebih kurang 5 cawan santan berwarna kuning. Selepas itu, masukkan santan kuning tadi ke dalam periuk nasi yang berisi beras. Simpulkan daun pandan dan letak dalam periuk nasi tadi. Masukkan garam dan gaul rata. Tanak nasi itu seperti biasa.


Bahan untuk bumbu bali

6 potong ikan tuna atau ikan tongkol - telah siap digoreng
12 biji cili kering - di rebus & dibuang biji
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
setengah inci halia
4 batang serai
setengah inci belacan
air asam jawa
setengah sudu teh serbuk kunyit
garam
perasa (jika suka)
gula
Minyak bekas goreng ikan tadi

Cara membuatnya;

Kisar lada kering bersama bawang merah, bawang putih, halia, serai dan belacan. Panaskan minyak, dan tumis bahan2 yang telah kisar tadi. Masak sehingga naik aroma dan terbit minyak. Masukkan air asam jawa dan serbuk kunyit Kacau rata. Masukkan garam, gula dan perasa jika suka. Masukan ketulan ikan yang telah siap digoreng. Biarkan seketika agar isi ikan sebati dengan rasa kuah bumbu bali tadi. Apabila telah sebati, angkat dan hidangkan bersama nasi kuning & telur rebus beserta serunding kelapa. Rasa kuah bumbu bali agak manis, jadi terpulang kepada cita rasa anda.

Bahan untuk serunding kelapa;

200gm atau semangkuk sederhana kelapa parut (putih sahaja)
3 biji bawang merah - dikisar halus
3 batang serai  - dikisar halus
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa.

Cara membuatnya;
Satukan kelapa parut dengan bawang merah & serai yang telah dikisar halus. Campurkan serbuk kunyit dan masak dalam kuali. Tambahkan garam & gula. Kacau sehingga kelapa tadi kering dan berwarna keemasan. 
Jangan lupa telur rebus. Tak payah ajar le ye cara nak rebus telur. Confirm sume pun dah tau caranya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...