Resepi ni di cnp dari My resepi. Terpikat sebab macam senang sangat nak buat ciskek ni....masuk jer sume bahan dalam blender dan blend sampai creamy.
Bahan-bahan ( loyang bulat 18 cm )
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula (gula ni kalu nak keknya manis sikit boleh tambah jadi 120 gm)
Saya tambah 1 sk parutan kulit lemon
Dan dasarnya saya kisar biskut digestive, gaul dengan mentega secukupnya dan tekan di dasar loyang sebelum tuang bancuhan. (Kalau nak boleh juga tambah gula skit)
Cara-cara
Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
No comments:
Post a Comment