Friday, February 1, 2013

Pau gebu (water roux)

Sedap sungguh pau ni.....blum sempat sejuk dah habis separuh kena ngap. Resepi ni saya amik dari jintanmanis.com.....tq ye....

Bahan-bahanya
500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran) 220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis

resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux -masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

untuk inti
kelapa 3/4 cawan kelapa parut ( ros guna kelapa inti tu)
3 sudu besar gula merah satu ikat daun pandan sedikit air suam
1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

variasi inti bagi pau
sri kaya pandan
kacang merah
krim coklat

Gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. Tapi saya guna mentega sbb shortening beku...dan tambah dgn pandan paste...

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam,

Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.

- paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...