ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Friday, March 16, 2012
Lempeng kelapa
Masa kat kampung dulu kitorang panggil tepek nyor.....hehehe sekarang nama kormesialnya lempeng, omputih panggil malaysian pancake...tapi itu le ropenya...
Masa bebudak dulu suka makan dengan susu pekat, orang tua2 makan dengan sambal bilis ke tau ape2 jenis sambal tumis.....
Bahan2
1 cwn kelapa parut
2 cwn tepung gandum
2 cwn air
Garam secukup rasa
_________
Gaul semua bahan hingga sebati.....kalau cair sangat tambah tepung skit, kalau pekat sangat tambah air skit...
Ambil secawan/ senduk bancuhan dan masakan atas kuali leper yang telah dipanaskan dan digris dengan sedikit minyak,( kalau takde kuali biasa pun boleh).
Masak le hingga garing skit...cam dalam gambar tu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment