Wednesday, June 28, 2017

Roti Bawang Putih Gulung dan Sup Cendawan Berkrim


Tempahan yang sempat diaiapkan sabtu lepas. Peminat no. 1 sup dan roti saya. Boleh unaikan setahun sekali jer. Bila turn raya belah saya dulu. Kalau raya kampung dulu balik awal....dua hari sebelum raya....jadi tak boleh la nak buatkan.


Roti bawang putih dan sup cendawan

Roti bawang putih

3 kg tepung hp atau gandum
60 gm kfine supercream
480 gm mentega
420 gm telur
600 gm gula
90 gm yis
30 gm garam
1350 gm air sejuk (dlm fridge)
300 gm susu tepung

Satukan semua bahan dan uli hingga elastik. Perap sejam. Tumbuk doh dan uli sebentar untuk hilangkan angin.

Bentuk ikut seperti dlm gambar. Bakar suhu 180 celcius selama 20 minit.

Resepi garlic butter

250 gm mentega
2 labu bawang putih (tumbuk atau cincang halus)
Pasley kering atau segar (cincang halus)

Satukan dan gaul rata.


]Sup c0endawan berkrim

bahan2nya

3 sb mentega
3 biji bawang holland (hiris nipis/cincang)
3 paket cendawan shitake (hiris)
2 paket cendawan butang (hiris)
6 kiub ayam maggi (boleh ganti dengan air rebusan ayam - chicken broth)
10 biji kentang (rebus empuk dan kisar hingga halus)
1 liter susu segar
3 tin susu cair
3 cawan tepung gandum, (bancuh dengan air dan tapis supaya tiada ketul)
air secukupnya
garam secukup rasa

Panaskan mentega. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cendawan yang telah dihiris kecil. Tumis hingga cendawan layu. Masukkan air dan bancuhan tepung serta kiub maggi. Kacau hingga mendidih. Masukkan puri kentang, susu dan tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih, kacau selalu sebab sup akan membuak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Tutup api. Hidangkan dengan roti bawang putih.


Nasi Briyani Abang Sado JJ


Menu syawal ke 3 di kampung. MIL request nak makan. Jadi hubby masakkan raya ke 3. Kami sampai kampung pagi raya ke 2....jalan clear....bergerak lepas subuh, awal lah sampainya ke kampung. Tapi kepenatan jadi tangguh masak raya ke 3.

Nak update terus kat sini tak boleh....network teruk sepanjang raya...tapi sebelum raya pun sebenarnya dah mula.....tak boleh upload gambar.. Ni kat highway....baru lah berjaya...


Masak 2 jenis lauk....ayam dan kambing. Macam biasa kambing paling laris. MIL pun makan lauk kambing jer. Sama la macam saya....jemu makan ayam daging...kalau ayam kampung laju lagi.

Saya guna resepi biasa Kalau berminat nak resepi jemput singgah dilink nasi-briyani-johor.




Kali ni tak rajin buat dalca. Lagi pun dalca selalunya tak abis.....cukup dengan jelatah jer. Cuka takde.....jelatah tu saya peeahlkan lemon. More healthy gitew.



Thursday, June 22, 2017

Apam nasi pandan


Pencuci mulut Iftar ke berapa entah...lupa. Dah tak sempat nak update terus masakan2 bulan puasa ni. Kuih kegemaran yang amat sangat ni. Kebetulan nasi sejuk banyak....nasi yang agak lembik sebab anakanda salah ukur air masa memasaknya malam sebelum. Jadi saya bagi resepi kat kakak suruh dia bancuh adunan. Balik rumah dari pejabat tengok apam dah siap terhidang untuk berbuka puasa...


Apam nasi pandan

Bahan2nya

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan dan tapis airnya)
2 tsp yis 
1 paket eno (paket biru) (optional)

Hiasan : Kelapa parut putih + secubit garam (gaul sebati)

Cara membuatnya:

Kisar nasi bersama air pandan.
Kemudian masuk gula dan kisar hingga sebati.
Dalam bekas lain campur tepung beras, tepung gandum dan yis - gaul rata dan tuang dalam adunan nasi yang telah dikisar tadi.
Gaul rata hingga sebati. 
Perap 3-4 jam. Masukkan eno dan kacau rata.
Sudukan 3/4 penuh dalam acuan yang disukai dan kukus selama 10 - 15 minit bergantung kepada saiz acuan. Hidang dengan kelapa parut.


Daging Lada Hitam


Menu Iftar ke 25 Ramadhan. Daging lada hitam yang hirisannya sedikit tebal. Masak dalam keadaan kelam kabut sebab balik agak lambat. Agak lama juga tak masak lauk ni. Sebab kat rumah ni memang jarang-jarang beli daging.

Masakan ni kalau taknak makan dengan nasi pun boleh....makan dengan roti perancis atau kentang pun sodap. Tak pun makan jer dengan pasta.


Daging Lada Hitam
Black Pepper Beef

1 kilo daging
 5 ulas bawang merah
3 inci halia
6 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
3 sb Lada hitam ditumbuk (jgn terlalu hancur)
8 sb sos tiram
1/2 cawan air
Minyak masak
---------
Goreng ayam/daging dengan sedikit minyak. Jgn sampai terlalu garing/kering.
Angkat dan ketepikan.
Tumbuk bwg merah, halia dan bawang putih hingga lumat.
Tumiskan bahan2 yg ditumbuk dengan minyak menggoreng ayam/daging tadi hingga naik bau.
Masukkan sos tiram. Kacau sebati.
Masukkan ayam/daging. Masak hingga empuk.
Masukkan bawang besar dan lada hitam, kacau sekejap hingga bawang agak2 layu sedikit dan angkat.



Filet ikan celup tepung dengan sayur sos masam manis dan kobis asak lemak putih



Menu iftar dulu semalam. Kebelakangan ini agak sibuk. Tak berkesempatan nak menulis post. Agak2 ada masa senggang saya cuba juga menyelit update blog ni.

Anak2 saya suka ikan tanpa tulang.....senang dimakan tanpa perlu risau tercekik.


Kobis masak lemak putih dengan telur

BAHAN-BAHAN:

1/2 biji sayur kobis
3 mangkuk santan kelapa - secukupnya
1 biji bawang besar - hiris
3 biji telur
garam secukup rasa

CARA

Bersihkan sayur kobis dan dipotong kecil. Masukkan santan dan bawang  ke dalam periuk . Pecah kan telur ke dalam kuah santan apabila telah naik wap. Masak hingga kuah mendidih dan boleh la di masukkan kobis dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kacau sesekali supaya santan tak pecah minyak dan masak sehingga sayur sebati kobis layu .


Filet Ikan Celup Tepung Dengan Sayur Sos Masam Manis @ ZLC

Ikan goreng tepung

Bahan2nya 

1 kg isi ikan - potong  saiz 3 -4 inci (guna yang fresh pun lagi bagus)
3 sb tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 sk serbuk penaik (baking powder) - optional
1 cawan air
2 sk serbuk serbuk cili
1 sk serbuk lada sulah
1 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa
3 sb minyak masak
Minyak masak untuk menggoreng

Cara2nya



Gaul isi ikan dengan 2 sb tepung jagung. Dalam mangkuk lain satukan tepung gandum, 3 sb minyak, semua serbuk dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit sedikit ke dalam tepung. Adun hingga rata menggunakan whisker. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi ikan dan biarkan selama 15 minit.
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.

Panaskan minyak di dalam kuali atau pan. Goreng isi ikan yang telah disalut adunan tepung tadi hingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan minyaknya. (guna paper towel untuk serap lebihan minyak) Susun isi ikan yang telah digoreng rangup ke atas pinggan, 

Untuk Sayur Sos Masam Manis


6 sb so plum
6 sb sos tomato
6 sb sos tiram
2 sb cili kering kisar
Garam secukup rasa
1 inci halia - hiris
1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 biji cili padi - hiris 
1/1 batang lobak merah
1 cawan hirisan cili benggala
1 cawan kacang sweet peas
1/2 cawan putik jagung
1 cawan nenas (kali ni takde stok)

Sementara itu sediakan sos masam manis. Panaskan minyak. Tumis bawang2 dan halia hingga keperengan.  Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tuangkan sos2 dan garam secukup rasa dan gaul rata. Masukkan sayuran pilihan. Masukkan cili benggala dan nenas. Gaul rata dan tumis dalam 30 saat.  Kacau selalu dan tutup api.


Tuangkan ke atas ikan goreng tadi. Taburkan hirisan daun ketumbar jika suka. Dah siap.




Sup Pekat Berempah Makmak


Moreh isnin lepas. Sup pekat....makan dengan roti.....yang paling best kalau dapat roti benggali....tapi yang ni makan dengan roti gardenia jer. 10 kg kambing tak termasuk gearbox, habis licin seperiuk. Orang sekarang dah suka makan kambing. Dulu2 jer orang takut darah tinggi la....hamis la...sekarang lelaki perempuan dah makan....budak2 pun suka daging kambing.

Sup ni tak perlu sediakan sambal kicap...sebab pedas dah....penyekkan jer cili padi tu kalau nak lebih menjobang....hahaha.


Sup tulang berempah MakMak @ ZLC (Tumis darat)

5 kg tulang (saya suka bahagian tengkuk sebab dagingnya banyak)
1 kg daging (saya rebus seketul besar lepas tu dah empuk baru hiris)
1 paket rempah kurma (paket sederhana)
1 kg bawang merah - kisar
4 labu bawang putih - kisar
300 gm halia (ketuk)
1/2 kg bawang ros - hiris nipis dan goreng utk dijadikan bawang goreng
1/2 kg daun sup + daun bawang + daun ketumbar - hiris
1 ketul sebesar ibu jari gula batu
Garam secukup rasa
5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
10 helai daun salam
4 sb lada hitam (tumbuk)
20 biji cili padi - kisar
1 kg kentang
1 kg karot
1  cawan tepung jagung (bancuh dengan air secukup)

Air secukupnya
Minyak untuk menumis


Dalam periuk besar, rebus tulang dan daging serta halia hingga daging hampir empuk.

Masukkan kentang dan kecilkan api. Sementara itu dalam kuali tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih yg dikisar. Tumis lagi hingga airnya hampir kering. Masukkan rempah kurma. Tumis hingga pecah minyak. Tuang ke dalam periuk sup.

Kacau sebati dan perisakan dengan garam, lada hitam dan cili padi kisar tadi. Kemudian masukkan daun2 hiris. Masak hingga kentang empuk dan renihkan selama setengah jam. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau hingga sup memekat.

Sedap dimakan bersama roti....dan nasi putih.


Monday, June 19, 2017

Biskut Semperit Traditional

Kukis raya lagi. Kali ni saya guna reaepi traditional....sukat guna mangkuk....pastu gaul2 saja.



Resepi ni pemberian dari member seofis.....dah lebih sepuluh tahun guna resepi traditional ni...
tak pernah menghampakan.....cuba jangan tak cuba....tq min.....

Biskut samperit/dahlia traditional
@ zulfadreamland.blogspot.my

1 mangkuk tepung gandum
2 mangkuk tepung jagung
1 mangkuk gula ising
1 sb tepung kastard
1 mangkuk mentega
2 biji kuning telur

-------------------
Gaul semua tepung dan gula macam nak buat bread crumb.....sehingga semuanya betul-betul sebati.
Masukkan mentega dan gaul sebati.
Masukkan kuning telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.

Guna nozel pecah 12 atau ikut citarasa. Boleh juga pilih nozel nipis panjang macam tart gulung tu.

Tekan doh di atas loyang menggunakan acuan. Hias dengan hirisan ceri. Bakar selama 25 minit suhu 170 celcius kepada saiz dan ketebalan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...