Monday, February 3, 2014

Bubur kacang pandan terlajak sedap

Hehehe.....melampau pulak tajuk masakan menu minum petang arini....tapi serius sedap.

Bahan2nya

1 cawan kacang hijau - rendam beberapa jam kalau nak memendekkan masa merebus (air kena tukar dua tiga kali supaya tak masam)
3 cawan air pandan - (kisar 6 helai daun dan ambil airnya)
1/4 cawan sagu - basuh dan tos
1 keping gula melaka
3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
--------
Rebus kacang sampai empuk. Masukkan gula melaka, garam dan sagu. Masak hingga gula hancur. Tambah santan dan perisakan dengan gula secukup rasa.
Masak hingga santan mendidih dan sagu jernih. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak dan bubur membuak.

Sunday, February 2, 2014

Nuget ayam

Resepi nuget ayam dari blog dayang jack ni saya ubah suai sedikit ikut citarasa dan hasilnya tak mengecewakan.

Berapa hari dah anak2 minta buatkan nuget ni...tadi pegi cari dada ayam takde stok pulak kat kedai az zain tu....nak tak nak beli la whole chicken....takpe nanti tulang temulang tu boleh buat sup utk nasi ayam hainan.....

Suka betul anak2 dapat makan nuget yg ummi diorg buat sendiri. Tak habis puji.....hilang penat buat benda ni. Belum habis makan dah mintak buatkan lagi untuk bekal pegi sekolah.


Bahan-bahan :

500 g isi ayam (dibersihkan dgn air asam jawa dan dicincang kasar) - saya blend halus tanpa air
1/2 sk serbuk lada hitam / lada sulah
1 biji bawang holland dicincang halus atau kisar dgn sedikit air
(boleh juga dipelbagaikan dengan menambah daun sup/daun ketumbar/hirisan karot/fresh sweet corn)
garam secukup rasa
2 biji telur (dipukul sedikit)
6 sudu besar tepung gandum
serbuk roti secukupnya (breadcrumb)

Cara-cara :

Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam / lada sulah, serbuk pati ayam, bawang, 3 sb tepung dan garam hingga sebati.Bentuk2kan isi ayam tadi mengikut kesukaan masing-masing.

Nak bentuk menjadi jejari ayam pun boleh.Kemudian salutkan dengan tepung satu persatu.Celupkan ke dalam telur.Kemudian golek2kan dgn serbuk roti.

Simpan ke dalam bekas yang bertutup dan sejukkan terlebih dahulu selama 30 minit ke dalam peti dingin beku.

Sediakan minyak utk deep frying. Apabila sudah panas, gorenglah nuget tadi hingga keemasan. Hidangkan bersama sos, mayonis atau ikut citarasa...


Ni pulak resepi dari blog sihat macam yaya...nugget ayam tempura....tak guna breadcrumb....kalau dapat guna tepung tempura lebih sedap....

Bahan-Bahan Isi Nugget Ayam Tempura

Bahagian Dada ayam (ambil isinya sahaja - potong kecil-kecil)
Secubit garam
Secubit kecil serbuk lada hitam
Secubit kecil oregano kering (kalau ada)
2 biji bawang besar (potong kecil-kecil)
(boleh tambahkan apa-apa sahaja bahan yang anda suka)


Bahan-bahan Kulit Nugget Ayam Tempura 
3 sudu tepung gandum (isikan dalam pinggan -boleh tambah secubit kecil garam jika suka)
1 biji telur putih (isikan dalam pinggan lain)

Cara Buat Nugget Ayam Tempura

1. Campurkan kesemua bahan-bahan Isi Nugget Ayam Tempura ke dalam blender. Dan kisar hingga lumat dan sebati. (tanpa ditambah air). Blender biasa yang kita guna     kat rumah tu pun boleh tau.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menggoreng dengan api kecil
3. Kemudian pindahkan isi ayam yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk bersih.     Buatkan bentuk yang anda suka. (Agak melekat dan melekit sedikit). Saya suka     tambah dan gaulkan dengan jagung.
4. Golekkan ke dalam putih telur dan kemudian  golekkan pula ke dalam tepung     gandum.
5. Tukarkan api kecil kepada api sederhana besar. Gorengkan Nugget Ayam Tempura hingga ke kuning-kuningan.
7. Siap untuk di hidangkan kepada anak anda ^_^

Tips Sediakan Nugget Ayam Tempura Untuk Si Manja

Kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah sangat kuat deria rasa lidah mereka. Oleh itu hanya sedikit sahaja herba yang digunakan sudah mencukupi dan mereka sudah dapat merasai rasa herba itu. 

Puyuh goreng

Menu tengahari...

Bahan2nya

5 ekor burung puyuh XL
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
Garam secukupnya

---------
Gaul semua bahan. Perap seketika dan goreng hingga keperangan.

Lengat pisang


Lebih pisang abu yang digoreng semalam dibuat kuih ni utk minum pagi esok.....gaul dengan kelapa parut mesti best....

resepi ni saya dapat dari group masakan di fb. Mudah sgt nak buat.

bahan2nya

4 biji pisang 
(Boleh tambah dengan 2 biji pisang yg dipotong kecil2)
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
Secubit garam
------
Lenyek pisang. Gaul semua bahan. Tuang dalam loyang atau acuan dan kukus 30 minit. Sejukkan baru potong.


Tengok tangan si kecil tu tak sabar nak makan...

Saturday, February 1, 2014

Badak berendam pisang

Idea asalnya nak buat kuih koci pisang tapi daun pisang plak takde...aritu pg pasar lupa nak cari daun....

Jadi tukar jer skit kaedah penyediaan dengan bahan2 asas yg lebih kurang sama maka jadila badak berendam pisang....

Bahan2nya

6 biji pisang yg masak - lenyek
1/2 paket (200 gm) tepung pulut

--------
Adun hingga jadi doh. Kalau keras sgt tambah jer sedikit air.

Inti kelapa

1/2 biji kelapa parut (cari kelapa muda skit)
Garam, gula merah, gula putih secukupnya - ikut citarasa
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit air

-------
Satukan semua bahan di dalam periuk atau kuali. Masak hingga agak kering. (Jangan kering sangat tak best). Buang daun pandan tadi.

Utk kuah

3 cawan santan
1 sb tepung gandum
Sedikit garam

-------
Masukkan dalam periuk. Pasang api perlahan. Kacau selalu sepaya tak pecah minyak.

Ambil doh....agak2 la nak besar mana.... leperkan dan letak inti, bulatkan. Buat sampai habis.

Didihkan air dalam periuk. Rebus bebola hingga timbul atau masak ler...

Angkat bebola dan masukkan dalam periuk santan dan biarkan didih seketika.

Sambal goreng, sup tulang dan paru goreng

Menu makan tengahari...paru goreng, sup tulang, sambal goreng....ada orang demam mengidam....bangun pagi jer teringatkan sup tulang. So akak pun terus la dial no penjual daging kat pasar nak tanya bukak gerai ke tidak raya ni. Nasib baik angah (penjual daging) tu tak cuti panjang....

Sampai jer kat pasar rezeki makan daging  baru sembelih. Beli tulang bahagian tengkuk, daging rose dan paru....sampai jer rumah terus cuci2 dan rebus paru ngan tulang tu.... 

Daging tu sok lusa baru nak masak halia macam kat rancangan menu alam tu...

Sambal goreng 

4 keping tempe dlm plastik tu (besar kalau yg kecil balut daun dan newspaper tu kena lebih la) - potong kecil, goreng hingga perang, tos
3 biji kentang - kupas dan potong nipis dan kecil, goreng hingga keperangan, tos
segemgam ikan bilis - basuh, tos, goreng garing, tos

bahan tumis

6 ulas bawang merah - tumbuk lumat
5 ulas bawang putih - tumbuk lumat
4 sb cili kering kisar
2 sb air asam jawa/jus limau
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
--------

Tumis bahan bawang merah n putih hingga keperangan. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam, perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. 
Tutup api dan keluarkan minyak daripada bahan tumis. Ini supaya bilis, tempe dan kentang kekal rangup. 

Pasang api perlahan. Masukkan tempe dan lain2. Gaul rata. Tutup api dan hidangkan.
Buat kudapan pun sedap....boleh tambah kacang tanah yg digoreng dan bawang goreng.

Sup tulang

1 kg tulang - renih hingga empuk. (Api perlahan dan periuk ditutup) - boleh guna preasure cooker tapi sesetengah orang tak suka....lain rasanya.

rempah tumis

2 inci halia - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga

Seketul kecil gula batu (saiz satu ruas jari kelingking)
Garam
daun sup dan daun ketumbar - hiris

Tumis rempah hingga keperangan. Toskan dan tuang dalam periuk sup. Perisakan dengan gula batu dan garam. 

Hidangkan, tabur daun sup dan  ketumbar.

Paru goreng

Rebus paru hingga empuk. Potong nipis dalam setengah inci. Nak nipis lagi pun boleh.
Gaul dengan garam, serbuk kunyit, serbuk ketumbar,  serbuk jintan manis dan putih.
Goreng dengan minyak banyak dan api perlahan hingga garing.

*** serbuk ketumbar, jintan tu seeloknya yg dikisar sendiri....tak terlalu halus....lebih sedap berbanding serbuk yg beli kat kedai.

Jom.....jemput makan erk...

Sarapan pagi di pangkin....

Mengimbau kenangan masa kat kampung, pangkin yang dibuat di bawah pokok rambutan dan di bawah rumah (rumah kampung tiangnya tinggi) jadi tempat untuk minum2 atau kengkadang makan tengahari.

Segar dan nyaman jer....

Duduk kat bandar susah dari cari suasana tu...ruang pun tak berapa nak ada. Gazebo depan rumah tu kengkadang jadi tempat untuk melepak sambil minum2.....tapi kena tengok keadaan cuaca....

Hari ni cuaca pagi cantik. Tak panas dan tak hujan.....kami sekeluarga ambil peluang bersarapan kat gazebo. Tukar2 selera...asyik kat dlm rumah jer, bosan juga..

Menu simple, apam nasi yg dibuat malam tadi, pisang goreng, teh 0 dan kopi 0. Banyak anak2 makan....seronok.

Apam nasi pandan
Pisang goreng
Kopi O dan teh O
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...