Monday, September 19, 2016

Mee goreng hijau


Menu sarapan dan bekal anak2 ke sekolah hari ni. Lama dah tak buat. Malam tadi teringatkan menu ni....anak2 suka. Kebetulan daun sup dan daun bawang baki masak lauk briyani johor semalam ada lagi. Tu yang terus proceed jer dengan menu nih.

Kalau sebelum ni saya guna pasta, kali ni saya guna mee sanggul Bumibes yang dibeli di Pulau Pinang, keluaran bumiputera.

Pagi2 ni malas nak celoteh panjang....jom la semak resepi....


Mee/pasta goreng hijau @ ZLC

Bahan2:
Air secukupnya
1/2 bungkus mee lidi sedikit (boleh guna mee sanggul atau pasta)
minyak masak secukupnya
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicindang
2 sudu besar kicap cair
1 kiub pati ayam (optional - saya tak letak)
sedikit garam
sedikit lada sulah (optional)
10 ekor udang segar (nak letak lebih pun ok jer, kalau nak ganti dengan sotong, daging atau ayam pun boleh )
1/2 biji kobis ~ dihiris (kali ni guna sawi pendek)

Bahan dikisar :

2 biji cili hijau
6 biji cili padi hijau (Boleh tambah ikut citarasa)
4 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang

Cara

Didihkan air, rebus mee/pasta, angkat dan toskan. Gaul mee/pasta bersama sedikit minyak sehingga rata dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak , tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga keemasan.

Masukkan bahan kisar dan tumis hingga airnya kering sedikit. Tambah kicap cair bersama kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau lagi.

Masukkan udang dan kacau rata. Biarkan udang masak seketika. Masukkan mi dan sawi,  gaul rata sehingga masak. Hidangkan bersama sedikit serbuk lada sulah jikalau mahu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...