Monday, March 17, 2014

nasi lemak pandan dan sambal tumis ayam

Nasi lemak pandan dan sambal tumis ayam.
Subuh Isnin yang dingin......saya hidangkan keluarga dengan nasi lemak pandan dan sambal tumis ayam... lama dah tak ulang tayang menu nih.

Untuk nasi

3 pot beras di basuh dan toskan
3 1/2 cawan santan pandan (10 helai daun pandan + 1/2 biji kelapa parut + 4 1/2 cawan air)
sedikit halba dibasuh
3 inci halia dihiris
1 helai daun pandan disimpul
garam secukup rasa

-----
Satukan semua dan tanak dalam periuk nasi.

*****jumlah santan boleh ejas sendiri....kalau nak lebih lemak, lebihkan kelapanya. Kuantiti air juga ikut selera masing2. Ada orang suka nasi yg lembut dan ada yg suka nasi yg tak lembik sangat....


Sambal tumis ayam

3 keping dada ayam (boneless) - potong kecil, gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng dengan minyak yg sederhana banyak (ikut citarasa samada nak garing atau tidak - saya goreng tak garing.....sampai masak dan kering air ayam tu jer).

kisar

10 biji cili kering - rebus
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 inci halia

Ketuk/titik

2 batang serai

3 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
--------
Dalam kuali goreng ayam tadi masukkan bahan kisar dan serai. Ayam tak keluarkan dari  kuali tu pun tak apa. Kacau sebati dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak.

Tambah garam dan gula serta air asam. Kacau hingga sebati dan sambal pekat.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...