Sunday, September 18, 2016

Kek coklat koboi 😀





Sejak semalam lepas tengok kawan post gambar kat group, hati membuak2 nak buat kek coklat ni. Dah lama nak buatkan kek coklat tapi tak tersampai2 niat tu. Pemgukus trio yang dibeli dua bulan lepas pun sampai ni belum ditest lagi.


Kek ni mudah disediakan dan kejadiannya superb... kalau ada tetamu bolehlah pilih kek ni untuk dihidangkan. Mesti tetamu teruja dan ada yang mintak resepi. 😍😍😍


Kek ni saya deco simple2 ajer. Saya satukan 300 gm chocolate compound bersama baki susu cair yang digunakan untuk adunan kek. Saya masak atas api hingga coklat cair. (Api direct...malas nak guna kaedah double boiler).

Bila kek dah siap kukus saya terbalikkan atas pinggan dan tuang choc ganache. Pastu potong dan.terus ngap...

Kek coklat kukus @ ZLC

Bahan A
1 cawan minyak masak (saya guna mentega cair)
1 cawan susu cair (boleh ganti dengan susu segar)
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula perang
3 biji telur (saya guna gred A

Bahan B

Ayakkan

1 cawan serbuk koko
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda

Satukan semua bahan dan gaul rata guna whisk atau senduk kayu. Tuangkan ke dalam loyang 8x8 yg telah di alas dengan baking paper. Kukus selama 45 - 50 minit. (Panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut penutup kukusan supaya wap tidak menitis di atas permukaan kek).

(Resepi asal dari ainulmalik, kisar bahan A bersama serbuk koko sebelum menuangnya ke dalam mangkuk berisi tepung dan digaul rata.)



Wednesday, September 14, 2016

Ubi rebus, hidangan minum petang yang menyelerakan



Menu minum petang setelah penat memancing.  Ubi rebus cicah kelapa parut dan ikan masin goreng. Makan ramai2 rasa sedap sangat. Ubinya yang kitrg beli dalam perjalanan ke kampung tu empuk dan gebu sangat. Memang puas hati beli...


Anak2 beriya nak memancing kat kampung. Ayah tolong layan....mancing kat parit depan ubah nenek.


Beriya memancing....cari lauk kunun. Hubby buatkan pancing dari pelepah sawit jer.

Kalau saya kata....inilah hasilnya....memancing dlm parit sepanjang petang....

😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Hidangan minum petang setelah penat memancing......ubi rebus, kelapa parut, ikan masing goreng....alhamdulillah.




Udang laut segar digoreng kunyit pun sodap


Menu ringkas hidangan untuk tetamu minggu lepas. Masak macam ni ambil masa sekejap jer....tapi tetap menyelerakan tambahan udang tu fresh dari laut. Naik jer dari bot nelayan terus saya rembat......tak sempat masuk ais pun. Saya beli di pasar sungai yu sehari sebelumnya.

Udangnya manis amat...tak perlu banyak2 bahan....gitu2 jer pun dah sedap.

Pasar Sungai Yu tempat saya mendapatkan bekalan ikan segar. Semakin hari semakin ramai yang menyerbu sebab selalu sangat keluar tv.

Jeti nelayan Sungai Yu, tempat bot nelayan pinggir pantai berlabuh.

Tempat kitorang ngeteh sementara menunggu bot nelayan sampai......tunggu air pasang sebelum diorg ble masuk ke jeti. Menu istimewa selain pisang goreng, ada nasi ikan sembilang, lempeng....air kelapa pun fresh.


Udang goreng kunyit

300 gm udang
1 biji bawang besar hiris
5 ulas bawang putih hiris
2 inci halia hiris
20 biji cili padi ketuk/hiris
Sedikit sebuk kunyit
10 batang kacang panjang - patah2kan 2 inci panjang
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan kunyit, udang dan kacang panjang. Tumis hingga udang masak. Perisakan dengan garam secukup rasa. Done!

Tuesday, September 13, 2016

Asyik berBBQ di malam raya


Aktiviti malam raya. Raya kali ni takde sibuk2 nak masak menu raya macam selalu. Kitrang plan masak simple2 jer. Malam kami berbbq pagi rayanya bernasi arab. Dari menu western ke menu timur tengah.


Bbq malam ni cuma ada lamb, ayam, sosej dan sotong...pastu jagung rebus skit. Pencicahnya kali ni saya terrajin sikit nak buat sos lada hitam......hehehehhhh......bukan la rajin sgt tapi sos bbq special tak cukup jadi topup la dengan sos lada hitam ni.


Nak buat hidangan sampingan lain macam coleslaw, kentang lecek semua tu memang tak larat....kepala dua tiga hari ni nyut3 jer...telan ubat pun tak hilang. Tapi sebab dah berjanji nak buat, dan banyak pulak perut2 yang menunggu untuk diisi saya abaikan kejap sakit kepala tu. Takdan nak layan kalau diduk kat kg nih. Bz memenuhi permintaan....balik rumah sendiri melepek dua tiga hari.

Dapur bbq diy oleh hubbyku sayang. Nak bakar kat luar hujan, jadi dibuatkan dapur ni kat porch jer....


Dlm banyak2 pilihan, sosej yg tak berapa sihat dimakan tu jugak yang laris. Masak jer lesap. Masak jer lesap

Sos lada hitam homemade sedap


Malam raya haji punya cerita. Hubby beriya2 nak bakar2 malam raya kat kampung. Stok Sos bbq special ZLC ada tak sampai setengah kg, cukup untuk perap kambing 3 kg, ayam sekor, sosej skg dan sotong dekat 2 kg. Nak buat sebelum balik tak sempat sebab sibuk bakar kek. Bahan pun ada yang dah habis. Jadi saya buatkan sos lada hitam ni sebagai ganti.


Sos lada hitam (homemade black pepper sauce)

5 ulas bawang putih - tumbuk lumat
3 sb tepung gandum
2 sb mentega
1/2 tin susu cair
4 cawan air
1 ketul kiub ayam
3 sb sos tiram
6 sb kicap
50 gm lada hitam tumbuk  (jangan halus sgt)
Sedikit gula
Garam secukup rasa


Cairkan mentega. Masukkan bawang putih. Tumis hingga naik bau. Masukkan tepung, tumis hingga sedikit perang. Kacau selalu. Masukkan bahan lain kecuali susu. Kacau sebati dan biarkan merenih seketika. Tambahkan susu. Kacau rata. Masak himgga mendidih. Sesuaikan rasa. Tutup api setelah mendidih.

Kalau sejuk sos kelihatan agak pekat, tambahkan air mendidih dan kacau rata.

Lamb Madghout


Menu pilihan hari raya haji di kampung. Raya kali ni takde hidangan tradisi. Hubby minta sediakan nasi arab kambing sebab MIL nak makan nasi arab.


Saya pilih resepi lamb madghout yang lydia honey share kat fb dia. Memang pilihan tepat. Diorg kat kampung suka. Menurut lydia resepi Lamb Madghout ni merupakan resepi nasi yang berasal dari negara Yeman. Resepinya mudah dan sedap. Itu yang penting....😍😍😍.


LAMB MADGHOUT

📝 Ingredients:

A)- spice
1 biji fresh tomato-di dadu kecil
Sebiji bawang besar- di dadu kecil
1 biji cili hijau- (jgn dipotong boh sebiji)
2 helai bay leaves*
Kulit kayu manis*
5 kuntum bunga cengkih*
1/4 tsp loomy powder*
1/4 tsp black pepper powder*
1/2 tsp arab mix spice*
1/2 tsp garlic powder*
1/4 tsp cumin powder*
A pinch of turmeric powder*
5-7 biji cardamom pods *
1/4 cawan minyak
Air secukupnya untuk merebus daging
Garam secukupnya

B)- 500g lamb with bone- cut to big chunk.. Biarkan dengan lemak sikit.

C)-2 cups basmathi-cuci bersih dan rendam 1/2 jam dengan air garam dan toskan

D)- Sebiji kentang- medium size, kupas kulit, di potong besar dan gorengkan sehingga golden brown.(lagi bagus kalau dapat beberapa biji kentang yang kecik comel sebesar rambutan.. Gorengkan sebiji2)



Panaskan minyak dalam pressure cooker, tumiskan sedikit bawang besar sehingga naik bau(sekadar transparent kaler jer ok) dan masukkan bahan bertanda dan tumiskan sebentar sehingga naik bau.
Bila spice dah naik bau Masukkan fresh tomato dan gorengkan sebentar sehingga lembut dan hancur.


Masukkan lamb dan gorengkan bersama tomato dan spices, balik2kan di kedua bahagian sehingga golden brown dan masukkan air.
Tutup periuk dan renehkan sehingga daging empuk lebih kurang 30 minit (ikut lamb yg u oll beli gak yer), masukkan garam, renehkan sebentar dan off kan api.


Asingkan air rebusan dan lamb.
Biarkan lamb di dasar periuk, add kan kentang yang di goreng, cili hijau, last layer taburkan basmathi menutupi periuk dan add in -+ 3 cawan stock panas dan tutupkan periuk dengan penutupnya. 


Masak nasik di atas api yang sederhana besar, bila dah hampir kering, cakar2 sikit permukaanya dengan garfu dan slow kan api, tanaklah sehingga nasik masak sepenuhnya.
Bila nasi dah masak, biarkan sebentar 5 minit baru di telangkupkan ke dalam pinggan hidangan.
Leraikan nasi slowly guna garfu je supaya nasi tak patah.
Taburkan di atasnya dengan fresh chopped coriander leaves jika suka dan sedia untuk di hidangkan.
Selamat mencuba

Sunday, September 11, 2016

Kari ikan duri xpress

Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama2 mencuri.

Itu lah pantun dua kerat yg biasa meniti dibibir masa saya kecik2 dikampung dulu. Masa tu tak pernah terfikir siakap, senohong, gelama dan ikan duri tu macam mana rupa dan rasanya. Malah siakap dan senohong tu pun bila dah tua2 ni baru tau adalah sejenis spesis ikan laut. Tambah2 si senohong tu...baru dua tiga tahun kebelakangan ni yg saya tau betul2 wujudnya...sebelum ni saya ingatkan macam satu perkataan senada yg digunakan dalam pantun jer.


Sekarang, pengetahuan saya tentang jenis2 ikan semakin meluas. Dan yang paling saya teruja, semua ikan yang disebut dalam pantun dua kerat tu saya dah kenal, masak dan makan. Thanks to encik hubby jugak la yang banyak mengajar saya mempelbagaikan jenis ikan dalam masakan. Satu lagi saya ni jenis rajin bertanya kalau specis tu saya tak permah tengok atau cuba makan. Biasanya saya tanya jugak tokey kedai tu masakan apa yang sesuai dan bagaimana teksturnya.

Ikan duri (hubby panggil mayong)....fresh dari laut yang dijual di Pasar Nelàyan Sungai Yu. Rezeki kali ni besar2. Setiap ekor anggaran 3 - 4 kg. Saya beli dua ekor sebab nak bawak balik kg skit. Kalau ikutkan hati, nak jer saya borong baki 3 ekor yang tinggal.....tapi takkan nak ulang menu ikan duri setiap hari 😄😄😄. 


Berbalik kepada menu malam ni, kenapa tajuk N3 kali ni Kari ikan duri xpress.....apa yang xpressnya.????.  😅😅😅. Xpress sebab saya cuma tambahkan bendi dan ikan duri ke dalam baki kuah kari ikan selayang yang kakak saya masak tengaharinya. Anak buah datang petang tu, saya balik agak lewat. Jadi nak cepat makan malam saya buat jer gitu. Tak sempat nak masak lain. Tetamu dan tuan rumah dah lapar. Resepi???? Sori takde...hahahahha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...