Monday, January 11, 2016

Bingka pandan susu

Bingka susu ni sebenarnya kesinambungan bingka pandan aritu....nak buat dua adunan tapi santan tak cukup jadi saya gantikan dengan susu tepung. Kalau takde susu tepung boleh ajer guna susu cair atau susu segar.

Bingka susu pandan @ ZLC

2 cwn tepung gandum
2 cwn santan (saya gantikan air campur susu tepung 6 sudu - boleh juga gantikan dengan susu cair atau segar)
1 cwn pati pandan
2 biji telur
1 cwn gula(saya kurangkan sedikit)
1sk garam
2 sb butter cair/minyak msk

Bijan secukupnya

cara2:

Gaul rata semua bahan guna whisker. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan sebentar di dalam oven. Keluarkan loyang dan tuang adunan,  taburkan bijan secukupnya dan bakar suhu 200 celcius selama 50-60 minit ikut oven masing- masing.

Sunday, January 10, 2016

Ayam goreng pandan

Dah lama teringin masak ayam pandan nih, tapi tak terbuat2, ada jer kekangan dan selalunya sbb takde daun pandan yg cukup. Semalam pegi pasar beli dua pokok daun pandan....puas hati. Dah buat bingka pandan pun daun masih banyak ...lebar2 pulak tu...tu yg terus dapat idea buat ayam pandan nih.

Ayam goreng pandan ZLC

4 keping dada ayam potong 4 setiap satu
2 sb minyak bijan
Kisar
1/2 cawan air daun pandan
1/2 labu bawang putih
3 inci halia
1 sk jintan manis
1 sk ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
Perap ayam dengan semua bahan di atas selama sekurang2nya 3 - 4 jam.
Daun pandan secukupnya untuk membalut ayam
Lidi atau pencungkil gigi utk menyemat daun
Minyak secukupnya untuk menggoreng
--------
Saya balut cara mudah. Ambil seketul ayam dan lilit dengan daun pandan dan semat dengan lidi. Ada yang buat macam kon dan balut bentuk 3 segi. Nanti lain kali saya ambil gambar cara nak balutnya.
Siap balut semua ayam boleh simpan beku atau goreng terus hingga garing.

Friday, January 8, 2016

Mediterranean Chicken

Balsamic vineger dah lama beli...tapi tak guna2. Sekali semalam ada member share video resepi Mediterranean Chicken Wing.....tengok bahan semua ada. Balik ofis terus la kuarkan ayam....marinate....kepak ayam takde jadi guna jer ayam peha.

Mediterranean Chicken @ ZLC

1 ekor ayam 
2 sudu besar balsamic reduction (masak 1 cawan cuka balsamic hingga jadi separuh)
Perahan 1/3 lemon
3 sb minyak zaiton
1 sb oregano
1 sb parsley
1 sb lada hitam
2 sb madu
Garam secukup rasa
Karot
Kentang
Hirisan lemon

Gaul sebati semua bahan dan perap selama 3 - 4 jam. Bakar di dalam oven pad suhu 200 celcius selama 45 minit - sejam.


Balsamic vinegar yg saya gunakan dalam resepi ini....cuka berwarna hitam yg dimasak hingga kuantitinya kurang sebanyak 50%.

Wednesday, January 6, 2016

Kuih Penyaram @ Cucur Jawa @ Topi Mexico

Saya rasa selera saya serasi dengan Resepi penyaram dari  HaSue@sue-hasue.blogspot.com. Pernah cuba dua tiga resepi lain tapi tak sebaik hasil dari resepi ini. Saya rasa yg membezakan cuma sukatan tepung gandum dan tepung beras....dlm resepi berat tepung gandum berbanding tepung beras adalah 5:1....dalam resepi lain yang saya gunakan 2 : 2.....bila lebih tepung beras digunakan kebiasaannya kuih goreng ni akan jadi lebih liat...

Ermmmmm gitu la hasil penelitian saya terhadap pembikinan kuih cucur aka topi mexico (walau pun hari ni kejadiaan dia tak macam topi mexico sangat) nih...


Kuih Cucur jawa akak Penyaram Lembut aka Topi Mexico @ ZLC

Bahan2:

500g tepung gandum
100g tepung beras
650 ml air(200ml air pns+450ml air kosong)
3/4 sudu teh garam
500g gula apong/gula melaka
Minyak masak secukupnya

Cara2:

Dalam bekas,satukan tepung gandum dan tepung beras. Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan 200ml air panas(boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka). Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan air selebihnya. 

Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Masukkan garam dan kacau lagi.Tapis adunan dan perap semalaman.


Panaskan 2/3 cawan minyak masak (guna api perlahan), (1) ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. (2 - 3) Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah (4) barulah diterbalikkan. (5) Toskan minyak. Kuih ini memang digoreng satu persatu. Selamat mencuba!


Roti segar merah jambu

Buat roti lagi untuk bekal sekolah dan sarapan anak2. Kali ni saja nak ubah selera...buat warna pink. Roti burger dan bun inti kelapa....


RESEPI ROTI ASAS @ ZLC

Bahan - Bahan :

500g tepung protin tinggi
70g gula kastor
5g garam
30g susu tepung
5g GR Superbake @ 7g bread improver & 7g bread softener 
8g yis
70g marjerin @ shortening 
1 biji telur ( jangan masukkan telur jika guna GR Superbake )
250gram air sejuk (peti ais) jika guna superbake atau 225 gm air jika guna telur dan improver lain
(Beberapa titis pewarna jika suka @ tambahkan 10 gm charcoal powder untuk warna hitam)


Cara-Cara Dengan Menggunakan Breadmaker (sila rujuk teknik menguli):
Masukkan air, susu tepung, gula kastor & telur (bahan basah) ke dalam bread maker.
Gaulkan tepung, yis, superbake @ improver & yis (bahan kering).
Masukkan ke dalam bread maker.
Pilih menu doh, setelah diuli selama 5 minit, masukkan shortening @ marjerin dan garam ke dalam breadmaker. Biarkan hingga siap.

Keluarkan doh yang siap diuli dan timbang doh ikut citarasa.
Uli bulat @ ikut citarasa anda dan rehatkan 2 jam (proofing) atau cukup kembang.
Selepas itu masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180 C selama 15-20 minit
Keluarkan dan sapu marjerin ketika panas.
Roti siap.

*****kalau uli dengan tangan, satukan semua bahan kecuali mentega. Uli hingga sebati. Tambah mentega dan terus uli hingga elastik dan doh licin dan tak lekat ditangan dan besen.

Tuesday, January 5, 2016

Nasi lemak pandan & ayam goreng berempah


Majlis maulidur rasul anjuran Surau Ar Raihan pada hari Sabtu, 2 Januari.... Seperti biasa, juadah yang dihidangkan adalah hasil rewang ahli kariah menggunakan peruntukan sumbangan ahli kariah juga....

Alhamdulillah....apa yang penting....kerja sama macam kata wonder pet tu....

Majlis ni dihadiri lebih 100 org...bermula  3 petang untuk rewang menyediakan kuih muih dan menu utama nasi lemak pandan, telur rebus, sambal tumis dan ayam goreng berempah istimewa ZLC. Kemudian pada ham 6, bacaan tadarus dan selawat oleh para guru dan pelajar tahfiz diadakan sehingga masuk waktu maghrib. Majlis diteruskan dengan kuliah berkitab syamail muhammadiah oleh Ustaz Syed TV Alhijrah dan berakhir dengan jamuan makan.....sekian...


Nasi lemak pandan (tumis)

10 pot beras (basuh dan rendam sekiranya guna beras basmathi

13 pot santan + air pandan (guna penyukat yang sama dengan beras - kuantiti air ikut jenis beras yang digunakan - saya kisar daun pandan dengan kelapa parut)
2 sk halba
Garam secukup rasa

bahan tumis darat

2 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1/3 cawan minyak untuk menumis

--------

Masukkan beras yg telah dicuci ke dalam periuk nasi bersama santan, halba dan garam. Biarkan setengah jam sebelum di tanak  seperti biasa hingga masak.

Tumis bahan tumis hingga naik bau dan sedikit keperangan di dalam kuali. Tuangkan bahan tumis bersama minyaknya ke dalam periuk nasi tadi. Kareh rata.


Sambal tumis ikan bilis sedap

3 cawan cili kering kisar
1/2 cawan air asam jawa pekat
6 biji bawang besar * 
1 labu bawang putih* 
1 cawan  ikan bilis*
3 cawan ikan bilis (goreng sekejap - tak perlu garing - guna minyak yg sama untuk menumis nanti)
3 batang serai dititik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kisar *.  Masukkan cili dan masak hingga airnya hampir kering. Masukkan gula secukupnya. Kacau sebati. Masukkan bawang2  dan bilis ke dalam kuali. Masak hingga airnya hampir kering. Masukkan lebih kurang 2 cawan minyak masak dan serai. Kacau sebati. Masak hingga pecah minyak. Masukkan bilis. Tambah air asam. Kacau sebati. Masukkan air secukupnya. Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata. Masak hingga mendidih. Sesuaikan rasa sebelum tutup api.


Ayam goreng berempah

1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak
Daun kari secukupnya
Saya tambah gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

------
Kisar semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.

Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap.

Monday, January 4, 2016

Kuih bakar pandan

Merajinkan diri petang ni buat bingka pandan. Tadi gi pasar beli daun pandan dua pokok. Yg tanam kat depan rumah dah surau belum sempat nak tumbuh lebat...yg berdaun pulak kena mkan dengan belalang...habis berlubang - lubang.....takpe la kan...dah rezeki dia.....

Masa buat bingka ni anak2 sibuk nak tolong....bagi la diorg tolong gunting pandan dan kisar.....makin sedap hasil air tangan anak beranak....hihihi.

Bingka tak sempat sejuk dah kena potong....sebab kebetulan ada tetamu yang datang.....dan lepas potong yg ni jer tinggal.....hihihi...tak sempat dah nak mekap2...posing bagai....

Resepi ni rasanya saya dapat dari group kelentung kelentang....lupa pulak nak copi sumber asal masa paste resepi kat sini....tima kasih la pada yang share...

Bingka pandan @ ZLC

2 cwn tepung gandum
2 cwn santan
1 cwn pati pandan
2 biji telur
1 cwn gula(saya kurangkan sedikit)
1sk garam
2 sb butter cair/minyak msk

Bijan secukupnya

cara2: 

Gaul rata semua bahan guna whisker. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan sebentar di dalam oven. Keluarkan loyang dan tuang adunan,  taburkan bijan secukupnya dan bakar suhu 200 celcius selama 50-60 minit ikut oven masing- masing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...