Monday, September 28, 2026

Kek limau nipis

 Kek limau nipis

Flavour yang dah lama hakak teringin nak buat. Niat selalu terbantut, limau nipis yang elok berjus tu yang susah nak cari, kadang ada tapi muda sangat dah dipetik jadi kurang jusnya bila diperah. Ni tadi pun nak dapat 60 ml pun punya la payah nak memerah.

Tapi berbaloi la berpayahan memerah limau bila kek yang dihasilkan sangat sedap. 






Kek limau nipis

227 gm mentega

1 1/2 cawan (300gm) gula kastor (resepi asal guna 3 cawan)

6 biji telur gred A atau AA

3 cawan (375 gm) tepung gandum

1 sb baking powder

1 cawan yogurt/sour cream

1/4 cawan jus limau nipis

2 sb parutan kulit limau nipis

Cara-caranya

Alas loyang saiz 10 inci dengan baking paper atau gris dengan margerin/shortening dan masukkan sedikit tepung, ratakan. (Hakak guna 3 loyang loaf bersaiz 4 x 8 inci)

Pukul mentega dengan gula dan parutan kulit limau hingga ringan.

Masukkan telur satu persatu sambil pukul hingga gebu.

Masukkan yogurt dan perahan jus limau. Gaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Pukul sebati. (Boleh tambahkan 2 sb biji poppy jika suka - gaul rata)

Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 1 jam atau hingga masak.

Pindahkan ke atas cake board/atau bekas hidangan. Sejukkan sebelum tuang lime glaze.


Lime glaze

1 - 2 cawan gula ising (gula ni masukkan sedikit2 untuk sesuaikan dengan kelikatan yang kita kehendaki)

3-4 sb jus limau

1 sk parutan kulit limau

Secubit garam

Satukan dan gaul hingga sebati. Tuangkan ke atas kek yang telah sejuk.

RESEPI KARE AYAM KHAS JAWA TIMUR

Kari ayam menu jawa timur jadi pilihan. Ada beberapa perkongsian dari internet hakak rujuk. Ada kepelbagaian dalam bahan yang digunakan. Ada resepi yang turut meletakkan buah keras, daun salam, daun limau purut, lengkuas dan ubi cekur. Ada juga yang agak simple, lebih simple dari rujukan yang hakak kongsikan di bawah. Anak2 hakak boleh terima menu ni dengan baik. Next time mungkin boleh cuba resepi lain yang menggunakan bahan-bahan di atas.

Hakak rasa kalau nak ganti dengan daging atau telur pun sedap ni.


RESEPI KARE AYAM KHAS JAWA TIMUR

Bahan Utama:

- 1 kg ayam (potong ikut citarasa, basuh bersih dan toskan)

- Santan dari sebiji kelapa (hakak guna santan kotak)

- Kentang (optional)

 

Bahan kisar:

- 10 biji bawang merah

- 6 ulas bawang putih

- 6 biji cili merah

- 3 sb cili kering kisar

- 1 cm halia

- 2 biji buah ketapang (atau 1 jika besar) – ini hakak ganti dengan 1 sb sebuk badam/gajus

- ½ sk jintan manis

- ½ sk kembang lawang (hakak tak letak tapi tambah dalam bahan tumis)

- 1 sb serbuk ketumbar

- 1 sk serbuk lada hitam  

- 1 sk serbuk kunyit

- Sedikit serbuk pala

- 3 sb kelapa sangrai (boleh letak sb kerisik)

 

Bahan pelengkap:

- 4 biji bawang merah (mayang)

- 1 helai daun pandan (simpulkan)

- 2 tangkai daun kari

- 2 batang serai (ketuk)

- 4 biji buah pelaga

- 2 cm kulit kayu manis

- 1 1/2 kuntum bunga lawang

Garam dan gula melaka secukup rasa

Minyak untuk menumis

 


👩‍🍳 Cara Memasak:

1. Tumis bahan pelengkap sampai harum.

2. Masukkan bahan kisar, tumis sampai matang dan pecah minyak.

3. Masukkan ayam, kacau sebati dengan bahan tumis.

4. Masak ayam dengan sedikit air sampai empuk & bahan tumis meresap mesra dengan ayam.

5. Tuang santan, kacau perlahan supaya tak pecah (kalau guna santan segar).

6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

7. Masak sampai kuah mengental & harum. Sajikan 😋

Thursday, September 24, 2026

Rendang Cabai

Rendang cabai nama diberi oleh tuan punya resepi. Katanya resepi dari ibu dia. Baca komen ramai juga yang cerita mak, nenek diorg biasa masak menu ni dulu-dulu. Resepi orang lama memang selalu sedap.

Masak rendang ni bahan dia simple sahaja tapi masak dia sangat lama. Nak bagi pecah minyak, daging empuk. Rendang ni selain guna daging, ada juga dimasukkan bahagian hati, limpa, paru….macam rendang nasib. Cumanya hakak tak letak selain daging. Anak-anak tak berapa pandai makan, abam ngan hakak jer yang layan part-part selain daging tu.


Rendang cabai

3 genggam cili kering - boleh campur pedas/kurang pedas/tak pedas (rendang ni kalau ikutkan memang versi pedas cuma kat rumah hakak ni ada anak-anak dan abam yang tak tahan pedas sangat)

Sangan/sangai cili kering dalam kuali hingga garing atau boleh bakar dlm oven - jangan basuh dulu.

Dah siap sangan - ramas sikit untuk keluarkan biji. Basuh bersih.

Masukkan cili ke dalam pengisar bersama

8 biji bawang ros

2 biji bawang besar

Halia sebesar empat jari

Kemudian kisar bersama air dan 1/4 cawan minyak masak hingga betul-betul lumat.

1 kg Daging

1/2 kg paru,

1/2 kg limpa

1/2 kg hati

Hiris nipis. Gaul dengan tepung gandum, biarkan seketika. Cuci bersih.

4 ulas bawang ros - hiris

6 kuntum bunga lawang

Garam

Gula

Air asam jawa




Panaskan 1 cawan minyak masak. Tumis bawang hiris dan 6 kuntum bunga lawang sampai bawang keperangan. Masukkan bahan kisar. Dan 3 senduk gula. Tumis hingga pecah minyak. (Masakan ni guna gula banyak untuk seimbangkan rasa pedasnya). Masukkan daging dan bahagian-bahagian lain. Masak hingga daging empuk. (Boleh tambah sedikit air jika daging masih belum empuk). Selalu kacau untuk elakkan masakan hangit).

Akhir sekali perisakan dengan garam secukup rasa dan sejemput asam jawa yang dibancuh dengan air. (Air asam jawa jangan banyak sangat). Masak hingga semua bahan sebati dan rendang memekat dan pecah minyak.

****garam dan asam letak setelah daging lembut sbb kalau letak awal daging akan lambat lembut.

Mee Kari Putih

 

Mee kari putih. Semalam masa tengah layan fb hakak come across satu menu yang hakak first time tengok. Orang tu (hakak dah lupa siapa nama dia tapi lelaki la) share resepi  mee kari putih. Dia kata first time dia makan kat Penang. Dan sumber lain hakak google katanya dia belajar masak mee kari ni dari seorang Chinese Chef.

Biasa kita makan mee kari warna kari la kan. Ni beza sangat dari yang biasa tapi anak-anak hakak suka sangat. Apaknya tak tau la sebab dia takde, berbuka kat luar.

Menu ni sesuai kalau ada yang tak tahan pedas sbb sambalnya asing. Nak letak banyak mana terpulang citarasa. Boboi hakak makan tanpa letak sambal langsung. Putih jer. Pun dia kata sedap, Alhamdulillah.

Korang cuba la masak untuk hidangan berbuka nanti, atau jadikan salah satu menu rumah terbuka time raya. Mesti terngiang2 jer sampai raya tahun2 akan datang. Tak caya, cuba la🥰.

Mee kari putih

Bahan-bahan sambal cili

4 sudu besar rempah kari daging

5 sudu besar cili kisar (pedas ikut citarasa)

2 biji bawang besar – kisar

5 ulas bawang putih – kisar

1 inci lengkuas – kisar

Gula dan garam secukupnya

1 batang serai – diketuk

***1 sb udang kering - kisar (jika buat kuah tidak mengunakan udang, sebaliknya guna ayam,  disarankan letak udang kering. Tapi kalau kuahnya menggunakan air rebusan udang, tak perlu letak udang kering)

1/2 cawan minyak

Cara penyediaan

Buat sambal cili terlebih dahulu. Caranya panaskan minyak, tumis serai yang diketuk, masuk bahan kisar, rempah dan cili.

Masukkan garam, gula secukup rasa. Tumis sehingga cili garing, pecah minyak dan pekat. Tutup api, ketepikan.

Bahan kuah putih

Stok udang atau air rebusan kepala dan kulit udang yang ditapis – isi diasingkan untuk digunakan kemudian

2 batang serai diketuk

2 inci lengkuas diketuk

3 pokok batang daun bawang (guna bahagian akar hingga ke batangnya)

Fishball

fishcake

tauhu kembung

1 kotak santan – nak pekat boleh tambah ikut citarasa

Garam secukup rasa

1 sk gula

Didihkan stok udang, tambah air dan masukkan serai, lengkuas dan batang daun bawang. Renih selama 30 minit.

Selepas mendidih masukkan santan. Kacau rata. Kemudian masukkan fishcake, fish ball dan tauhu kembong.

Bahan sampingan

2 bungkus mee kuning -dicelur dan ditos

Tauge -celur

Kacang panjang -dipotong - celur

Daun bawang -dipotong

Isi udang - celur di dalam kuah putih

Rice Omelette

Rice omelette. Tajuk sarapan pagi ni. Idea dari reel. Reel ni kalau tak salah hakak asalnya dari chinese china. Tapi ada Indonesian yang voice over reel ni ke bahasa inggeris.

Anak hakak dok request nak rice ball (jumeokbap) untuk bekal sekolah. Hari tu nak buat tapi udah pulak mayo takde. Ni dah ada terbuat pulak version lain. Boboi tadi sempat makan sebelum pegi pameran kat cyber jaya, program sekolah. Dia kata dia suka yang telurnya ada cair2 sikit. Itu yang batch last tadi, nak habiskan telur jadi tuang tebal2. Tu yang dalam dia tak beku sangat.





 








Rice (ball) omelette

Untuk rice ball

2 cawan beras sushi

3 cawan air

1 sb cuka

1 sb gula

Garam secukup rasa

Bersihkan beras dan toskan. Satukan semua bahan. Tanak beras hingga masak. Kareh rata.

Masukkan

Lobak merah didadu kecil

Hirisan daun bawang

Korean Crispy Seaweed (ada jual kat supermarket dan kedai 99 pun hado)

1 sb minyak bijan

Timun dadu kecil (hakak tak letak)

Gaul rata. (Kuantiti bahan ikut citarasa - hakak letak sikit sbb anak2 nanti terkuis2, kalau letak banyak nanti nampak lebih menarik warnanya).

Kepal nasi saiz kecil daripada omelette pan yang 4 lubang. Hakak punya first bacth punya la gedabak. Sebab tak ble nak agak lagi. Ketepikan.


Untuk omelette

6 biji telur (atau secukupnya)

2 sb mayonnaise

Garam secukup rasa

(Bawang besar -  dadu kecil - optional)

Kocok telur hingga sebati dan garam hancur sepenuhnya.

Tuang sedikit minyak dalam pan. Tuangkan telur dan letakkan rice ball (nak panggil juga ball walau pun bentuk dia leper.

Bila dah perang bahagian bawah angkat dan tuang sedikit telur dan terbalikkan omelette tadi ke dalam telur. Angkat omelette setelah masak sepenuhnya. (Ada yang suka telurnya masih ada cair2 sedikit - boleh masak ikut citarasa).

Hidangkan dengan mayonnaise dan sos cili atau makan begitu sahaja.

Ayam Varuval

Ayam varuval - Resepi perkongsian arwah mamak haji yang katanya berasal dari Tamil Nadu, India. Berusaha hakak mempelbagaikan masakan kat rumah ni. Punya banyak resepi yang hakak save untuk dicuba. Semuanya untuk family hakak la. Supaya tak jemu diorg menjamah makanan home cooked ni.

Hari ni terbekenan pulak dengan resepi ayam varuval ni. Hakak gukan dengan sup sayur memandangkan masakan ni jenis kering. Masakan ni tak memerlukan ayam digoreng terlebih dahulu jadi mudah la sikit nak sediakan. Sumber rujukan hakak refer chicken varuval ni sebagai dry version of chicken curry. Dah takde santan/tairu/yogurt diletakkan.

Ayam varuval (varuval meaning - fry" or "roasted)

Bahan-Bahan yang diperlukan:

1 kg ayam dalam 1/2 ekor  - potong dalam 10 bahagian. (Mamak hj guna isi ayam tanpa kulit - hakak guna whole part)

Bahan untuk perapan isi ayam:

2 atau 3 sudu besar rempah kari ayam.

2 sudu besar jus limau nipis.

1 sudu besar pes halia + bawang putih.

garam secukup  rasa.

1 sudu kecil garam masala (sejenis rempah - ada dijual di pasaraya atau kedai2 runcit)

Gaul rata  semua bahan dengan ayam dan perap sekurang-kurangnya 30 minit. Ketepikan. Sementara itu sediakan…

Bahan-bahan untuk menumis:

4 sudu besar minyak masak.

1 biji bawang labu merah dihiris halus.

1 sudu besar pes halia bawang putih.

4 tangkai cili kering dipotong dua.

2 kpg. kulit kayu manis.

2 kuntum bunga lawang.

3 kuntum cengkih.

4 biji buah pelaga.

15 helai daun kari.

1/2 sudu kecil biji jintan putih.

1 sudu kecil serbuk cili – boleh ubahsuai kuantiti ikut citarasa.

CARA-CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu besar minyak masak dengan api dapur sederhana.

2. Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga warna bawang bertukar kepada kuning keemasan, masukkan pes halia bawang putih. Goreng hingga naik bau, seterusnya masukkan cili kering, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, biji jintan putih dan akhir sekali masukkan daun kari dan juga serbuk cili. Tumis hingga sebati, jangan sampai hangus pulak.

3. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam bahan tumisan tadi. Kacau hingga sebati.  Kecilkan api dapur supaya rempah tidak hangus dan biarkan air dari  ayam keluar. Tutup dengan penutup kuali untuk air dari isi ayam dapat dikeluarkan. Kalau isi ayam saja anda masak memadai selama 10-15 minit isi ayam itu akan masak.

Tetapi kalau menggunakan ayam bersama tulang masak lebih kurang 30 minit. Dalam proses masak ini anda perlu kacau selalu setiap 5 minit supaya tidak berkerak. Dalam proses ini sekiranya masakan terlalu kering tambahkan sedikit air supaya ayam boleh masak sempurna.

4. Selepas ayam anda telah masak, buka tudung dan masak lagi 10 minit untuk proses memekat. Sekiranya minyak telah terhasil di sekeliling masakkan anda maknanya “varuval” anda telah sempurna. Tutup api dapur dan hidangkan dengan hirisan daun ketumbar jika anda suka.


Wednesday, September 23, 2026

 

Ayam tumis thai bersantan. Reel resepi ni lalu kat wall hakak. Nampak menarik untuk dicuba dan yakin masakan ni sedap dan akan memenuhi citarasa keluarga. Hakak memang suka masakan yang full of flavor macam ni, aroma yang menarik.


Hari ni plan asalnya nak buat nasi briyani daging. Abam yang masak sbb hakak ke pejabat ada urusan kerja. Dah tengahari tu abam tanya balik pukul berapa. Hakak plan nak habiskan kerja mungkin sebelum asar balik la. Tapi bila hakak call abam dia kata tak jadi masak briyani johor sbb dia demam, tak larat nak masak.

Awat la abam tak habaq awal, dekat pukul 2 hakak bagitau team hakak balik dulu. Sepanjang jalan tu dok berkira2 nak beli jer lunch tapi dah sampai depan pagar rumah hakak masih tak boleh nak buat keputusan nak beli makanan apa jadi sudahnya hakak masak jer la.


Ayam tumis thai bersantan

1 ekor ayam - potong 16 - basuh dan gaul dengan garam dan serbuk kunyit - goreng (hakak goreng hingga sedikit keperangan, tidak terlalu garing)

Bahan kisar -

• 3 biji Bawang Besar

• 1/2 labu Bawang Putih

• 1 inci Halia

• 1 inci Kunyit Hidup

• 2 inci Lengkuas

• 6 biji Buah Keras

• 5 biji Cili Merah

• 10 biji Cili Padi (ikut citarasa)

Panaskan lebih kurang 1/4 cawan minyak masak.

Tumiskan bahan kisar hingga naik pecah minyak.

Masukkan

• 2 batang serai - titik

• 3 pokok akar daun ketumbar

• 4 helai Daun Limau Purut - hiris

• 1 inci  belacan bakar

• Garam & Gula melaka secukup rasa

Tumis hingga sebati.

Masukkan

• 4 sb Sos Ikan

• Perahan Limau kasturi/nipis secukup rasa

Gual rata. Kemudian masukkan ayam dan gaul hingga sebati dengan bahan2 tumisan. Bila ayam dah mesra dengan bahan tumisan, masukkan

1/2 cawan santan pekat

Air secukupnya

Renihkan seketika. Sesuaikan rasa masam, masin dan manis. Akhir sekali masukkan

• Cili Padi/cili besar

• Bawang Holand - hiris

• Daun Ketumbar - hiris

Gaul seketika. Tutup api.

Apple Pie Churros

Hari apa aritu sofiya hantar reel, resepi apple pie churros, dok request nak makan. Katanya makanan ni femes kat london, belum sampai malaysia lagi. So lepas maghrib hakak turun la balik check in kat dapur. Buatkan la churrosnya. Apple pie filling tu petang tadi balik dari beli barang adik dia tunjuk dah siap. Hakak repair sikit jer tambah air dan gula sikit lagi.

Churros

1 cawan air (240 ml)

6 sb mentega (85 gm)

1/2 sk garam

1 sb gula

1 sb esen vanila

4 biji telur gred A

1 cawan tepung gandum

Minyak untuk menggoreng

Satukan air, mentega, garam, gula dan esen vanila. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau hingga air sejat dan tepung bergaul rata lebih kurang 1 1/2 minit.

Masukkan tepung ke dalam mangkuk pengadun. Sejukkan dalam 5 minit, pecahkan sebiji telur, guna senduk, kacau hingga rata. Ulang hingga semua telur habis. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozzle bintang (tak de nozzle pun takpe). Panaskan minyak dengan api sederhana. Paipkan adunan ke dalam minyak, guna gunting potong ikut panjang yang dikehendaki. Goreng keperangan dan toskan.




Cinnamon sugar

Gula castor secukupnya

Serbuk kulit kayu manis secukupnya

Gaul rata, golekkan churros dengan cinnamon sugar.


Apple pie filling

4 biji apple (boleh guna apple hijau atau merah - hakak guna apple fuji) - buang kulit dan potong dadu.

Gula secukup rasa

Sedikit serbuk kulit kayu manis

1/2 cawan air

1 sb tepung jagung

Masak apple, gula dan serbuk kayu manis hingga apple lembut. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air. Masak hingga memekat. Tutup api.

 



Tuang 1/2 churros ke dalam mangkuk hidangan. Kemudian tuangkan 1/2 bahagian apple pie filling. Tuang baki churros diikuti baki apple. Hidangkan bersama aiskrim perisa pilihan.





Cheesy shrimp pasta

Cheesy shrimp pasta, pasta udang berkeju, makan tengahari cum makan perang cum makan malam. Hakak tadi pi makan kenduri ngan hubby. Balik tengok anak2 lepak lagi takde kata lapar. Petang skit baru la hakak start suruh anak2 tolong prep bahan untuk pasta dan kulit dan kepala udang blend untuk pes char kuay tiaw.


Cheesy shrimp pasta

pasta udang berkeju

1 paket pasta (jenis apa2 pun boleh) - rebus dengan sedikit garam dan minyak - toskan

1 paket tomato cherry - potong kecil

150 gm cream cheese

2 sb parmesan cheese

1 biji bawang besar, cincang

5 ulas bawang putih, cincang

1 paket daun pasrley - hiris

1 sb mix herbs

1 sb chilli flakes

1 sk serbuk lada hitam

2 sb tomato puree

Garam secukup rasa

1 sk mushroom seasoning (pilihan)

15 ekor udang (boleh tambah ikut citarasa)

Minyak zaiton untuk menumis (boleh guna minyak masak)

 


Tumis udang hingga masak - ketepikan

Tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau dan sedikit keperangan.

Masukkan tomato cherry dan puree. Tumis seketika.

Kemudian masukkan herbs, chilli flakes, lada hitam, seasoning. Tumis hingga sebati. Masukkan keju. Tumis rata.

Masukkan pasta, gaul hingga sebati. Masukkan udang dan perisakan dengan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun parsley yang telah dihiris. Gaul rata dan tutup api.

 


Friday, December 12, 2025

Orange chicken (ayam oren)

Semalam anak hakak hantar 2 link TT resepi orange chicken tanpa sebarang msg. 😏😏😏boleh jer kan buat tak tau tapi kesian pulak kan. Faham sangat anak2 hakak ni, gitu la. Sepesen jer semuanya. Nanti tengok gambar ke, bidio masakan ke, forward jer kat ummi deme ni😀😀😀. Know2…..tadaaaaaa, dah siapppp.

Plan nak buat semalam untuk makan tengahari tapi abam ajak makan kat luar. Simpan balik ayam😆. 

Tadi sebelum balik dah pesan keluarkan ayam siap2. Sampai rumah boleh terus masak. Kerah anak2 tolong prep bahan. Siap masak lepas azan maghrib. Anak2 suka. Siap suruh repeat lagi. Nanti kita buat versi yang satu lagi, lebih mudah. 


Orange chicken (ayam oren)

Penyediaan ayam

400 gm dada ayam tanpa tulang - potong kiub

Masukkan

1 sk garam atau secukup rasa

1 sk serbuk bawang putih

1 sk serbuk lada hitam/putih

2 sb kicap masin

1 sb chilli flakes

1 biji telur

Gaul rata. Perapkan selama sejam. (Hakak takdan perap).


Masukkan

75 gm (1/2 cawan) tepung gandum

85 gm (1/2 cawan + 1 sb) tepung jagung

1/4 sk baking soda

150 ml (3/4 cawan) air ais

1 sb minyak masak

Gaul sebati dengan ayam. Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan toskan. Ketepikan.


Sos oren

1 sb minyak masak

1 sb bawang putih yang ditumbuk lumat

1/2 sb halia yang ditumbuk lumat

Lada hitam/putih secukup rasa

1 sb chilli flakes

Gula secukup rasa

4 sb kicap masin

30 ml (2 sb) cuka

3 sb golden syrup (optional)

1/2 cawan Jus oren segar

1 1/2 sb Tepung jagung + dibancuh dengan 100 ml air

Garam secukup rasa

1 sk Parutan kulit oren

1 sk minyak bijan

Panaskan minyak masak, tumis halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan kicap dan cuka serta gula secukupnya. Kacau sebati. Masukkan chilli flakes dan lada hitam/putih. Kacau sebati. Masukkan  golden syrup, jus oren dan tepung jagung. Perisakan dengan garam secukup rasa. 

Kacau hingga pekat. Masukkan parutan kulit oren dan minyak bijan. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga bersalut rata. Angkat dan hidangkan dengan taburan bijan yang disangai serta hirisan daun bawang jika suka.

Honey lemon chicken.

Lunch dan bekal anak sekolah hari ni. 




Honey lemon chicken (ayam lemon madu)

Untuk ayam

6 ketul dada ayam tanpa tulang - potong kiub 

Masukkan

1 sk garam atau secukup rasa

1 sk serbuk bawang putih

1 sk serbuk lada hitam/putih

2 sb kicap masin

1 sb chilli flakes

1 biji telur

Gaul rata. Perapkan selama sejam atau semalam.



Masukkan

3 sb tepung gandum

3 sb tepung jagung

Gaul sebati dengan ayam yang telah diperap. Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan toskan. Ketepikan.


Sos lemon madu

1 1/2 sb mentega

1 sb bawang putih yang ditumbuk lumat @ 1 sk serbuk bawang putih

1/2 sb halia yang ditumbuk lumat @ 1 sk serbuk halia

Lada hitam secukup rasa

2 sk Gula 

Garam secukup rasa

6 sb madu  

Perahan sebiji lemon

2 sk Tepung jagung + dibancuh dengan 50 ml air

Garam secukup rasa

Parutan kulit sebiji lemon

1 sk minyak bijan

Panaskan minyak masak, tumis halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan lada hitam. Kacau sebati. Masukkan  madu, jus lemon, gula dan tepung jagung. Perisakan dengan garam secukup rasa. 

Kacau hingga pekat. Masukkan parutan kulit lemon dan minyak bijan. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga bersalut rata. Angkat dan hidangkan dengan taburan bijan yang disangai serta hirisan daun bawang jika suka.

Biskut Nestum Chocolate Chips dan semperit dahlia

Biskut luar musim. Alhamdulillah. Sesekali ada permintaan luar musim hakak layan jer. Weekend sambil2 kita buat. Kalau rajin kadang lepas balik kerja kita layan satu dua adunan. 


Kali ni hakak sempat tunaikan permintaan 3 jenis biskut dari sahabat opis lama hakak.

Biskut nestum chocolate chip rangup

Bhn A:

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

1/2 sk baking powder

1/2 sk soda bikarbonat

(all the above ayak bersama)

1 cawan nestum

1 cawan choc chip

Bhn B:

150gm memtega/margerin

120gm gula castor

1 biji telur

1 sk esen vanila

Gaul sebati  bahan A, ketepikan. Pukul mentega/margerin & gula sampai kembang. Kemudian masukkan telur & esen vanila. Pukul lagi hingga sebati. Bila dah sebati, boleh la masukkan bhn A dan adun rata hingga jadi adunan lembut. Jangan risau, adunan sedikit lembik tapi kandungan nestum dalam adunan akan kembang dan menyerap lembapan. (Ketepikan selama 1/2 jam). Bulat-bulatkkan adunan dan tekan dengan garfu (hakak malas nak tekan kali ni😀). Bakar dengan suhu 160 celcius lebih  kurang 20 minit, bergantung kepada ketuhar masing-masing.

Tips:-

1. simpan adunan dlm fridge dulu supaya cookies lebih ranggup. (Hakak tak dan nak simpan😆, fridge pun penuh). 


Biskut semperit dahlia.

@ Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan

Bahan A

200gm mentega

100gm gula ising

1 biji kuning telur

Pewarna pilihan (atau boleh biarkan plain untuk versi klasik)

Bahan B

250gm tepung gandum

50gm tepung jagung

50gm tepung kastard

Hiasan

Hirisan ceri untuk versi klasik atau coklat chip

Cara-cara

Pukul bahan A hingga berkrim.

Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. 

Bahagi doh dan warnakan 

Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam nozzle. 

Guna nozzle bintang pecah 7/9/11 dan tekan ke atas loyang. Hias dengan coklat cip atau ceri.

Hakak rehatkan biskut yang telah siap dipaipkan selama sejam dua sebelum dibakar untuk mengelakkan kelopaknya layu setelah dibakar. 

Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 160 celcius selama 20 minit atau hingga masak. (masa bergantung juga pada saiz dan ketebalan biskut, begitu juga dengan suhu bergantung kepada kesesuaian ketuhar masing-masing).

Tuesday, July 29, 2025

Kek karot, Kek coklat dan Kek pelangi untuk cikgu

3 jenis kek - kek karot, kek coklat dan kek pelangi, 3 biji setiap satu. Hakak buat ni untuk menyampaikan niat anak nak bagi kat ceegu. Bukan utk hadiah hari guru tapi sbb dah habis sekolah. Ada satu lagi akan bagi kemudian sbb sedang menunaikan haji. Balik haji nanti kita buat lain yer ceegu.

Kek saiz 7 inci jer. Satu layer. Pelangi dan karot hias dengan creamcheese frosting. Kek cekelat letak cekelat ganache dan parutan dark cekelat compound.  Anak hakak yang sulung hakak buatkan brownies.

Golden raisin carrot cake

250gm soft brown sugar

195 gm minyak sayuran

4 bj telur ayam gred A

250gm tepung naik sndiri

3 cawan carrot parut(350gm lepas parut..dlm 2-3 bj)

100gm kacang walnut (panggang n cincang)

100 gm kismis (ditumbuk)

1 sk esen vanila

1 sk baking soda

1 sk garam

2 sk serbuk kayu manis

1/4 sk serbuk buah pala

1. Campur gula+minyak sayur dalam mangkuk pemutar dan putar..

2. Masukkan telo satu persatu dan putar hingga kembang + esen vanilla.

3. Cmpurkan tepung,soda,kayu manis,buah pala,garam...putar sebati

4. Masukkan kismis..putar sebati

5. Masukkan walnut..putar..

6. Masukkan karot n putar sebati..

7. Masukkan dlam loyang 9"/10" yg dah dilenser dan lapik..

8. Bakar 170-180. 45-50minit atau sehingga masak..

Creamcheese frosting..

1/4 butter

250gm creamcheese

100 gm(secukupnya) gula aising...

Putar butter+creamcheese..masuk gula aising yg diayak..putar smpai kmbang..

(Lin tmbah 1/2 cwn fresh cream)

Putar kental....kaup balik ngan adunan cheese

Hakak suka combine whipp cream dengan creamcheese.

1 cawan whip cream

200 gm cream cheese - pukul dengan 2 sb gula icing dan 1 sb perahan lemon (kadang takde lemon hakak bantainya limau kasturi). Pukul hingga gebu.

Masukkan krim. Pukul kental.

Gula hakak tak letak banyak sbb cream dah manis.

🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂

Kek coklat lembab

Bahan-bahannya

Bahan A

1 3/4 cawan (219 gm) tepung gandum

1 sk baking soda

2 sk baking powder

3/4 cawan (62 gm) serbuk koko

1 3/4 cawan (350 gm) gula perang lembut (hakak guna 300 gm sahaja)

1/2 sk garam

2 sk serbuk kopi espresso (optional)

Bahan B

1/2 cawan (120 ml) minyak masak

1 cawan (240 ml) buttermilk (campur secawan susu dengan 1 sb cuka atau perahan lemon - biarkan selama 15 minit)

2 sk esen vanila

2 biji telur gred A atau AA

Bahan C

1 cawan (240 ml) air kopi O pekat panas (hakak guna kopi kampung, kalau takde boleh juga guna kopi instant)

Cara-caranya

Panaskan ketuhar pada suhu 160 celcius. Alas loyang 9 inci dengan parchment paper (baking paper).

Satukan tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda, garam, serbuk espresso (kalau gunakan) di dalam mangkuk.  Gaul guna whisk hingga rata.

Masukkan bahan-bahan lain kecuali kopi panas. Adun sebati menggunakan whisk. (Kalau nak guna mixer cukup dengan low speed (kelajuan minimum). Akhir sekali masukkan kopi O panas dan gaul rata. Adunan memang agak cair yer. Jangan tambah tepung. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.

****Penggunaan kopi di dalam adunan kek ini tidak akan menjadikan kek ini berperisa kopi. Tujuan menambahkan kopi semata-mata untuk menaikkan lagi rasa coklat.

Chocolate ganache

1 cawan (240 ml) double cream (hakak guna cooking cream)

270 gm chocolate compound - cincang kecil

Panaskan double cream hingga keluar buih2 kecil. Tutup api. Masukkan coklat cincang. Gaul hingga coklat cair. Biarkan sejuk semalaman.

Tuang di atas kek yang telah sejuk. Hias ikut citarasa. Hakak parutkan coklat compound gula peeler🥰.

🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂🎂

Kek pelangi

Bahan-bahan

300 gm mentega/margerin

6 biji telur gred A

3 cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)

3 1/2 sk baking powder

1 1/4 cawan gula castor

150 ml susu segar/cair

1 sk esen vanilla (bole guna perasa lain juga)

Pewarna pelangi

Cara-cara

Pukul mentega/margerin, esen dan gula sampai kembang dan berwarna pucat.

Masukkan telur satu persatu..pukul lagi sampai gebu.

Masukkan susu, gaul hingga sebati dan masukkan tepung yang telah di ayak. Pukul sebati.

Bahagikan ikut jumlah warna yang digunakan. Letakkan pewarna dan gaul rata.

Griskan loyang dan tabur rata sedikit tepung atau alas baking paper. Masukkan adunan satu warna adunan, tuang adunan seterusnya diatas adunan di dalam loyang mengikut susunan warna pelangi.

Bakar lebih kurang 1 jam - 1 jam 10 minit atau hingga masak pada suhu 160 celsius di dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal.

Fattuccine Alfredo

Fattuccine Alfredo untuk sarapan. Hari ni sekali lagi hakak terlajak sampai hampir jam 5.30. Melompat bangun sbb nak siapkan sarapan yang akan membawa ke lunch. Alhamdulillah menu hari ni ringkas dan mudah disediakan.


Fattuccine Alfredo

1 bungkus pasta fattuccine ( kalau nak guna jenis lain pun ok) - rebus hingga lembut dengan air yang dimasukkan sedikit garam - toskan (simpan secawan air rebusan - optional)

Untuk sos alfredo

1/2 ketul mentega

4 ulas bawang putih - cincang

1 1/2 cawan heavy/thick/cooking cream

1 cawan air rebusan pasta

1 cawan susu segar

1 1/2 cawan keju parmesan

Sedikit serbuk lada hitam

Garam secukup rasa

Parsley flake secukupnya

Keju Parmesan untuk hiasan

Tumis bawang putih dengan mentega hingga naik bau. Masukkan krim, susu dan air rebusan pasta. Didihkan selama 5 minit. Masukkan 1/2 bahagian keju. Gaul hingga keju cair sepenuhnya. Perisakan dengan garam, lada hitam dan sedikit parsley flakes ( boleh juga guna hirisan daun parsley segar).

Tutup api. Tambah baki keju dan gaul rata. Masukkan pasta dan gaul sebati. Hidangkan dengan taburan keju parmesan dan parsley flake.

(***Hakak tak gaul terus pasta dan sos sebab tak makan terus semuanya. Anak2 akan mengulang sampai habis. Jadi bila nak makan baru mereka tuang sos).


PAU LABU

Pau labu, sarapan pagi tadi....warna alami dari buah labu....dah macam lemon pulak. Ni puri labu yg dibekukan. Habis dah stok...tak dan juga buat lepat dan bingka...lain kali pulak la.



Pau labu inti kelapa
1/2 cawan air sejuk
50 gm margerin atau shortening
1 sk garam
1 biji telur saiz kecil
200 gm puree labu
500 gm tepung pau @ gandum
5 gm bread improver (optional)
2 sk baking powder
50 gm gula
5 gm yis
Masukkan bahan ikut turutan dalam mangkuk BM. Uli mode dough (ulang 2 kali untuk hasil yang lebih baik).
Kalau uli manual guna tangan, satukan semua bahan kecuali margerin. Bila dah sebati, masukkan margerin. Uli hingga doh licin, tak lekat ditangan.
Ambil doh lebih kurang 30 - 40 gm. Leperkan.dan isi inti ( inti boleh dipelbagaikan ikut citarasa). Bulatkan dan letak doh atas kertas atau daun pisang. Susun dalam loyang. Jarakkan antara satu sama lain untuk beri ruang doh mengembang.
Biarkan doh mengembang sekurang2nya 2 kali ganda. Panaskan kukusan. Kukus selama 5 - 7 minit. Angkat pengukus dari air kukusan tanpa buka penutupnya.
Dah angkat baru buka penutup.
Tips untuk kulit pau licin
***Pastikan penutup pengukus dibalut kain untuk elakkan air kukusan jatuh ke atas pau.
***Jangan kukus pau terlalu lama.
***jangan perap pau terlalu lama (over proof) nanti pau akan kecut bila dikukus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...