Permintaan asal victoria sandwich cake tapi bila cari petang semalam harganya terlalu kayangan jadi hakak cadangkan untuk buat kek hummingbirds. Menggodek la kek berkenaan malam tadi. Sekali gitu kek tu meragam, dah lama tak buat. Hakak rasa senab hakak dah toskan air nenas lepas hakak kisar. Habis jadi bingka kek hakak. Tapi rasanya masih sedap kemain🤭🤭🤭🤭. Nak baking benda lain hakak dah ngantuk, maka subuh nanti la baru fikirkan.
Dek kerana kek tu tak mencapai tahap yang sepatutnya maka subuh tadi hakak selongkar la dapur mencari idea apa yang boleh dibuat dalam masa kecemasan subuh tadi. Nak buat pineapple upside down cuma tinggal setin, cukup utk request dari seseorang jer. Selak2 tin2 yang bersusun dalam food storage tu nampak la peach. Alhamdulillah Allah bantu. Tapi dugaan masih belum berakhir. Sambil buat itu itu, hakak hanguskan gula utk topping kek ni, tetapi malang berbau. Berasap satu dapur dan bukan setakat gula hangus yang hakak hasilkan tetapi gula hangit terbakar lagi. Waduh2, lepas buka api tadi hakak leka buat apa tatau, sekali toleh penuh api dalam pan gula hakak tu. Terpaksa la buat another batch of gula hangus.
Alhamdulillah sempat siap dua biji kek pagi ni dan sampai ke pejabat on time.
Kek karamel peach terbalik (Caramelised Peach Up-Side Down Cake)
Lapisan Bawah
1/4 cawan mentega
1/2 cawan gula perang
Buah peach secukupnya (dalam tin) - tos dan lap sesikit untuk mengeluarkan cecair dalam buah peach. (Kalau guna peach fresh lebih mudah sebab tidak terlalu berair)
Alas acuan kek 9 inci dengan baking/parchment paper.
Buat gula hangus, bila gula dah keperangan, masukkan mentega dan gaul hingga sebati. Terus tuang dalam acuan. Ratakan.
Aturkan peach ikut kreativiti masing2. Ketepikan.
Lapisan atas
2 cwn tepung tepung gandum
2 sk serbuk penaik
1/2 cawan mentega
3/4 cawan gula halus
2 biji telur gred A
2 sk esen vanila
1/2 cawan jus peach (yang dalam tin tadi)
1/2 cawan susu segar
--------------------
Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.
Pukul mentega, esen dan gula hingga gebu. Masukkan telur dan pukul hingga betul2 sebati. Masukkan air peach dan susu. Pukul rata dengan kelajuan perlahan.
Masukkan bahan2 berayak (tepung dan baking powder.)
Pukul lagi hingga sebati dan tuang ke atas peach tadi.
Bakar selama 60 minit pada suhu 160 c.
Sejukkan 10 minit di dalam loyang sebelum diterbalikkan di atas cake board. (Kemungkinan akan ada jus yang mengalir dari peach, lap bersihkan lebihan cecair yang mengalir keluar.)