Pages

Friday, December 30, 2011

Daging Masak Merah Ala Thai


Bahan-bahannya

1 kilo daging direbus hingga empuk dan dihiris nipis
2 sb cili boh/cili kering yang dikisar
2 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 labu bawang besar dipotong 6
10 ulas bawang putih diketuk
2 inci halia dihiris nipis
3 batang serai diketuk
10 helai kacang panjang dipotong 2 inci
5 helai daun limau purut di koyak kasar
10 biji cili api dibuang tangkai
Garam secukup rasa
Beberapa titik pewarna merah
1/2 cwn air

-----------------
Tumis bawang, bawang putih, halia.
Masukkan cili dan tumis sampai pecah minyak.
Masukkan serai, sos cili, tomato dan tiram dan pewarna merah.
Masukkan daging dan air dan masak hingga sebati.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan cili api, kacang panjang dan daun limau purut dan kacau lebih kurang lima minit.
(jangan terlalu lama sebab nanti kacang lembek)

***kalau suka boleh juga masukkan tomato yang dibelah empat.

Thursday, December 29, 2011

Pau Gebu (MYR)


Versi normal dan rose

Bahan-bahan

  • 500g tepung pau
  • 80g gula kastor
  • 2 sudu teh yist
  • 2 sudu teh Double Action Baking Powder
  • 200ml air suam
  • 3 titik pewarna merah jambu
  • 1 sudu teh garam (resepi asal takde saya tambah)
  • 80g shortening

Cara-cara

  1. satukan gula,air,yist & pewarna merah jambu dlm cawan,gaul perlahan hingga gula larut.
  2. dalam mangkuk besar,campurkan tepung pau,double action baking powder & shortning.
  3. tuangkan bancuhan yist tadi ke dlm mangkuk berisi tepung secara perlahan sambil di uli.
  4. gaul perlahan hingga tak ada yg melekat kat mangkuk & tangan pun dah tak basah.teruskan menguli selama 15 minit utk mendapatkan pau yg cantik & gebu.
  5. ambil doh,buat bulat2 & timbang,setiap satu 40g.canai doh yg bulat dan letak inti kesukaan anda.
  6. susun dalam kertas cawan,kemudian letak ke dlm acuan apam yg berbentuk mangkuk.biarkan doh mengembang selama 1 jam.jangan lupa tutup doh dalam loyang besar selam proses pengembangan.
  7. didihkan air dlm periuk kukus & kukuslah pau atas api kuat selama 10 minit.
  8. pesan:jgn kukus pau lebih dr 10 minit,segera angkat semua pau dr kukusan.
******Kalau ada breadmaker lagi senang...masukkan semua bahan ikut step macam buat roti tu...pastu ambil mode dough jer....sonang keja akak.......

Wednesday, December 28, 2011

Kek Kukus Velvet Pelangi (MYR)


Mudah dan sedap....

Kek Velvet Pelangi

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 8 inc )

  • 4 biji telur - A yang sejuk dr petiais
  • 3/4 cawan gula halus/perang (180g)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - diayak
  • 3/4 sk baking powder
  • 1/2 sb penuh ovallete
  • 1/4 sk garam
  • 7 1/2 sb susu sejat (120g)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/3 cawan minyak jagung/mentega cair (80g)
  • 3 atau 4 pewarna pilihan

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris.

Satukan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang.

Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati.

Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna2 pilihan.

Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis.

Tutup loyang dengan alum. foil yg digris dan kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.

Buka segera alum.foil tadi dan biar kek di dalam loyang 5-10 min dan terbalikkan atas redai kek untuk disejukkan.

Setelah sejuk,potong dan hidangkan. Bahan-bahan ( 1 loyang 8x8 / 20cm )

Monday, December 26, 2011

Roti Wholemeal





500 gm tepung wholemeal
100 gm tepung gandum
Sebiji kentang US (direbus dan dilecek)
50 gm mentega
2 sb gula
1 1/2 sk garam
2 sb susu tepung penuh krim
1 paket yis kering
1 sb perahan limau/lemon
350 ml air

----------------
Satukan dan uli hingga sebati lebih kurang 1 jam.
Perap hingga kembang dua kali ganda.
Tumbuk untuk keluarkan angin dan masukkan dalam bekas pembakar.
Biarkan naik dua kali ganda dan bakar hingga masak.

Wednesday, December 21, 2011

Pasta n White Sauce aka Mac n cheese


100 gm butter
6 ulas bawang putih cincang halus
3 sudu besar tepung gandum
100 gm cheddar cheese
50 gm mozarella cheese
Garam
3/4 liter fresh milk
1 cwn air
serbuk lada hitam secukupnya
basil n pasley flake

---------------
Tumis bawang dengan butter hingga kekuningan.
Masukkan tepung dan tumis sebentar.
Tuang susu dan masak hingga pekat.
Masukkan air dan cheese dan kacau hingga cheese cair.
Masukkan garam, lada hitam, basil dan pasley.

Makan la dengan pasta, apa2 jenis pun boleh....

Friday, December 16, 2011

Spagetti Tuna Goreng

Resepi ni sempoi je...dapat dari Dilla...member serumah masa bujang2 dulu....katanya dia dapat
masa keja kat resort/hotel somewhere in Terengganu.....Chef kat situ ajar la....
Kalau sesak2 orang datang ble je buat pasta ni...bahan2 dia kita ble buat stok sebab tahan (bukan selama2nya, jgn sampai expired) lama...tak rosak.....

Gambar nanti la bila2 saya upload....

Bahan-bahannya

1 paket spagetti (500gm)
2 tin tuna -flake atau chunk (sama ada yang dalam minyak atau dalam air)
10 biji cili padi dihiris nipis
2 biji bawang besar dicincang
7 ulas bawang putih dicincang halus
Sebiji limau nipis (perahkan airkan)
Garam secukup rasa
Minyak/mentega untuk menumis

-----------------
1. Rebus pasta hingga lembut. (jangan lupa masukkan garam di dalam air rebusan)
2. Toskan.
3. Tumis bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan tuna yang telah dikeringkan air/minyaknya.
5. Masukkan cili api.
6. Masukkan bawang dan goreng hingga layu.
7. Perahkan limau dan gaul sebati.
8. Masukkan pasta dan gaul hingga sebati.
9. Bolehlah dihidangkan (kalau nak, boleh je tabur sedikit daun pasley kering)

Wednesday, December 14, 2011

Kek Batik



Resepi kek batik ni dapat kat satu blog kat internet tu.....
Hari tu penah buat tapi guna telur...macam kureng best la...
Yang ni ok la...cuma cam biasa, tambah menambah resepi orang
dah jadi minat ku....

Resepinya yang ikut suka aku tambah2...

Biskut marie 1 paket besar, patahkan...(aku buat 2 perisa....coklat n biasa)
1/2 tin besar susu pekat
180 gm butter
100gm milk coklat
1/2 cwn milo
1/3 cwn horlick
1/3 cwn fresh milk

cara2nya

Masak semua bahan hingga sebati dan pekat.....jangan lupa kacau ye...
Masukkan biskut dan kacau rata
Tuangkan ke dalam bekas/loyang dan tekan2 supaya padat
Sejukkan sebelum dipotang...(letak dalam peti sejuk)

Sonangkan....cuba jgn tak cuba...

Saturday, November 26, 2011

apam nasi

Inilah apam nasi yang di corakkan untuk menaikkan selera....

Hari ni tetiba rasa nak buat apam nasi....so sebelum pegi pasar pagi tadi sempatlah membancuh apam. Siap bancuh dekat pukul 7am. Kalau 3 jam perap, kul 10am nanti ble la kukus. Balik dari pasar bancuh pulak kulit karipap untuk buat stok kuih frozen....cuti sekolah ni anak-anak tak ke mana, jadi kalau lapar, ada la benda nak makan....

Dua tiga hari lepas dah buat donat coklat frozen....

Saturday, November 19, 2011

Apam Polkadot

           

       
                

 Sumber resepi ni dari myresepi....kreativiti diperlukan untuk mempelbagaikan corak apam ni...
leka sekejap bermain dengan warna...

Apam polkadot

Bahan-bahan

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette/susu pekat manis
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna
Cara-cara
1. masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk dan pukul
dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,
kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam
plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali corakkan dengan warna pilihan,
kemudian kukus selama 10-15minit

Kek Alunan Kasih


Resepinya saya Copy paste dari MYR. Suka tengok kejadiaannya yang cantik jelita ni...

Bahan-bahan 

  • 1 1/2 cwn planta @ 1 buku buttercup 250gm
  • 5 Biji Telur (saya guna 6 biji telur gred B)
  • 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 2 cwn gula halus (saya guna 1 ½ cwn je)
  • 3 sudu kecil baking powder
  • ½ cwn susu cair(saya guna secawan fresh milk)
  • 1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
  • *Serbuk koko (secukupnya)
  • *Pewarna ( ikut citarasa masing2..)

Cara-cara

  1. Pukul planta dan gula smpai kembang
  2. Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
  3. Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit
  4. Bahagikan tiga bahagian..campurkan pewarna merah, kuning dan hijau
  5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 *sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.
  6. masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua
  7. Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Thursday, November 17, 2011

Choc Moist Cupcake...(lovely kitchen)


Ni letak separuh cup je tapi dia punya naik......
nak deco pun dah tersembul......

Bahan-bahan :
  • 100g serbuk koko*
  • 250g gula halus/castor*
  • 300ml fresh milk*
  • 200ml minyak sayur*
  • 250g susu pekat manis*
  • 4 biji telur
  • 150g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Papercups secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Campurkan semua bahan yang bertanda * dan masak dengan api perlahan sehingga gula hancur dan licin. Tidak perlu sampai menggelegak. Tutup api.
  2. Tepung gandum, baking soda dan soda bikaronat di ayak. Ketepikan.
  3. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan bahan yang di masak tadi dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan pukul sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam jug.
  6. Susun papercups di atas tray oven.
  7. Tuang adunan ke dalam papercups lebih kurang 2/3 papercups.
  8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 minit atau sehingga masak.

Oren Blended Cake/Cupcake



Kek Oren Blended

3 biji telur gred a
1 cwn minyak
2 cwn gula (saya guna 1 1/2 cwn shj)
1 biji buah oren (saya guna 1 1/2 - 2 biji)
2 cwn tepung gandum
1 sudu besar baking powder
Saya tambah sesudu besar poppy seed

-------
Kisar telur, minyak, oren yang telah dibuang biji dan putih tengah, gula hingga hancur dan sebati.
Tuangkan dalam tepung yang telah diayak bersama baking powder dan kacau sebati.
Bakar pada suhu 170% selama 20 minit kalau cupcake, dan 1 jam kalau kek biasa tu...

Tuesday, November 15, 2011

Kek Nenas Terbalik (Chef Wan)




Lapisan Bawah

1/4 cawan mentega

1/2 cawan gula perang

8 Keping gegelang nenas (dalam tin)

6 biji ceri merah/hijau


Lapisan atas

2 cwn tepung kek (saya guna tepung gandum jer)

2 st serbuk penaik

1/4 st garam

1/2 cawan mentega tanpa garam (disebabkan mahal saya guna mentega biasa tapi omit garam)

1 cawan gula halus

2 biji telur

2 sudu teh esen vanila

1 cawan/250 ml/8 oz bendalir) jus nenas (yang dalam tin tadi)

--------------------

Gris acuan kek bulat (81/2 inci) dengan 1/4 cwn mentega dan tabur gula perang di dasarnya.

Aturkan nenas dan letak ceri di bulatan nenas tersebut.

Ayak tepung, serbuk penaik dan garam.

Pukul mentega dan gula hingga gebu.

Masukkan bahan2 berayak, telur, esen dan jus nenas.

Pukul lagi dan tuang ke atas nenas tadi.

Bakar selama 45 minit pada suhu 175 c.





Saturday, November 12, 2011

Kek Pandan Lembab (Nita bagi)



Kek Pandan Lembab

(A)
270 g butter (I selalu bubuh 250 gm je = seketul butter)
230 g gula

(B)
5 biji telur gred A
100 ml pati santan pertama (perahan seterusnya dah kurang lemak)
(if tak suka santan, boleh tukar dengan susu cair)
1/2 cawan pati pandan (campur dgn warna hijau sikit)

(C)
240 g tepung gandum
25 g serbuk kastard
30 g kelapa parut basah (resipi sebenar guna kelapa parut basah tapi I selalu letak kelapa kering dlm adunan sebab dah letak pati santan)
1 sudu serbuk penaik.
(ayak bahan C)

Hiasan

40 gm butter (sapu atas kek)
35 g gula icing + 50 g kelapa parut kering = tabur atas kek yang dah dibakar selepas sejuk.

cara-cara

Pukul mentega dengan gula hingga putih dan gebu. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul. Masukkan !/4 santan + air pandan secara berselang seli dengan !/4 bahan C sambil adun rata menggunakan spatula diakhiri dengan bahan C. Tuang adunan ke dalam loyang yang bergris.

Bakar suhu 160 - 180 antara 50 - 60 minit.

Bahan utk kastard pandan:

- 1 tin susu cair (selalunya I guna susu Ideal)
- 3 - 4 sudu besar tepung kastard (ambik 1/4 susu cair tadi utk dibancuh dengan kastard)
- 1 paket kecil agar-agar yg kena rendam dulu tu ..yang paling minimum gramnya.. tak ingat.. (I guna agar2 sbb nak bagi kastard tu keras sikit, bila layer dgn kek, tak la penyek kastard tu)
- 1 1/2 cawan gula - if nak manis lagi, tambah lagi (I tak suka manis sangat)
- 1/4 pati pandan + pewarna hijau + daun pandan masa sedang masak /kacau bahan2 tu (sebelum likat, I keluarkan daun tu)
- 1 cawan air utk larutkan agar2 (kalau nak keras lagi adunan kastard, kurangkan air... yg ni I selalunya agak2 je tapi air tak pernah lebih dari 1 cawan sbb dah bubuh 1 tin susu cair)
- secubit dua garam

Cara

-larutkan agar2 dengan air dulu
- dah larut, baru masuk gula
-masukkan daun pandan, pati pandan, pewarna, baki 3/4 susu cair, garam
-last sekali masukkan bancuhan tepung kastard.. kacau & jgn bagi berketul
- biar mendidih ....dua tiga kali didih jgn biar lama sgt.
- tuang adunan dalam 2 bekas yang tak tinggi, sama saiz dan sama saiz dgn kek (sebab nak terbalikkan kastard ni atas kek)
- selalunya I buat 2 layer kastard dan 3 layer kek.......bahagian bawah, tengah & atas sekali ialah kek.
- so, ia akan jadi 5 tingkat
- kalau rajin, bubuh icing di sekeliling kek... tapi I tak pernah buat pun.... seronok nampak berlapis-lapis..
-kalau nak kemas, potong di setiap sisi/tepi kek tu supaya semua sisi kek tu nampak sama

** if ada lebih bancuhan kastard tadi ..,, bubuh dalam bekas cute-cute...sejuk kan dalam peti ais,,, sedap kalau makan kastard tu dengan ais krim... yummy!!


Biskut Bangkit Mentega (MYR)


Bahan-bahan

  • 250 g tepung ubi
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula icing - diayak
  • 1 biji telur
  • secukup mentega lembut (nak lebih sdp guna yg berkualiti)
  • secukup bijan (opt)
  • 1 helai daun pandan (saya guna lebih untuk bau yang lebih kuat) - dikerat

Cara-cara

  1. Tepung2 disangar berasingan dengan daun pandan hingga ringan.( saya sangarkan sekali je.....orang terlebih rajin). Buang daun pandan dan sejukkan.
  2. Gula dan telur digaul rata dan masukkan tepung dan gaul lagi.(Kekadang saya gaulkan gula icing dengan tepung...buat ratakan....uli dengan mentega pastu baru masuk telur....macam buat semperit)
  3. Masukkan mentega sedikit2 sambil diuli hingga adunan lembut dan boleh dikepal.Canai doh dan terap,hias bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 min atau ikut kepanasan suhu oven masing2 hingga masak.

Tuesday, November 8, 2011

KEK YoGurt



Mood mengekek.....saya cuba resepi kek yogurt yang saya cnp dari MYR...Tq ye...

KEK YoGurt

Bahan-bahan

½ cawan yogurt
½ cawan gula halus
½ cawan gula perang
3 biji telur
1 ½ cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
½ cawan minyak masak
buah peach (dipotong dadu)

Cara-cara
Panaskan oven 180 degree.
Ayak tepung gandum dan baking powder.
Pukul yogurt, gula dan telur di dalam bekas.
Masukkan tepung bersama baking powder yang diayak tadi dan pukul lagi.
Masukkan minyak masak dan pukul sehingga semuanya sebati.
Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang.
Letakkan buah peach yang dipotong dadu diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 degree selama 40 hinga 50 minit.


****saya kurangkan skit gulanya...seperti biasa.

Kek Milo Berjalur Nestum


Resepi ni saya jumpa masa balik kampung dalam buku resepi yang dibeli oleh kakak ipar dan salin dalam kertas, bila balik ke rumah reepi entah ke mana, tapi dek kerana hati bergelora nak mencuba maka dok google nama, jumpa la kat blog kengkawan seangkatan....maka terhasillah kek ni....sedap, cuba jangan tak cuba...

Bahan-bahannya
250 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri (saya guna tepung biasa tambah dengan 2sk baking powder)
5 bj telur -gred A (bila guna gred C saya lebihkan jadi tujuh/lapan biji)
1 sdb esen vanilla
5 sdb MILO
5 sdb NESTUM(kisar halus)

Cara -caranya

Pukul gula dan mentega hingga kembang
Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati
Masukkan esen vanilla. Dan kemudiannye tepung sedikit demi sedikit..sebatikan adunan.
Bahagikan kepada 2 bahagian...1 adunan, masukkan Milo dan pukul sedikit hingga sebati. Kemudian 1 lg adunan, dipukul dengan Nestum yg telah dikisar halus
Tuangkan adunan berselang-seli lapisan atau mengikut kreativiti masing2..
Bakar pd suhu 180 darjah selama 45 min.

Kek Minyak







Sumber resepi saya my resepi. Saya buatkan 2 adunan. Satu untuk anak2 dan satu untuk dibawa ke pejabat sempena sambutan ulangtahun kelahiran staf2.

Kek Minyak

2 cwn tpg gandum ayak bersama 1 sudu teh baking powder
5 biji telur
3/4 cwn gula
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1 sudu besar ovellete
esen vanila dan perisa yang digemari
-----
pukul telur + gula + ovellete + esen sampai gebu. + susu, pukul lagi, + minyak, pukul sampai sebati.
masukkan tepung dan gaul sebati.
bakar 170c selama 45 min atau masak la.....
dah sejuk baru potong dan makan maaaaaaaaaa....

Monday, November 7, 2011

Biskut Makmur


Biskut ni kira biskut tradisional yang sonang sangat nak buat dan tak banyak ragamnya.
Sukatan dia pun ikut suka, nak buat banyak, bancuh la banyak, nak sikit, bancuh sikit.....

Bahan2

Untuk Doh

Tepung gandum
Minyak sapi yang dicairkan
Sedikit garam halus

Untuk Inti

Kacang tanah yang disangai dan ditumbuk kasar
Gula halus

Gula Ising secukupnya

--------
1. Panaskan minyak sapi (kalau guna QBB paling bestlah..), sejukkan skit.
2. Tuangkan dalam tepung yang telah digaul dengan garam. Uli hingga sebati. (kalau nak letak pewarna pun ok je...)
3. Ambil sejemput tepung (ikut la saiz mana nak buat). Letakkan inti kacang yang telah digaul dengan gula.
4. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius sehingga masak (ni kena tengok oven masing-masing...tempoh masak selalunya yang saya punya lebih kurang 30 min)
5. Dah sejuk...golekkan dengan gula ising tu....dan susun la atas paper cup...

5.

Samperit/dahlia



Resepi ni pemberian dari member seofis.....dah lebih sepuluh tahun guna resepi traditional ni...
tak pernah menghampakan.....cuba jangan tak cuba....tq min.....

Biskut samperit/dahlia traditional
@ zulfadreamland.blogspot.my

1 mangkuk tepung gandum
2 mangkuk tepung jagung
1 mangkuk gula ising
1 sb tepung kastard
1 mangkuk mentega
2 biji kuning telur

-------------------
Gaul semua tepung dan gula macam nak buat bread crumb.....sehingga semuanya betul-betul sebati.

Masukkan mentega dan gaul sebati.

Masukkan kuning telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.

Donat Segera


Hias ikut suka...nak salut castor sugar ble, gula ising ble, coklat jem....ikut citarasa tekak yang nak telan....

Bahan-bahannya

1 kg tepung
1/2 cwn air suam
1 cwn susu segar
1/2 cwn minyak masak/butter
1 pkt yis kering (mauripan)
1 1/2 biji kentang US yang direbus dan dilecek
4 sb gula
2 sk garam
1 biji telur
-------------------------
1. kalau ada breadmaker masukkan semua bahan ikut step yang ada kat manual.
2. kalau manual....
3. satukan semua bahan 2 bendalir termasuk telur, garam, gula.
4. gaul rata.
5. masukkan kentang dan yis dan gaul rata.
6. masukkan tepung dan uli hingga tak melekat.
7. perap dalam bekas tertutup sehingga naik dua kali ganda.
8. uli sekejap dan bentukkan jadi donat.
9. bila dah naik barulah digoreng sekejap.
10. angkat dan sejukkan sebelum disimpan dalam peti beku.

****kalau doh lembik, tambah sedikit tepung.

Badak Berendam



Untuk body yang warna hijau

Satu paket tepung pulut
10 helai daun pandan dikisar dengan air secukupnya
Sedikit garam

Inti Kelapa

1/2 biji kelapa parut (cari kelapa muda skit)
Garam, gula merah, gula putih secukupnya - ikut citarasa
2 helai daun pandan disimpul
Sedikit air

-------
Satukan semua bahan di dalam periuk atau kuali. Masak hingga agak kering. (Jangan kering sangat tak best). Buang daun pandan tadi.

Utk kuah

3 cawan santan 
1 sb tepung gandum
Sedikit garam

-------
Masukkan dalam periuk. Pasang api perlahan. Kacau selalu sepaya tak pecah minyak.

Ambil doh....agak2 la nak besar mana.... leperkan dan letak inti, bulatkan. Buat sampai habis.

Didihkan air dalam periuk. Rebus bebola hingga timbul atau masak ler...

Angkat bebola dan masukkan dalam periuk santan dan biarkan didih seketika.

Kek Nangka




Resepi saya dapat dari blog singgahsana kitchen....Tq ye...bau harum satu dapur...Buatkan untuk Bibik Su sebagai penghargaan majikan sempena besday dia...

BAHANNYA

6 BIJI TELUR (B)
200 GM TEPUNG GANDUM(saya guna tepung superfine-kek lebih halus)
200 GM NANGKA YANG TELAH DICINCANG (nak lebih boleh tambah lagi)
130 GM KELAPA PARUT
225 GM BUTTER
130 GM GULA KASTOR
1/4 TSP BAKING POWDER
1 TBSP SUSU PEKAT MANIS

CARANYA

1. BUTTER DAN GULA DIPUKUL HINGGA KEMBANG, MENJADI PUTIH DAN BERKRIM.
2. MASUKKAN TELUR SATU PERSATU SAMBIL DIPUKUL LAGI HINGGA KEMBANG.
3. MASUKKAN KELAPA PARUT, NANGKA DAN SUSU PEKAT MANIS. GAUL DENGAN SPATULA HINGGA RATA.
4. MASUKKAN TEPUNG SIKIT DEMI SEDIKIT. KAUPBALIK HINGGA RATA DAN SEBATI.
5. ALAS & GRIS LOYANG DGN BUTTER. TUANGKAN ADUNAN DLM LOYANG DAN BAKAR DALAM OVEN YANG TELAH DIPANASKAN TERLEBIH DAHULU DGN SUHU IKUT KEPANASAN OVEN MASING-MASING.

Apam Ayu (copy paste dari blog)



APAM AYU

· 5 biji telur (saiz kecil)

· 250gm tepung gandum

· 370gm gula

· 2 camca teh ovallate

· 1 camca teh baking powder

· Kelapa parut dikisar dengan 15 helai daun pandan untuk mendapatkan 250ml santan

· sedikit pewarna hijau

·· Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara:

1. Panaskan kukusan.

2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.

3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, dan pewarna.

4. Kacau lagi hingga sebati.

5. Sapu sedikit minyak pada acuan.

6. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.

7. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.

8. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Rainbow Velvet Cake



Bahan A
400gm tepung gandum
1 tsp baking soda
(Bahan A diayak)

Bahan B
2 buku mentega (500gm)
350gm gula kastor
2 tsp esen vanilla
5 biji telur

Bahan C
350ml susu segar
1 Tbsp cuka atau jus lemon
(Bahan C disatukan & dibiar selam 10 minit untuk dijadikan buttermilk, kalau tak beli aje yang dah siap)

Bahan D
perisa blueberry - warna ungu
perisa strawberry - warna merah
perisa pandan - warna hijau
perisa lemon - warna kuning

******saya tak guna perisa berbeza untuk warna yang berlainan tapi guna perisa vanila jer

Topping Cream Cheese
250gm cream cheese
80gm gula aising
1 tsp esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :
1. Satukan Bahan A dan ketepikan
2. Pukul Bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu diikuti Bahan A dan Bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
3. Asingkan adunan kepada 4 bahagian. Masukkan campuran perisa dan perwarna, gaul sebati dan masukkan ke dalam acuan, bakar sehingga masak
4. Cream Cheese - Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanilla & whipping cream sedikit demi sedikit & pukul hingga rata & tidak berketul
5. Lapiskan setiap lapisan kek dengan cream cheese.