ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-)
Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini....
Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Saturday, November 12, 2011
Biskut Bangkit Mentega (MYR)
Bahan-bahan
250 g tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula icing - diayak
1 biji telur
secukup mentega lembut (nak lebih sdp guna yg berkualiti)
secukup bijan (opt)
1 helai daun pandan (saya guna lebih untuk bau yang lebih kuat) - dikerat
Cara-cara
Tepung2 disangar berasingan dengan daun pandan hingga ringan.( saya sangarkan sekali je.....orang terlebih rajin). Buang daun pandan dan sejukkan.
Gula dan telur digaul rata dan masukkan tepung dan gaul lagi.(Kekadang saya gaulkan gula icing dengan tepung...buat ratakan....uli dengan mentega pastu baru masuk telur....macam buat semperit)
Masukkan mentega sedikit2 sambil diuli hingga adunan lembut dan boleh dikepal.Canai doh dan terap,hias bijan jika suka.
Bakar pada suhu 160C selama 15-20 min atau ikut kepanasan suhu oven masing2 hingga masak.
No comments:
Post a Comment