ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Tuesday, October 31, 2017
Ayam Tumis Cili Masak
Ni menu subuh kitab....kalau hari bekerja menu tengahari saya kebanyakannya 2 in 1. Lauk dan sayuran dalam satu hidangan jer.
Subuh aritu tengok kat freezer stok dada ayam banyak dan cili masak pun banyak stoknya jadi saya masak tumis jer dada ayam yang dipotong nipis. Menu campak2 jer kata orang......masak ikut suka.
Ayam tumis cili masak
5 keping dada ayam - hiris nipis
1 biji bawang besar - hiris
8 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia
1 sk serbuk kunyit
10 biji cili masak - kisar kasar
2 kepimg asam gelugur
Sayuran pilihan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Tumis bawang, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan goreng hingga sedikit garing. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan asam keping. Tumis seketika. Masukkan sayuran. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sayur empuk. Tutup api dan hidangkan.
Menu hari minggu: ikan masak lemak tumis dan kangkung tumis
Menu ahad lepas. Menu simple2 ajer sebab macam2 kena masakan kena prepare untuk jamuan ofis semalam. Lepas ke pasar, siap basuh dqn simpan ayam ikan dalam freezer lepas sekejap sebelum mula memasak. Bermula dengan goreng cendawan sambil tu prepare masakan ikan. Sayur tu minta tolong kakak ngan atuk siapkan. Kangkung ni hubby yang teringin sangat nak makan.
Zohor juga la baru siap. Lepas siap makan tengahari rehap kejap sebelum mula baking congo bar, kek dan bislut. Sambil2 tu kupas2 apa yang patut utk menu jamuan kat pejabat.
Dalam sibuk2 masak tu sempat juga la mengubah susun atur perabut. Berpeluh2 seharian ahad lepas dengan macam2 aktiviti.
Resepi ikan masak lemak tumis
1 kg ikan tenggiri - bersihkan, gaul dengan garam dan serbuk kunyit - goreng sekejap dengan sedikit minyak atas kuali non-stick. Ketepikan.
Kemudian kisar kering/tumbuk
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Tumis dengan sedikit minyak (hingga pecah minyak dan naik bau. Kemudian masukkan
5 biji cili masak & 10 biji cili padi kisar
2 batang serai diketuk
Tumis lagi hingga pecah minyak. Selepas itu masukkan 5 cawan santan dari sebiji kelapa. Kacau rata. Kemudian masukkan sekg ikan. Masukkan 2 keping asam gelugur, garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Kacau sesekali supaya tak pecah minyak. Masukkan tomato, masak selama 2 minit lagi dan tutup api.
Monday, October 30, 2017
PANDAN.COCONUT BUTTERCAKE
Kek mentega pandan bersantan, resepi yang saya jumpa dari beautymeloverecipes.blogspot.my. Rasanya macam pernah sekali mencuba kek pandan yang adunannya letak santan tapi tak begitu menjadi.....hasilnya ala2 bingka jer. Cubaan kali ni macam ok. Terasa lemak2 santannya...dan kalau pandan tu dari daun pandan asli saya rasa aromanya lebih memikat berbanding menggunakan paste. Lain kali boleh buat lagi kek ni menggunakan pandan asli. Semalam tak sempat dah....nak cepat ajer...tuangkan paste pandan yang berbaki setitik dua jer....jadi lah...
Pandan coconut buttercake
Kek mentega pandan bersantan
Bahan2nya
250 gm mentega
200 gm gula castor
7 biji telur gred C
300 gm tepung kek
1 sk baking powder
200 gm santan pekat
1/4 sk garam
3 sb susu segar
1 sk pes pandan
Cara2nya
1. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan ringan.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul sebati. Masukman santan, susu dan garam perlahan2 dan gaul rata. Kalau nampak tak sebati masukkan sedikit tepung dan gaul rata. Kemudian masukkan pes pandan. Gaul sebati.
Masukkan tspung kek yang telah diayak dengan baking powder dan tuangkam ke dalam tin 7 @ 8 inci dan bakar pada suhu 170 celcius selama 60 minit atau hingga masak.
Biskut Semperit
Aktiviti semalam. Terlebih rajin pulak. Tapi ni biskut shortcut....doh dah buat lama...sebulan lebih dah.....chilled dalam esbok. Semalam aktiviti menclearkan esbok ternampak doh ni keras kekung dalam tu....jadi keluarkan dan kembalikan dia kepada suhu bilik...uli2 sikit dan terap ngan acaun pastu bako....dah siap kukis kita akhirnya.
Biskut samperit/dahlia traditional
@ zulfadreamland.blogspot.my
1 mangkuk tepung gandum
2 mangkuk tepung jagung
1 mangkuk gula ising
1 sb tepung kastard
1 mangkuk mentega
2 biji kuning telur
-------------------
Gaul semua tepung dan gula macam nak buat bread crumb.....sehingga semuanya betul-betul sebati.
Masukkan mentega dan gaul sebati.
Masukkan kuning telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
Guna nozel pecah 12 atau ikut citarasa. Boleh juga pilih nozel nipis panjang macam tart gulung tu.
Tekan doh di atas loyang menggunakan acuan. Hias dengan hirisan ceri. Bakar selama 25 minit suhu 170 celcius kepada saiz dan ketebalan.
Cendawan Goreng
Menu tengahari semalam. Kesukaan anak2.
Resepi cendawan goreng @ ZLC
1 kilo cendawan
1/2 kilo tepung gandum
Nak sedap campur tepung jagung
Nisbah 1 bahagian tepung jagung : 3 bahagian tepung gandum
1 sb serbuk kari
1 sb serbuk cili
Gaul rata
Kisar:
1 labu Bawang putih
1 sb Serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
200 ml air
Cara2nya
Campuran bahan blender dengan cendawan. Jika cendawan sikit, masukkan campuran cecair tu sikit2. Gaul bahan2 dengan cendawan sampai sebati. Tos dan tekan2 sedikit supaya kandungan air dapat dikurangkan.
Jgn terlebih adunan cecair tu. Bila dah sebati baru tuang tepung dan kirai2 je cendawan tu. Semasa menggoreng..gunakan minyak byk dan gorengan jgn dikacau. Biarkan sehingga ia garing dan kacau sekejap sebelum diangkat. Api jgn terlalu marak, sederhana saja. Angkat dan toskan.
Friday, October 27, 2017
Kek Lemon
sesekali tukar selera....kek oren dah selalu sangat buat......kali ni buat guna lemon pulak. kek ni adun guna mesin pengisar juga sama macam kek oren blended tu. Boleh guna keseluruhan lemon macam buat kek oren tu tapi kena pastikan lemon tu yang betul2 fresh dan kulitnya yang nipis jer...takmo pakai yang kulit tebal keras tu.....kalau tidak nanti kek jadi pedar....pahit2 kelat rasanya....tapi lebih baik la korang parut jer kulit lemon, ambil bahagian kuning saja nak mengelakkan rasa kurang best pada kek nanti...ok.
Lemon Cake @ ZLC
*6 biji telur gred C (boleh kurangkan kalau guna gred A)
*1 cwn minyak masak
*1 1/2 cwn gula
*2 biji lemon - parut kulit kuningnya sahaja dan ambil 1 1/2 biji jus lemon
*2 sb susu pekat
*1/2 sk garam
**1 sudu besar baking powder
-------
Kisar * hingga sebati. **Ayak.
Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk tepung yang telah diayak bersama baking powder dan kacau sebati menggunakan whisker.
Bakar pada suhu 170 Celcius selama 20 minit kalau cupcake, dan 45 minit kalau menggunakan loyang saiz 9".
Ayam tumis cili masak
Lunck yang sempat disediakan subuh tadi....sambil bako 2 bijik kek oyen mengancam kita tu untuk member opis....sambil sediakan sarapan. Ini la hasilnya....ayam tumis ngan cili masak yang tengah banyak stok kat esbok.
Ayam tumis cili masak
4 keping dada ayam - potong kecil atau hiris nipis
3 ini halia - hiris lidi
6 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
8 biji cili masak - kisar dengan sedikit air
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugur
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk kunyit
sayuran pilihan
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris hiris. Tumis hingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan ayam. Masak hingga ayam sedikit garing. Setelah itu masukkan cili kisar dan asam keping. Tumis hingga pecah minyak. Perisakan dengan lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sayuran pilihan. Masakkan seketika. Sedia dihidang ngan nasi putih.
Lempeng Pisang
Sarapan pagi yang mudah2 ajer. Lempeng pisang yang kalau dibakar atas daun pisang akan jadi tambah lazat dengan aromanya yang harum semerbak.....tapi takde daun pun no hal,,,,sedap tak terkata juga...hakhakhak....
Lempeng Kelapa
Bahan2nya
3 cawan tepung
2 cawan pisang lenyek
2 cawan - 2 1/4 cawan air
1 1/2 cawan kelapa parut muda
garam secukup rasa
Satukan semua bahan dan kacau rata. Panaskan pan/kuali, letak sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan dan ratakan. Biarkan garing sedikit dan terbalikkan. Dah masak angkat dan hidangkan bersama minuman panas.
Thursday, October 26, 2017
Ikan Kukus Asam Limau
Bila idea dan mood memasak dah kelaut....ikan kukus jer jadi pilihan....bukan saja sedap tapi sihat la jugak...takde minyak2.
Ikan Kukus Asam Limau
2 ekor ikan saiz sederhana
10-20 biji cili padi dihiris
3 inci halia (hiris lidi)
5 sb Sos tiram
10 biji perahan limau kasturi
garam dan gula secukup rasa
4 batang serai dihiris
Hirisan daun ketumbar (optional)
Sayuran pilihan - karot, brokoli, kobis bunga, cendawan, tomato jika suka
Kelarkan ikan dan lumurkan dengan halia. Masukkan ikan ke dalam loyang. Taburkan serai dan cili padi.
Dalam mangkuk, satukan sos tiram, perahan limau, garam dan gula. Gaul rata. Siramkan ke atas ikan tadi. Masukkan bunga kobis dan karot. Kukus selama 15 minit.
Masukkan tomato dan brokoli serta cendawan. Kukus lagi selama 5 minit. Angkat, taburkan hirisan daun ketumbar jika ada dan hidangkan.
Lempeng Kelapa dengan Sambal ikan bilis cili padi
Lempeng kelapa aka tepek nyor (namanya kat kampung asal saya di perak) dengan sambal bilis cili padi pilihan menu sarapan harini.
Sambal bilis cili padi
1 mangkuk ikan bilis - basuh dan toskan
2 biji bawang besar - hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
3 keping asam gelugur
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan air
Kisar
20 - 30 biji cili padi hijau ( ikut citarasa)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Air secukupnya
Goreng ikan bilis hingga separa garing. Masukkan bahan kisar.
Tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula, asam keping dan 1 cawan air.
Biarkan merenih selama 10 minit. Masukkan bawang besar serta perisakan dengan garam secukup rasa. Tambah baki air jika perlu. Biarkan merenih seketika atau hingga bawang layu. Hidangkan bersama lempeng.
Lempeng Kelapa
Bahan2nya
3 cawan tepung
2 cawan - 2 1/4 cawan air
1 1/2 cawan kelapa parut muda
garam secukup rasa
Satukan semua bahan dan kacau rata. Panaskan pan/kuali, letak sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan dan ratakan. Biarkan garing sedikit dan terbalikkan. Dah masak angkat dan hidangkan bersama sambal bilis atau susu pekat.
Wednesday, October 25, 2017
Brownies
Brownies....kek bantat yang disukai ramai. Senang dibuat sedap dimakan....jom bikin satu.
Brownies
180 gm mentega
120 gm coklat compound
1 1/2 cawan gula halus
1/2 sk garam
1 cawan tepung kek
3/4 cawan serbuk koko
1/4 sk baking powder
1/8 sk baking soda
3 biji telur gred C
Satukan gula, tepung, serbuk penaik, serbuk koko ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati.
Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk. Pukul sedikit menggunakan garpu hingga sebati sahaja.
Satukan coklat compound dan mentega ke dalam periuk dan cairkan menggunakan keadah double boiler.
Tuang coklat yang telah cair ke dalam mangkuk yg berisi telur. Gaul sebati menggunakan spatula.
Tuang adunan telur ke dalam mangkuk tepung dan gaul sebati menggunakan whisker. Sudukan adunan brownies ke dalam tart shell 3/4 penuh.
Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 Celcius, api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit.
Sejukkan sedikit sebelum dikeluarkan dari acuan.
Sambal Terung Pipit
Terung pipit atau nama lainnya terung rembang......masa kat kampung dulu tak payah beli. Kutip je tepi2 jalan atau kat semak2....banyak terbiar. Tak payah keluar duit nak makan sayur. Kalau hidupnya di laman jiran, laung jer nama jiran tu dan bagi tau nak minta skit.....pasti tak mengecewakan.
Selain dibuat sambal, dimasak tempoyak dengan pucuk ubi tumbuk dan pucuk kayu lain pun sedap juga.
Sambal tumis bilis terung pipit
2 cawan ikan bilis (goreng sekejap - tak perlu garing)
1 1/2 cawan terung pipit (goreng jap sekali dengan bilis)
*30 biji cili kering direbus
*3 biji bawang besar
*7 ulas bawang putih
3 batang serai diketuk
Garam dan gula
3 sb air asam jawa
1/2 cawan air
minyak untuk menumis
Kisar halus *. Tumis * hingga pecah minyak. Masukkan serai, air asam, garam dan gula. Kacau sebati. Masukkan terung dan bilis. Tambahkkan 1/2 air. Masak hingga sebati dan terung empuk.
Ayam Goreng Berempah
Menu majlis tahlil di rumah jiran sabtu lepas. Ayam goreng berempah dipadankan dengan nasi putih, sayur campur, ulam dan sambal belacan. Memang kombinasi yang baik. Sayur tu kalau masak lemak putih pun sodap sebab berkuah sedikit. Makan malam2 simple2 gini lebih sedap.....
Ayam Goreng Berempah
1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak + sedikit serbuk kari ayam
Daun kari secukupnya
Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir
------
Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.
Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap
Kuih Ketayap
Kuih tradirional pilihan untuk sarapan pagi tadi. Inti kelapanya saya letak isi durian frozen. Memang la sedap ya ammaaat jadinya....
Kuih Ketayap aka kuih gulung
Untuk kulit
3 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna pilihan (atau kisar air dengan daun pandan dan tapis untuk mendapatkan warna dan haruman semulajadi.)
Kisar sebati semua bahan hingga sebati.
Untuk inti
(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula putih + gula melaka (manisnya ikut citarasa)
2 sb isi durian
Sedikit air
Sedikit garam
1 helai daun pandan
Cara-cara
Masukkan kelapa parut, air, durian, gula serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat. Buang daun pandan.
Panaskan pan dengan api sederhana, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi membulat (ini utk buat bentuk biasa). Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Nampak tepi2nya dah kering tu maknanya dah masak la. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.....tapi untuk viewer sedia untuk ditatap jer ler yer...huhuhu.
Tuesday, October 24, 2017
Kerang Tumis Bersantan
Dah agak lama tak bersiaran....mood malas menaip + sakit kepala + macam2 lagi. Menu nih dah lebih seminggu hubby masak. Masa tu singgah ke Jeti Perpat dan nampak ada jual kerang....walau pun saiznya agak kecil tapi sebab dah lama tak masak kerang, beli la jugak 2 kg.
Kerang tumis berlada
Masakan My Abd Sado JJ
Sekilo kerang bersihkan
5 biji bawang merah kisar/tumbuk halus
5 ulas bawang putih kisar/tumbuk halus
1 inci halia kisar/tumbuk halus
2 batang serai diketuk
2 helai daun kunyit dicarik kecil (optional)
5 sb cili kisar (cili kering yg telah direbus dan dikisar halus)
3 sb air asam jawa
1/4 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
---------
Tumis bawang merah, putih dan halia kisar hingga naik bau dan masukkan cili. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan serai, air asam, garam dan gula secukup rasa. Kacau hingga sebati.
Masukkan kerang dan gaul rata. Masukkan santan,. Biarkan mendidih seketika. Kacau sekejap sebelum tutup api.
Dah siap.....
Monday, October 16, 2017
Apam Pisang Gebu Gebas
Apam Pisang gebu gebas ni air tangan anak yang darjah 4.....suka sangat la bila diberi kepercayaan untuk masak memasak ni. Stok pisang lemak manis yang dah ranum semuanya tu banyak....stok terakhir dari kebun sebab selepas diambil semua pokok yang ada dah dilupuskan untuk beri laluan kepada proses tanam semua bagi menggantikan pokok2 yang dah berpenyakit.
Separuh adunan saya tuangkan coklat rice...bila masak macam comot je kejadiaannya....tapi yang comot tu la habis dulu. |
Apam Pisang Gebu
3/ 4 cawan gula perang/putih
1 cawan minyak masak
5 biji telur gred c
2 cawan tepung gandum
1 sk baking soda
1 sk baking powder
Sedikit garam
10 biji pisang lemak manis/emas (atau 5 biji pisang berangan)
Cara Cara Masak Resepi Apam Pisang Simple Sukatan Cawan
1. Masukkan semua bahan. Kisar hingga sebati. Perap adunan selama 30minit..
2. Panaskan air kukusan hingga air mendidih. Sapu minyak pada acuan.. masukkan adunan 3/4 acuan. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
Selamat Mencuba
Roti pound
Mood meroti bila roti yang dibeli kurang menepati citarasa. Lama juga tak meroti kebelakangan ni sebab tak cukup masa nak buat. Satu adunan dapat 2 buku roti....
Roti Pound
Zulfaza Loves Cooking
Bahan-bahan
500 gm tepung roti atau tepung gandum (saya guna tepung gandum)
290 ml air ais
2 sb susu pekat
50 gm gula
5 gm garam
30 gm susu tepung
50 gm mentega
10 gm yis
Cara-cara
1. Masukkan gula dan yis ke dalam susu suam. Biarkan 10 minit. Selepas 10 minit akan berbuih2.
2. Campurkan tepung, garam, gula dan susu tepung. Buat kolam tengah2.
3. Curahkan semua campuran susu pekat, yis dan air ke tengah2 kolam tepung.
4. Boleh terus uli sampai sebati.
5. Masukkan butter, uli lagi sehingga elastik dan doh kelihatan licin dan tidak melekat ditangan.
Boleh juga guna breadmaker atau mixer untuk penyediaan doh.
6. Perap 1 jam. Slps 1 jam, tumbuk2 doh, bahagikan 16 biji, susun dlm loyang 8" x 8".
7. Perap lagi 1 jam. Sapukan dengan susu + telur untuk melekatkan kekacang. Boleh la dibakar.
8. Selepas dibakar, keluarkan dari loyang dan siram dengan sos karamel.
Nasi Ayam Penyet dengan Sambal Sedap
Nasi Ayam Penyet
Untuk ayam
Bahan-bahan ( 6 orang )
Untuk Ayam1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasi. - saya guna peha ayam jer
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.
Bahan lain
Tauhu
Tempe
Cara-cara
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman untuk hasil yg lebih baik. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tauhu.
Setelah perap semalaman, golek-golekkan pada tepung jagung. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
Untuk Nasi
4 cawan beras basmathi - dibasuh, rendam 1/2 jam dan ditoskan
5 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Garam Secukup Rasa
Bahan tumis
3 ulas bawang putih hiris
1 biji bawang besar hiris
1 btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter + minyak
Masukkan air rebusan ayam dan garam. Tunggu sehingga menggelegak sedikit. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau hingga airnya kering. Kecilkan api dan tutup periuk rapat2. Masakkan selama 5 minit. Sementara itu, panaskan butter dan minyak. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. Tutup api periuk nasi dan biarkan 5 minit sebelum dituang bahan tumis dengan minyak tumisan, dikareh rata.
Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong
45 cm Belacan
2 sb Ikan Bilis
Garam dan gula merah secukup rasa
Panaskan minyak.
Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.
Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.Masukkan gula merah dan gaul rata.Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
Daun Sup dan Daun Bawang takde stok harini.... |
Untuk Sup
1 biji bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
Garam secukup rasa
Baki air rebusan ayam tadi dan kaki/tengkuk dan bahagian tulang2 ayam (rebus empuk)
Hirisan daun sup dan daun bawang
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang, halia dan rempah tumis hingga naik bau. Tuangkan ke dalam sup tadi. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.