Kuaw tiay bandung sotong sekor......kenapa namanya camtu....kenapa sekor padahal nampak cam lebih dari satu je dalam mangkuk tu.....haaaa mai sini nak jawab. Akak bagi nama tu sebab akak tak potong2 sotong tu....akak masukkan sekor2 dalam kuah bandung tu...tapi malas la nak tulis tajuk resepi tu panjang2....
Jom le cuba resepi akak ni...sedap tau...tak memyesal punya kalau citarasa kita sama.....😆. Kalau tak sama tak dapat la akak nak nolong yer...
Pe lagi...jom jengok resepi....
Kuaw tiaw bandung sotong sekor ala ZLC
400 gm kuaw tiaw
5 sb sos toram
5 sb sos cili
5 sb sos tomato
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar
2 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
4 biji tomato masak ranum
15 biji cili kering (rendam/rebus hingga lembut)
Sayuran pilihan
Saya guna
kobis
Cendawan enorki
Karot
Perencah
Sotong - basuh bersih dan buang dakwatnya (kalau rajin buang kulit)
4 biji Telur
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sos2 dan air secukupnya. Kacau rata.
Perisakan dengan garam secukup rasa. Kemudian masukkan sotong. Kacau rata. Pecahkan telur dan biarkan seketika. Masukkan sayuran dan kuay tiaw. Kacau rata. Biarkan seketika sehingga sayur masak. Tutup api dan hidangkan segera.
ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Saturday, April 30, 2016
Bubur sumsum
Minum petang. Lepas makan nasi arab tadi teringin pulak nak makan bubur sumsum. Daun pandan yg diambil dari rumah jiran tadi banyak.....memang sesuai benar untuk dijadikan perisa dan pewarna alami untuk bubur ni. Gula nisan dari terengganu pun baru jer diperbaharui stoknya.
Masih lagi menggunakan resepi sama yang pernah saya siarkan diblog ini dulu.
Bubur sumsum @ ZLC
Bahan2:
1 cawan tepung beras
2 sb tepung jagung
4 1/2 cawan santan (lagi pekat santan lagi lemak buburnya - nak lagi sedap kisar kelapa parut dengan beberapa helai daun pandan untuk mendapatkan aroma dan warna semulajadi)
1 sudu teh garam
Cara2:
Campurkan semua bahan2 tadi. Masakkan dengan api sederhana.
Kacau berterusan untuk mengelakkan adunan jadi berketul2 di dasar periuk. Apabila mendidih teruskan mengacau dalam 15 minit untuk memastikan tepung benar2 masak dan menghasilkan tekstur yang lembut dan boleh dipotong dengan cantik.
Bila adunan tepung nampak berkilat dan meletup2 tutup api. Kacau cepat2 dan tuangkan dalam bekas.
Dah sejuk, boleh potong atau keluarkan dari bekas2 kecil, masukkan dalam mangkuk. Tuangkan sedikit kuah gula merah dan sedia untuk dinikmati.
Cara buat kuah gula merah
Gula merah/nisan/melaka
Air
Kacau sehingga larut. Setelah mendidih tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Jika dirasakan terlalu manis boleh tambah air ikut kesesuaian.
Isi ikan goreng rangup
Snek ringan berkhasiat. Menu kudapan/cicipan sesuai ni kalau makan di cicah sos cili thai yang di letak sedikit daun ketumbar atau sos cili dan sour cream. Rasa tak cukup sepinggan.
Isi Ikan Goreng Rangup @ ZLC
Bahan2nya
Isi Ikan Goreng Rangup @ ZLC
Bahan2nya
1 kg isi ikan - potong saiz 3 -4 inci (dowry ke, sea bass ke - saya beli yang sejuk beku - nak guna yang fresh pun lagi bagus)
2 sb tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 sk serbuk penaik (baking powder)
1 cawan air
1/2 sk serbuk paprika
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk paprika
1/2 sk serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
3 sb minyak masak
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara2nya
Gaul
isi ikan dengan 2 sb tepung jagung. Dalam mangkuk lain satukan tepung
gandum, 3 sb minyak, serbuk penaik dan garam secukup rasa. Tambah air
sedikit sedikit ke dalam tepung. Adun hingga rata menggunakan whisker.
Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi ikan dan biarkan selama 15
minit.
Panaskan
minyak di dalam kuali atau pan. Goreng isi ikan yang telah disalut
adunan tepung tadi hingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan
minyaknya. (guna paper towel untuk serap lebihan minyak). Sedap dimakan dengan sos cili thai.
Ikan masin sambal pedas
Ikan masin.....ermmmm, memang pembuka selera. Kalau dihidangkan sambal ikan masin ni dengan nasi panas dan telur dadar jer pun dah cukup untuk buat saya makan melebihi quota.
Saya buat banyak. Bakinya simpan di dalam peti sejuk. Bila nak makan panaskan ikut keperluan semasa.....😃
Saya buat banyak. Bakinya simpan di dalam peti sejuk. Bila nak makan panaskan ikut keperluan semasa.....😃
Ikan masin sambal pedas @ ZLC
100 gm isi ikan masin (potong kecil - saya beli yang dah siap potong) - basuh (rendam sebentar jika ikan jenis yg masin sangat), goreng garing, tos dan ketepikan.
1 1/2 biji bawang besar - hiris
3 sb cili kering kisar
3 sb air asam jawa pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula. Kacau hingga gula hancur. Tambahkan asam jawa. Kacau sebati. Biarkan seketika. Masukkan ikan masin yg telah digoreng tadi. Gaul rata. Perisakan dengan garam secukup rasa, kacau rata. Tutup api.
100 gm isi ikan masin (potong kecil - saya beli yang dah siap potong) - basuh (rendam sebentar jika ikan jenis yg masin sangat), goreng garing, tos dan ketepikan.
1 1/2 biji bawang besar - hiris
3 sb cili kering kisar
3 sb air asam jawa pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula. Kacau hingga gula hancur. Tambahkan asam jawa. Kacau sebati. Biarkan seketika. Masukkan ikan masin yg telah digoreng tadi. Gaul rata. Perisakan dengan garam secukup rasa, kacau rata. Tutup api.
Ikan Bakar Bersos Lemon dan Bawang Putih
Dah namanya orang melayu, suka ada rasa pedas2 sedikit bila masak lauk pauk, saya letakkan cili padi. Barulah terangkat bila makan....maunya mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan....pekena pulak dengan nasi panas.....perghhhh....terus tak angkat muka selagi tak sendawa 3 kali....hahahhah.
1 ekor ikan jenahak sederhana besar (saiz lebih kurang 900gm - 1 kg)
1 biji lemon - perah jusnya
1 biji lemon dihiris bulat (8 kepingan)
4 sb minyak zaiton (minyak masak pun boleh)
1 labu bawang putih - kupas
5 biji cili padi merah dan hijau - buang biji dan cincang (kalau yang suka pedas, boleh tambah kuantitinya)
1 sb gula perang
Garam secukup rasa
Cara2nya
Cuci bersih ikan dan kelar badannya. Lumurkan ikan dengan garam secukup rasa.
Tumbuk bawang putih, garam dan gula perang menggunakan lesung batu atau mesin pengisar. Pindahkan bawang ke dalam mangkuk dan masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit sambil kacau. Kemudian masukkan jus lemon dan cili padi dan kacau sebati.
Letakkan ikan ke atas loyang yang telah dialas dengan foil aluminium yang dioles dengan sedikit minyak supaya tidak melekat. Lumur rata ikan dengan sos lemon tadi dan ratakan. Sumbat lemon yang dihiris ke dalam perut ikan, dan balut ikan dengan foil kemas2. Bakar ikan pada suhu 200 celcius selama 30 - 35 minit atau hingga masak.
Ikan ni sesuai dimakan begitu saja atau boleh hidangkan dengan nasi putih panas bersama lauk pauk pilihan lain.
Kek Santan
Kek santan, adik beradik kek minyak dan apam susu. Boleh dimasak dengan cara bakar atau kukus. Sedap, harum semerbak perisa pandan segar. Mudah disediakan.
Kek santan resepi Chah Ramlan yang saya cnp dari blog madihaa jadi pilihan pencuci mulut untuk berbuka puasa hari ni.
Kek santan @ ZLC
Bahan2
4 biji telur
2 cwn gula kastor (saya guna gula perang)
1 sb ovelet
2 cwn santan pandan ( kisar dgn 10 helai daun pandan dengan 1 biji kelapa parut )
4 cwn tepung gandum*
2 sb baking powder*
(*) ayak bersama
1/4 cawan minyak masak
Cara
1. Satukan telur, gula dan ovellet, pukul hingga gebu dan berkrim - saya kisar guna blender
2. Masukkan selang seli tepung gandum, santan dan adun sebati. Masukkan minyak dan pukul rata.
3. Lenser bekas dgn mentega dan sedikit tepung atau alas dengan baking paper. Panas oven 160c.
4. Bakar 1 jam @ hingga masak.
Saya guna loyang loaf dan bakinya bakar dalam papercup.
Nak kukus pun boleh....kukus selama sejam.
Selamat mencuba...
Nasi Arab Lamb/chicken Madghout
Resepi Lamb Madghout yg dikongsi Lydia Honey jadi pilihan untuk menu nasi arab permintaan khusus hubby tengahari ni. Tapi memandangkan orang yg nak dijamu tak makan lamb, saya gantikan dengan ayam.
Agak mudah menyediakan menu ni.....ambil masa sejam lebih sahaja.....itu pun masak santai2. Alhamdulillah semuanya siap jam 12.30pm dan hasilnya pun Alhamdulillah.
Lamb Madghout (Chicken madghout) @ ZLC
Ingredients:
A)- spice
1 biji fresh tomato-di dadu kecil
Sebiji bawang besar- di dadu kecil
1 biji cili hijau- tak boh tak de(jgn dipotong boh sebiji)
2 helai bay leaves* (Daun salam)
Kulit kayu manis*
5 kuntum bunga cengkih*
1/4 tsp loomy powder* (sebuk limau kering - boleh dibeli di kedai barangan arab)
1/4 tsp black pepper powder*(serbuk lada hotam)
1/2 tsp arab mix spice* (boleh dibeli di kedai barangan arab )
1/2 tsp garlic powder* (serbuk bawang putih)
1/4 tsp cumin powder*(serbuk jintan putih)
A pinch of turmeric powder*(serbuk kunyit)
5-7 biji cardamom pods *(buah pelaga)
1/4 cawan minyak
Air secukupnya untuk merebus daging
Garam secukupnya
B)- 500g lamb with bone- cut to big chunk.. Biarkan dengan lemak sikit. (Saya ganti dengan ayam sbb nak jamu org yang tak mkn kambing)
C)-2 cawan beras basmathi-cuci bersih dan rendam 1/2 jam dengan air garam dan toskan
D)- Sebiji kentang- saiz sederhana, kupas kulit, di potong besar dan gorengkan sehingga keperangan. (lagi bagus kalau dapat beberapa biji kentang yang kecik comel sebesar rambutan.. Gorengkan sebiji2)
Penyediaan
Panaskan minyak dalam pressure cooker, tumiskan sedikit bawang besar sehingga naik bau(sekadar transparent kaler jer ok) dan masukkan bahan bertanda dan tumiskan sebentar sehingga naik bau.
Bila spice dah naik bau Masukkan fresh tomato dan gorengkan sebentar sehingga lembut dan hancur.
Masukkan lamb dan gorengkan bersama tomato dan spices, balik2kan di kedua bahagian sehingga golden brown dan masukkan air.
Tutup periuk dan renehkan sehingga daging empuk lebih kurang 30 minit(ikut lamb yg u oll brli gak yer), masukkan garam, renehkan sebentar dan off kan api.
Asingkan air rebusan dan lamb.
Biarkan lamb di dasar periuk, add kan kentang yang di goreng, cili hijau, last layer taburkan basmathi menutupi periuk dan add in -+ 3 cawan stock panas dan tutupkan periuk dengan penutupnya.
Masak nasik di atas api yang sederhana besar, bila dah hampir kering, cakar2 sikit permukaanya dengan garfu dan slow kan api, tanaklah sehingga nasik masak sepenuhnya.
Bila nasi dah masak, biarkan sebentar 5 minit baru di telangkupkan ke dalam pinggan hidangan.
Leraikan nasi slowly guna garfu je supaya nasi tak patah.
Taburkan di atasnya dengan fresh chopped coriander leaves jika suka dan sedia untuk di hidangkan.
Salsa - tomato, cili (cili padi atau cili besar), daun ketumbar, perahan lemon, garam dan gula - kisar.
Friday, April 29, 2016
Air tangan isteri rahsia kebahagiaan rumahtangga
Saya ni bukan pakar rumahtangga nak bercakap pasal ni pun....tapi saja la nak share sikit2 berdasarkan pengalaman sendiri.... Kalau sebelum ni N3 blog ni semua pasal makanan, tanaman, makanan, tanaman sikit2. Sesekali nak la lencung sikit topik tapi masih pasal makanan...
Betul ke air tangan isteri ni ada power, boleh membahagiakan suami dan anak2. Insya Allah boleh, dan nenek2...mak2 kita dulu2 pun selalu pesan....kalau boleh bila dah kawen dah ada anak pinak, masak la untuk keluarga....belajar memasak. Sebab katanya apa yang kita hidangkan pada mereka tu berkatnya lebih kalau masak sendiri, bila masak kita doa...kita zikir sambil2 tu dan kita masak dengan rasa riang ria cuti sekolah....kita seronok nak bagi keluarga makan. Saya ni pulak memang suka memasak walaupun ada kalanya penyakit M tu besar betul fontnya....tapi kebetulan encik suami memang jarang2 nak makan kat luar....paling2 malas pun masak nasi, goreng ikan atau telur pun dah cukup pada dia dan anak2. Tak pun dia sendiri yang akan tolong masakkan (untungkan dapat suami pun pandai masak - sedap pulak tu)
Ok lah.....kita cerita pasal resepi pulak la...haritu masa habi outstation ke Sabah, saya buat pes char kuay tiaw ni.....stok udang kelabu kulit keras dari Sg Yu ada 3kg, stok pes dah habis.... pastu goreng la untuk makan malam kitorang (saya selalu time hubby takde suka masak mee atau pasta atau menu2 yg bukan berasaskan nasi jer, sebab hubby tak berapa gemar makan mee dan pasta nih tapi anak2 saya suka makan). Tunjuk la gambar dinner char kuay tiaw kitorang ni. Hubby siap balas, jangan habiskan....simpan kat dia sikit...dia kata sedap... Tak sangka la hubby pun suka sangat kat masakan ni....hehehhe....selama ni dia tak pernah puji pun kata char kuay tiaw saya ni sedap, dia makan tanpa kata apa2....alhamdulillah....hapi woooo bila suami puji masakan kita....hidung kembang terus.....dua tiga hari baru kencup. Jadi kesimpulan tajuk N3 kali ni ialah.....jom masak char kuay tiaw......ahahhahhah
Resepi Char Kuey teow @ ZLC
Bahan2Nya
200 g kuey teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
1 sudu makan cili kisar (nak lebihkan sikit pun ok jer)
kerang/udang (secukupnya - nak makan sendiri kot)
1 biji telur
4 sudu besar paste char kuey teow
Sawi/tauge/kucai
1 sudu makan cili kisar (nak lebihkan sikit pun ok jer)
kerang/udang (secukupnya - nak makan sendiri kot)
1 biji telur
4 sudu besar paste char kuey teow
Sawi/tauge/kucai
Cara untuk masak Kuey Teow
1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4 sudu besar paste tadi. INGAT... !! api mesti mau besar aaa
2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat, nanti kembang ler char kuey teow tu. Biar basah2 skit sbb kuey teow ni cepat meresap kuahnya.
Ni plak tips nak masak kuew teow sedap......
~ sediakan pes lebih awal sebelum menggunakannya....seelok2nya semalaman.
~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!.
~kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini kalau 2 orang makan 2 kalilah masak…. Char kuey teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!!
resepi pes char kuay tiaw ZLC klik disini
*****hampas kepala dan kulit udang yang dikisar tu jangan buang, saya jadikan baja pokok.....saya korek lubang dalam pasu2 pokok tu saya masukkan hampas ni supaya tak di kerjakan dek kucing atau binatang lain. Pokok2 jadi subur sangat.
Isi Ikan Dengan Sos Masam Manis
Lama mencari fillet ikan dowry di pasaraya. Asyik tak jumpa jer....bukan apa, teringin sangat nak masak ikan takde tulang ni....senang anak-anak nak makan. Tapi bila tak jumpa juga saya beli jer la filet entah ikan apa lupa dan buat la masakan ikut resepi yang saya olah dari sumber http://www.epicurious.com ni. Kalau sebelum ni saya post resepi sweet sour yg menggunakan oren (Resepi dilink ini), kali ni saya guna lemon dan jus nenas pula untuk mendapatkan rasa masam manisnya. Pada saya kedua2 resepi sangat istimewa....sedap, lazat, enak sekali.
Lauk ni sedap makan terus selepas masak sbb kalau biar lama nanti ikan tu dah tak rangup sebab dah kena sos....
Lauk ni sedap makan terus selepas masak sbb kalau biar lama nanti ikan tu dah tak rangup sebab dah kena sos....
Isi Ikan Dengan Sos Masam Manis @ ZLC
Bahan2nya
1 kg isi ikan - potong saiz 3 -4 inci (dowry ke, sea bass ke - saya beli yang sejuk beku - nak guna yang fresh pun lagi bagus)
3 sb tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 sk serbuk penaik (baking powder)
1 cawan air
1/2 sk serbuk paprika
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk serbuk paprika
1/2 sk serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
4 sb minyak masak
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
1 cawan jus nenas (saya guna jus nenas dalam tin tu jer)
4 sb gula
6 sb jus lemon
6 sb sos cili thai
Garam secukup rasa
1 sk parutan halia
1 sk parutan kulit lemon
2 biji cili padi - hiris
1 cawan hirisan cili benggala
1 cawan hirisan nenas (saya guns nenas kiub dalam tin)
Cara2nya
Gaul isi ikan dengan 2 sb tepung jagung. Dalam mangkuk lain satukan tepung gandum, 3 sb minyak, serbuk penaik dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit sedikit ke dalam tepung. Adun hingga rata menggunakan whisker. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi ikan dan biarkan selama 15 minit.
Sementara itu sediakan sos masam manis. Dalam mangkuk lain, tuangkan baki tepung jagung, jus nenas, gula, jus lemon, sos cili dan garam secukup rasa dan gaul rata. Panaskan baki 1 sb minyak dalam pan menggunakan api sederharna. Masukkan halia, cili padi dan parutan kulit lemon dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili benggala dan nenas. Gaul rata dan tumis dalam 30 saat. Masukkan adunan jus nenas tadi dan masak hingga sos memekat dan jernih lebih kurang 1 minit. Kacau selalu. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali atau pan. Goreng isi ikan yang telah disalut adunan tepung tadi hingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan minyaknya. (guna paper towel untuk serap lebihan minyak) Susun isi ikan yang telah digoreng rangup ke atas pinggan, panaskan sedikit sos tadi dan tuang ke atas ikan. Taburkan bijan dan hirisan daun ketumbar jika suka.
Thursday, April 28, 2016
Kek oren kisar aka orange blended cake
Lama dah tak buat kek ni.....rasanya last buat lebih 3 tahun lalu....masa menziarah rumah kawan hubby. Hari ni bila terpandang stok oren yg baru dibeli semalam tetiba rasa teringin nak makan kek oren yg harum semerbak tu....buat kek ni memang mudah....kisar kemudian adun dan bakar...
Rasa kek ni memang sedap....saya tak guna sebarang perisa dan pewarna tiruan....haruman oren bergabung dengan mentega tu bila di bakar memang menyerlah....tak sabar nak tunggu waktu berbuka.....
Kek ni saya bakar menggunakan loyang loaf. Lebihan adunan saya masukkan dlm papercup.
Orange Blended Cake @ ZLC
*3 biji telur gred A atau B
*1 cwn mentega cair atau minyak
*1 1/2 cwn gula
*1 biji buah oren (saya guna 2 biji saiz kecil) - potong kecil, buang biji dan empulur tengahnya sahaja, kulit tak perlu buang, kisar sekali
*2 sb susu pekat
**2 cwn tepung gandum
**1 sudu besar baking powder
-------
Kisar * hingga hancur dan sebati. **Ayak.
Tuangkan bahan kisar dalam tepung yang telah diayak bersama baking powder dan kacau sebati.
Bakar pada suhu 170% selama 20 minit kalau cupcake, dan 1 jam kalau kek biasa tu...
Wednesday, April 27, 2016
Ikan bersos oren masam manis menu pembuka selera keluarga
Tengok post kat blog enyabdullah.com dan azlita masam manis baru2 ni terus tergoda dan terbuka selera untuk masak ikan dengan oren. Kebetulan stok buah oren tengah banyak....kirim kat kawan beli sampai sekotak. Dah puas makan dan buat jus, kali ni saya cuba kombinasikan dengan ikan pulak...Untuk menu ni juga saya tambah sayur2an pelengkap, jadi tak perlu nak masak dua tiga hidangan....satu hidangan lengkap untuk seisi keluarga gitu.....
Hasilnya memang mengancam....dengan rasa masam manis dan haruman oren tu, memang buat kecur air liur. Bila hidangkan dalam pinggan antik tu ikannya sampai tak nampak rupa sebab ditutupi oleh sayuran pelbagai warna..... Memang sedap dan menarik....apa lagi jom cuba....resepi yang saya olah sedikit dari sahabat saya, enyabdullah.com nih...
Ikan Bersos Oren Masam Manis @ ZLC
Bahan-bahan Ikan
1 ekor ikan pecah periuk (kurang dari sekg beratnya atau boleh guna isi ikan tanpa tulang (fish fillet) dipotong ketulan )
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Tepung jagung secukupnya
Cara-cara
Gaul ikan bersama serbuk lada sulah dan garam.
Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak untuk goreng (deep fry)
Golekkan ketulan ikan dalam tepung sepenuhnya.
Goreng ikan sehingga kuning keemasan
Bahan – bahan Sos Oren Sweet Sour
2 biji oren
1/2 cawan perahan jus oren atau boleh pakai kordial oren
1/2 cawan air
4 ulas bawang putih, dicincang
1 batang kecil halia dipotong panjang halus
1 batang lobak merah dipotong memanjang halus
5 sudu besar sos cili thai
6 biji cili padi, dihiris nipis
1 ulas bawang besar dibelah 8
Garam secukup rasa
2 pokok daun sup dicincang kasar (optional)
Minyak untuk menumis
1/3 cawan air dibancuh bersama sedikit tepung jagung
1 sudu kecil gula jika nak sedikit manis
Saya tambah sayur2an- putik jagung, cili benggala, bunga kobis dan tomato.
Cara-cara
Oren diparut kulitnya.
Oren kemudian di kupas sehingga tinggal isi berwarna oren sahaja dan dipotong dadu
Panaskan minyak, tumis bawang putih bersama halia sehingga wangi dan kemudian masukkan jus oren dan sos cili thai.
Masak seketika. Jika agak kering, masukkan air sedikit.
Masukan potongan oren dan parutan kulit oren, cili padi, lobak merah, sayuran lain dan bawang besar. Tambah sedikit gula jika terlalu masam.
Masukkan garam secukup rasa dan gaul rata.
Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masak seketika dan tutup api.
Bila hendak hidang, bolehlah dicurahkan ke atas ikan yang digoreng tadi.
Tuesday, April 26, 2016
Sediakan sarapan pagi cara mudah dengan pes segera
Waktu pagi hari bekerja merupakan waktu yang agak sibuk.....waktu terhad (tambahan pulak kalau
terbabas tido...;-)). Masa tu nak masak, nak bersiap dan menyiapkan....nak hantar anak ke sekolah...selalunya pagi2 hari ni dah bersauna....lepas mandi pun peluh tak berhenti meleleh jugak.
Kebanyakan paginya, saya akan sediakan sarapan dan lauk tengahari. Waktu2 begini, adanya pes segera akan memudahkan kerja2 memasak. Masa memasak lebih singkat, tak terkejar2 nak menyediakan bahan2.
Pes char kuaw tiaw ZLC ni dah secukup rasa....tak perlu tambah garam dan sos2 lain...lengkap dah....cuma kalau nak lebih pedas boleh la tambah cili kisar atau masa makan hidangkan saja dengan cili jeruk super yummy ZLC tu...ermmmmmm berpeluh makan....
Kuaw Tiaw Goreng ZLC
1 paket kuay tiaw (500 gm)
2 senduk pes char kuay tiaw ZLC (Resepi pes klik dilink ini)
sotong/udang/isi ayam/kerang/telur secukupnya
Sayuran - sawi/tauge/kucai/kobis
(kalau nak tambah 1 biji bawang besar hiris dan cili kering kisar pun boleh)
6 sb minyak
******Masak dengan api maksimum untuk rasa yang lebih istimewa.
Burger Goreng
Menu lajen kegemaran Allahyarhamah kakak sulung. Makan panas2 memang sedap.....dulu bila arwah buat menu ni untuk sarapan atau minum petang, tak menang tangan menggorengnya....angkat letak habis.....berapa round menggoreng tak cukup2...
Saya pun dah lama tak buat. Biasa buat intinya sama macam inti karipap kentang...tapi kali ni saya cuma guna lebihan inti ayam roti john aritu....kalau nak dimasukkan kentang dan masak semula boleh jer tapi malas la pulak.
Burger goreng ni kalau buat jualan macam goreng pisang tu mesti laris....macam saya guna roti homemade tapi kalau nak niaga boleh je guna roti burger biasa tu...
Burger goreng ZLC
Roti burger
Inti karipap/ sardin/ sambal telur/ tuna
Resepi inti sardin klik disini
Resepi Inti karipap kentang klik disini
Resepi inti ayam klik disini
Resepi inti ayam dan roti klik disini
Tepung goreng - tepung gandum, air, garam (bancuh seperti adunan goreng pisang tu)
Cara2nya
Seperti gambar di atas.
Hidangkan dengan sos dan mayonis ikut citarasa.
Monday, April 25, 2016
Cara memikat hati suami dan anak-anak
Baca tajuk entri macam best jerkan.....nak tau jugakkan cara nak pikat hati suami dan anak2 nih.....
Ada macam2 cara sebenarnya....salah satunya melalui masakan. Tu la yang saya cuba praktikkan... Dari dulu, walaupun pernah 4 tahun ada maid tapi bab masak memasak ni saya pilih untuk buat sendiri. Taknak la suami dan anak2 makan airtangan pembantu. Sekarang ni, bila takde maid, saya masih memasak setiap hari......selain dapat memastikan keluarga dapat makanan yg yakin kebersihan dan sumbernya, dapat juga jimatkan kos berbanding membeli makanan siap di luar.
Menunya tak la canggih2....menu2 biasa. Sesekali masak yg special sikit dan kena rajin mencari idea untuk mempelbagaikan hidangan. Kalau boleh apa saja masakan yang ada kat kedai luar sana tu, kita cuba sediakan kat rumah. Kat kedai hidang lamb chop, kita masak lamb chop kasih sayang kat rumah, kat kedai jual churros, kita buat churros cintaku pada mu kat rumah....sekarang mudah....resepi, cara2 nak buat semua ble minta pakcik google carikan. Tu yang kalau ummi cuti masak lama sangat anak2 terutamannya start request nak makan macam2. Menu sama tak ulang terlalu kerap.
Kalau saya tak masak hubby atau kakak yg tinggal sekali akan à mbil alih tugasan memasak...... Bukan la tak makan kat luar langsung......sesekali kitrg keluar jalan2 cari makan juga....tapi kekerapannya amat minimum.
Saya dan suami mungkin dah terdidik dari kecil makan masakan di rumah. Latar belakang ekonomi keluarga masa tu pun sedikit sebanyak mempengaruhi. Bila dah berkemampuan ni pun kami masih merasakan masakan dirumah terutama yang disediakan oleh ibu bapa sendiri untuk anak2 tu lebih baik.
Satu lagi pada saya dan suami, bila memasak ni selain kebersihan dan sumbernya dapat dijaga, aktiviti ni jugak boleh mengeratkan hubungan. Hubungan suami isteri bila masing2 saling membantu dalam penyediaan makanan. Hubungan dengan anak2 sebab anak2 pun biasanya akan teruja jika diberi peluang membantu menyediakan masakan.
Sambil2 memasak tu kita boleh saling bersembang.....saling bertukar2 cerita tentang aktiviti harian. Satu lagi, macam saya sendiri yang banyak sangat belajar memasak melalui pengalaman melihat dan membantu menyediakan makanan dari kecil lagi, begitu la anak2 ni. Nanti bila dewasa sekurang2nya tak la susah dia nak memasak, sekurang2nya dia kenal mana satu serai, daun kunyit...dapat bezakan antara halia dan lengkuas serta kenal bahan2 asas masakan. Betul tak....
Jom kita pikat keluarga dengan airtangan sendiri....
Sambal sotong ZLC
1 kg sotong
*20 biji cili kering
*2 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar potong bulat
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
2 batang serai ketuk
1/2 cawan air asam jawa cair
*Kisar dengan 1/2 cawan minyak masak. Masukkan bahan kisar dalam kuali dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan serai dan gula kacau rata hingga gula cair. Masukkan pula air asam jawa. kacau sebati. Masukkan sotong. Tumiskan hingga kedua2nya masak. Perisakan dengan garam secukup rasa dan masukkan bawang hiris. Masak seketika hingga bawang sedikit layu. Tutup api dan sedia dihidangkan.
**** sesetengah orang suka sambal yang berminyak untuk kelihatan lebih menarik tapi saya biasanya menggunakan minyak yang tidak terlalu banyak. Cili kena masak betul2 hingga pecah minyak untuk menghilangkan bau cili mentah dan kurang enak dalam sambal tumis nih.
Sup sayur tu simple jer....tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit bilis hingga naik bau dan keperangan. Masukkan air secukupnya. Biar air mendidih dan masukkan sayur dan perisakan dengan garam secukup rasa. Kalau suka boleh masukkan hirisan cili. Masuk sayur jangan sampai lembik. Dah masak terus pindahkan sayur dalam bekas hidangan untuk elakkan haba dari periuk atau kuali terus masakkan sayur dan sebabkan sayur jadi benyek dan hilang hijaunya.
Sunday, April 24, 2016
Cili jeruk
Hari jumaat lepas, sementara menunggu hubby hadir ke farewell hightea di concorde, saya pusing2 la kat plaza masalam. Teringat nak mencari sedikit sayuran untuk stok hari minggu, saya masuk la kat pasaraya giant. Mula ingat nak beli sayur dua tiga jenis jer....takde la bawak bakul ker troli ke...sekali gitu dah masuk dalam, penuh jugak jari akak menjinjing macam2 barang.......org pempuan gitu ler.....erkkkkk.
Masa pusing2 tu, pekerja giant tengah susun sayur2 yg mark down....tengok rupa paras masih elok lagi.....akak pun apa lagi....borong le terung sepaket.....cili hijau dua paket.....kunyit idup sepaket....murah giler..... singgit jer harga sepaket....banyak pulak tu.... Nasib la peti sejuk comel jer.... Kalau tidak akak sapu bersih semua tu.....tapi takpe la....kasi can kat org lain jugak.
Berbalik pada cili yg dibeli 2 paket tu....dekat sekg jugak beratnya. Saja heli banyak sbb niatnya nak buat cili jeruk (teringat memori kat mekah 2012- member semaktab rajin buat cili jeruk nak makan dgn megi dan nasi....nak kasi pedas)....ble la makan dengan char kuay tiaw super sedap akak tukan...
Cili jeruk @ ZLC
BAHAN-BAHANNYA
80 - 100 gram cili hijau/ cili padi segar, cuci dan toskan
1 cawan cuka makan
3 sb gula
1/2 sk garam
CARA MEMBUATNYA
Cili hijau dipotong tapi jangan halus sangat biar kasar sedikit (kalau cili padi buang tangkai jer), kemudian celur dalam air mendidih selama 20 saat. Tosakan dan biar sejuk. Sediakan botol, yang mana terlebih dahulu dicuci bersih dan toskan hingga betul2 kering.
Isikan botol tadi dengan cili, biar padat. Tekan sedikit. Ketepikan. Bancuh cuka makan dengan gula dan garam, kacau rata hingga semua larut.
Tapis dan tuang ke dalam botol berisi cili hijau tadi hingga penuh, kalau tak cukup tambah sedikit cuka lagi. Tutup.
Lepas 4 - 5 jam bolehlah nikmati cili jeruk, yang sesuai dimakan dengan semua jenis mi dan makanan pilihan. Pastikan sudu yang diguna untuk mencedok cili, kering dan bersih. Saya simpan dalam peti sejuk....kat luar pun tahan juga tapi saya ni tukang makan tak ramai jadi entah kurun ke berapa nak habis....
Masa pusing2 tu, pekerja giant tengah susun sayur2 yg mark down....tengok rupa paras masih elok lagi.....akak pun apa lagi....borong le terung sepaket.....cili hijau dua paket.....kunyit idup sepaket....murah giler..... singgit jer harga sepaket....banyak pulak tu.... Nasib la peti sejuk comel jer.... Kalau tidak akak sapu bersih semua tu.....tapi takpe la....kasi can kat org lain jugak.
Berbalik pada cili yg dibeli 2 paket tu....dekat sekg jugak beratnya. Saja heli banyak sbb niatnya nak buat cili jeruk (teringat memori kat mekah 2012- member semaktab rajin buat cili jeruk nak makan dgn megi dan nasi....nak kasi pedas)....ble la makan dengan char kuay tiaw super sedap akak tukan...
Cili jeruk @ ZLC
BAHAN-BAHANNYA
80 - 100 gram cili hijau/ cili padi segar, cuci dan toskan
1 cawan cuka makan
3 sb gula
1/2 sk garam
CARA MEMBUATNYA
Cili hijau dipotong tapi jangan halus sangat biar kasar sedikit (kalau cili padi buang tangkai jer), kemudian celur dalam air mendidih selama 20 saat. Tosakan dan biar sejuk. Sediakan botol, yang mana terlebih dahulu dicuci bersih dan toskan hingga betul2 kering.
Isikan botol tadi dengan cili, biar padat. Tekan sedikit. Ketepikan. Bancuh cuka makan dengan gula dan garam, kacau rata hingga semua larut.
Tapis dan tuang ke dalam botol berisi cili hijau tadi hingga penuh, kalau tak cukup tambah sedikit cuka lagi. Tutup.
Lepas 4 - 5 jam bolehlah nikmati cili jeruk, yang sesuai dimakan dengan semua jenis mi dan makanan pilihan. Pastikan sudu yang diguna untuk mencedok cili, kering dan bersih. Saya simpan dalam peti sejuk....kat luar pun tahan juga tapi saya ni tukang makan tak ramai jadi entah kurun ke berapa nak habis....
Kek keju blueberry lapis coklat
Kek besday untuk anakanda berdua. Sebenarnya semalam dah belikan kek aiskrim untuk diorg.....surprise dari ayah ummi, tapi petang ni terasa nak mengekek jugak. Tak puas makan kek aiskrim...teringin nak makan kek sebenar...
Resepi kek ni adaptasi kek coklat lapis cheese....bukan novel jer adaptasi....heeeee.... Saya suka bluberi....saya beli blueberry frozen dan segar untuk kek ni...selain strawberry untuk deko kek....ok la kan....hasil airtangan ummi...bakers amatur....lepasla untuk makan sendiri sambil melayan permintaan anak2.
Kek keju blueberry lapis coklat @ ZLC
BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)
BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram cream cheese
1/2 cawan blueberry (frozen atau fresh)
60 gram gula halus
1 biji telur gred C
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil. Masukkan blueberry dan kacau sebati.
2.UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :-
Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....
****Saya bahagi 3 adunan coklat dan bahagi dua adunan cheese.
Sambal hitam pahang aka sambal hitam belimbing buluh - persediaan menjelang ramadhan
Rezeki belimbing buluh....anak menantu sedara bawakan dari semenyih umah ayahanda bonda........habis satu pokok diorg clearkan....untuk makcu tersayang nih..... Terharu ai......tapi ni cerita lama....dua bulan lepas kot....kikiki. Belimbing ni bila dah siap rebus aritu saya simpan dalam freezer....tunggu stok ikan bilis yang tak kunjung tiba. Hubby balik dari Sabah Jumaat lepas baru la ada stok ikan bilis 3 kg.... Jadi semalam terus la defrost belimbing dan siapkan projek sambal hitam yg lama tertangguh ni.
Saya ni sekarang tak boleh makan pedas sangat jadi kiranya sambal ni saya tak buat terlalu menjobang.....takut tak termakan....jadi pedih hulu hati pulak. Dah siap jer sambal terus simpan dalam freezer utk stok ramadhan nanti.....tinggalkan sikit jer kat luar. Jimat cermat...nanti cepat habis....sambal laris pembuka selera nih...
Sambal hitam pahang @ ZLC
1 cawan belimbing yg direbus
2 cawan ikan bilis
1/2 cawan cili padi (ni ikut citarasa...nak pedas lagi boleh tambah)
2 1/2 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
Gula dan Garam secukup rasa
Kicap lemak manis secukupnya
Minyak untuk menumis
Rebus belimbing dalam periuk tanpa air sehingga ia bertukar warna kecoklatan.
Hiris 1/2 biji bawang. Blend /tumbuk cili, ikan bilis, bawang dan belimbing dlm food processor. Tumis bawang hiris hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang di blend.
Goreng sehingga kering, perasakan dgn garam dan gula. Masukkan sedikit kicap.
Tapis minyaknya dan sambal disimpan dalam bekas kedap udara.