Pages

Wednesday, April 27, 2016

Ikan bersos oren masam manis menu pembuka selera keluarga


Tengok post kat blog enyabdullah.com dan azlita masam manis baru2 ni terus tergoda dan terbuka selera untuk masak ikan dengan oren. Kebetulan stok buah oren tengah banyak....kirim kat kawan beli sampai sekotak. Dah puas makan dan buat jus, kali ni saya cuba kombinasikan dengan ikan pulak...Untuk menu ni juga saya tambah sayur2an pelengkap, jadi tak perlu nak masak dua tiga hidangan....satu hidangan lengkap untuk seisi keluarga gitu.....

Hasilnya memang mengancam....dengan rasa masam manis dan haruman oren tu, memang buat kecur air liur.  Bila hidangkan dalam pinggan antik tu ikannya sampai tak nampak rupa sebab ditutupi oleh sayuran pelbagai warna..... Memang sedap dan menarik....apa lagi jom cuba....resepi yang saya olah sedikit dari sahabat saya, enyabdullah.com nih...

Ikan Bersos Oren Masam Manis @ ZLC

Bahan-bahan Ikan 
 
1 ekor ikan pecah periuk (kurang dari sekg beratnya atau boleh guna  isi ikan tanpa tulang (fish fillet) dipotong ketulan )
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Tepung jagung secukupnya
Cara-cara 
 
Gaul ikan bersama serbuk lada sulah dan garam.
Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak untuk goreng (deep fry)
Golekkan ketulan ikan dalam tepung sepenuhnya.
Goreng ikan sehingga kuning keemasan
Bahan – bahan Sos Oren Sweet Sour
 
2 biji oren
1/2 cawan perahan jus oren atau boleh pakai kordial oren
1/2 cawan air
4 ulas bawang putih, dicincang
1 batang kecil halia dipotong panjang halus
1 batang lobak merah dipotong memanjang halus
5 sudu besar sos cili thai
6 biji cili padi, dihiris nipis
1 ulas bawang besar dibelah 8
Garam secukup rasa
2 pokok daun sup dicincang kasar (optional)
Minyak untuk menumis
1/3 cawan air dibancuh bersama sedikit tepung jagung
1 sudu kecil gula jika nak sedikit manis
 
Saya tambah sayur2an- putik jagung, cili benggala,  bunga kobis dan tomato.
Cara-cara
 
Oren diparut kulitnya.
Oren kemudian di kupas sehingga tinggal isi berwarna oren sahaja dan dipotong dadu
Panaskan minyak, tumis bawang putih bersama halia sehingga wangi dan kemudian masukkan jus oren dan sos cili thai.
Masak seketika. Jika agak kering, masukkan air sedikit.
Masukan potongan oren dan parutan kulit oren, cili padi, lobak merah, sayuran lain dan bawang besar. Tambah sedikit gula jika terlalu masam.
Masukkan garam secukup rasa dan gaul rata.
Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masak seketika dan tutup api.
Bila hendak hidang, bolehlah dicurahkan ke atas ikan yang digoreng tadi.

No comments:

Post a Comment