Pages

Sunday, April 24, 2016

Cili jeruk

Hari jumaat lepas, sementara menunggu hubby hadir ke farewell hightea di concorde, saya pusing2 la kat plaza masalam. Teringat nak mencari sedikit sayuran untuk stok hari minggu, saya masuk la kat pasaraya giant. Mula ingat nak beli sayur dua tiga jenis jer....takde la bawak bakul ker troli ke...sekali gitu dah masuk dalam, penuh jugak jari akak menjinjing macam2 barang.......org pempuan gitu ler.....erkkkkk.


Masa pusing2 tu, pekerja giant tengah susun sayur2 yg mark down....tengok rupa paras masih elok lagi.....akak pun apa lagi....borong le terung sepaket.....cili hijau dua paket.....kunyit idup sepaket....murah giler..... singgit jer harga sepaket....banyak pulak tu.... Nasib la peti sejuk comel jer.... Kalau tidak akak sapu bersih semua tu.....tapi takpe la....kasi can kat org lain jugak.

Berbalik pada cili yg dibeli 2 paket tu....dekat sekg jugak beratnya. Saja heli banyak sbb niatnya nak buat cili jeruk (teringat memori kat mekah 2012- member semaktab rajin buat cili jeruk nak makan dgn megi dan nasi....nak kasi pedas)....ble la makan dengan char kuay tiaw super sedap akak tukan...

Cili jeruk @ ZLC

BAHAN-BAHANNYA

80 - 100 gram cili hijau/ cili padi segar, cuci dan toskan
1 cawan cuka makan
3 sb gula
1/2 sk garam

CARA MEMBUATNYA

Cili hijau dipotong tapi jangan halus sangat biar kasar sedikit (kalau cili padi buang tangkai jer), kemudian celur dalam air mendidih selama 20 saat. Tosakan dan biar sejuk. Sediakan botol, yang mana terlebih dahulu dicuci bersih dan toskan hingga betul2 kering.

Isikan botol tadi dengan cili, biar padat. Tekan sedikit.  Ketepikan. Bancuh cuka makan dengan gula dan garam, kacau rata hingga semua larut.

Tapis dan tuang ke dalam botol berisi cili hijau tadi hingga penuh, kalau tak cukup tambah sedikit cuka lagi. Tutup.

Lepas 4 - 5 jam bolehlah nikmati cili jeruk, yang sesuai dimakan dengan semua jenis mi dan makanan pilihan. Pastikan sudu yang diguna untuk mencedok cili, kering dan bersih. Saya simpan dalam peti sejuk....kat luar pun tahan juga tapi saya ni tukang makan tak ramai jadi entah kurun ke berapa nak habis....


No comments:

Post a Comment