ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Sunday, April 24, 2016
Sambal hitam pahang aka sambal hitam belimbing buluh - persediaan menjelang ramadhan
Rezeki belimbing buluh....anak menantu sedara bawakan dari semenyih umah ayahanda bonda........habis satu pokok diorg clearkan....untuk makcu tersayang nih..... Terharu ai......tapi ni cerita lama....dua bulan lepas kot....kikiki. Belimbing ni bila dah siap rebus aritu saya simpan dalam freezer....tunggu stok ikan bilis yang tak kunjung tiba. Hubby balik dari Sabah Jumaat lepas baru la ada stok ikan bilis 3 kg.... Jadi semalam terus la defrost belimbing dan siapkan projek sambal hitam yg lama tertangguh ni.
Saya ni sekarang tak boleh makan pedas sangat jadi kiranya sambal ni saya tak buat terlalu menjobang.....takut tak termakan....jadi pedih hulu hati pulak. Dah siap jer sambal terus simpan dalam freezer utk stok ramadhan nanti.....tinggalkan sikit jer kat luar. Jimat cermat...nanti cepat habis....sambal laris pembuka selera nih...
Sambal hitam pahang @ ZLC
1 cawan belimbing yg direbus
2 cawan ikan bilis
1/2 cawan cili padi (ni ikut citarasa...nak pedas lagi boleh tambah)
2 1/2 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
Gula dan Garam secukup rasa
Kicap lemak manis secukupnya
Minyak untuk menumis
Rebus belimbing dalam periuk tanpa air sehingga ia bertukar warna kecoklatan.
Hiris 1/2 biji bawang. Blend /tumbuk cili, ikan bilis, bawang dan belimbing dlm food processor. Tumis bawang hiris hingga naik bau, kemudian masukkan bahan yang di blend.
Goreng sehingga kering, perasakan dgn garam dan gula. Masukkan sedikit kicap.
Tapis minyaknya dan sambal disimpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment