Pages

Saturday, April 30, 2016

Nasi Arab Lamb/chicken Madghout 



Resepi  Lamb Madghout yg dikongsi  Lydia Honey jadi pilihan untuk menu nasi arab permintaan khusus hubby tengahari ni. Tapi memandangkan orang yg nak dijamu tak makan lamb, saya gantikan dengan ayam.

Agak mudah menyediakan menu ni.....ambil masa sejam lebih sahaja.....itu pun masak santai2. Alhamdulillah semuanya siap jam 12.30pm dan hasilnya pun Alhamdulillah.


Lamb Madghout  (Chicken  madghout) @ ZLC

Ingredients:

A)- spice

1 biji fresh tomato-di dadu kecil
Sebiji bawang besar- di dadu kecil
1 biji cili hijau- tak boh tak de(jgn dipotong boh sebiji)
2 helai bay leaves* (Daun salam)
Kulit kayu manis*
5 kuntum bunga cengkih*
1/4 tsp loomy powder* (sebuk limau kering - boleh dibeli di kedai barangan arab)
1/4 tsp black pepper powder*(serbuk lada hotam)
1/2 tsp arab mix spice* (boleh dibeli di kedai barangan arab )
1/2 tsp garlic powder* (serbuk bawang putih)
1/4 tsp cumin powder*(serbuk jintan putih)
A pinch of turmeric powder*(serbuk kunyit)
5-7 biji cardamom pods *(buah pelaga)
1/4 cawan minyak
Air secukupnya untuk merebus daging
Garam secukupnya

B)- 500g lamb with bone- cut to big chunk.. Biarkan dengan lemak sikit. (Saya ganti dengan ayam sbb nak jamu org yang tak mkn kambing)

C)-2 cawan beras basmathi-cuci bersih dan rendam 1/2 jam dengan air garam dan toskan

D)- Sebiji kentang- saiz sederhana, kupas kulit, di potong besar dan gorengkan sehingga keperangan. (lagi bagus kalau dapat beberapa biji kentang yang kecik comel sebesar rambutan.. Gorengkan sebiji2)


Penyediaan

Panaskan minyak dalam pressure cooker, tumiskan sedikit bawang besar sehingga naik bau(sekadar transparent kaler jer ok) dan masukkan bahan bertanda dan tumiskan sebentar sehingga naik bau.

Bila spice dah naik bau Masukkan fresh tomato dan gorengkan sebentar sehingga lembut dan hancur.

Masukkan lamb dan gorengkan bersama tomato dan spices, balik2kan di kedua bahagian sehingga golden brown dan masukkan air.

Tutup periuk dan renehkan sehingga daging empuk lebih kurang 30 minit(ikut lamb yg u oll brli gak yer), masukkan garam, renehkan sebentar dan off kan api.

Asingkan air rebusan dan lamb.

Biarkan lamb di dasar periuk, add kan kentang yang di goreng, cili hijau, last layer taburkan basmathi menutupi periuk dan add in -+ 3 cawan stock panas dan tutupkan periuk dengan penutupnya.

Masak nasik di atas api yang sederhana besar, bila dah hampir kering, cakar2 sikit permukaanya dengan garfu dan slow kan api, tanaklah sehingga nasik masak sepenuhnya.

Bila nasi dah masak, biarkan sebentar 5 minit baru di telangkupkan ke dalam pinggan hidangan.

Leraikan nasi slowly guna garfu je supaya nasi tak patah.

Taburkan di atasnya dengan fresh chopped coriander leaves jika suka dan sedia untuk di hidangkan.


Salad - Karot, timun, tomato, parsley, perahan lemon, minyak zaiton, gula dan garam - gaul.

Salsa - tomato, cili (cili padi atau cili besar), daun ketumbar, perahan lemon, garam dan gula - kisar.

No comments:

Post a Comment