Pages

Sunday, February 28, 2016

Rawon

 

Dah lama teringin nak cuba rawon, macam sedap jer tapi hasrat terbantut sbb buah keluwak aka buah kepayang ni susah la nak cari. Takde idea kat mana nak beli. Sekali gitu member akak kata nak pegi chow kit nak cari buah keluwak nak masak rawon.....apa lagi...."KR.....nak kirim dua kilo"....pergh....dua kilo terus. Nak pegi sendiri tu entah bila la nak sampai sbb hubby saya ni susah sikit nak gu tempat2 di kawasan bandaraya KL yg terkenal dengan sesaknya tu... 

Seronok gila bila KR bagitau buah tu dia dah belikan tapi sekg jer sebab jauh nak jinjing....takpe la janji dapat...sekg 16 hengget tu....berharga juga buah nih yer... Balik spital jemput hubby terus ajak dia singgah rumah KR. Tak sabar nak cuba resepi rawon dan lain2 yang menggunakan buah keluwak.

Ramai kut yang tak pernah tengok rupa paras buah keluwak atau kepayang ni.... Mai sini saya tunjukkan. Sebut kepayang familiar la sikit kat malaysia nihkan..... istilah mabuk kepayang mesti biasa dengar. Bila dah kenal buah ni dan dah baca info pasal buah ni jadi barulah faham kenapa istilah ni timbul.....rupanya buah ni ada racunnya....kalau tidak diproses dan dimasak betul2, buah ni boleh memabukkan dan menyebabkan keracunan. Nak tawarkan racunnya kena masak betul2...bila dididihkan racunnya hilang insya Allah....selain daripada tu, kalau tanam dalam pasir atau tanah pun katanya boleh buang racunnya. Jadi jangan la takut nak mencuba resepi yang mengandungi buah ni....sedap tak rugi mencuba.






Jom tengok resepi rawon yang saya dapat dari PBT @ Kelentang Kelentung.....sedap woo....baunya pun dah menarik perhatian anak2 dan suami sampaikan tak dan nak tunggu besok nak makan.

Rawon @ ZLC

1 kg daging lembu (nak sedap pilih yg ada tetel2/lemak2 - guna tulang bahagian tengkuk pun mesti sedap)
**5 biji bawang besar (10 ulas bawang merah)
**6 ulas bawang putih
**1 inci halia
**Seketul besar dua jari lengkuas
**Kunyit hidup sebesar setengah ibu jari
**2 batang serai ambil bahagian putihnya
**6 biji buah keluwak/keluak/kepayang (pecahkan dan ambil isinya sahaja)
**6 biji buah keras
**15 biji cili kering (atau boleh letak cili padi)
**1 sk serbuk jintan putih
**1 sk serbuk jintan manis
**1 sk serbuk ketumbar
5 helai daun limau purut
5 helai daun salam
4 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Hiris daging setebal setengah inci. Dan rebus hingga hampir empuk.
** Kisar hingga lumat. Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan daun limau dan salam. Kacau sebati seketika hingga terbit baunya. Tuangkan bahan tumis ke dalam periuk rebus daging tadi. Kacau rata. Perisakan dengan garam secukup rasa dan asam gelugur.
****ikut kata abang Putra Bugis Temasik rawon ni sedap dimakan keesokan harinya sebab semua bahan dah sebati rasanya dengan daging tu. Sesuai dihidangkan dengan nasi putih, bergedil, tempe, paru dan tauhu goreng, sambal kicap.

Resepi yang saya google di tenet dari beberapa sumber dari Indonesia, diorang letak tauge yg baru tanam tu...kontot2 jer.....masukkan rawon dalam mangkuk dan masukkan tauge tu dan ngap...

Saturday, February 27, 2016

Roti multigrain

Roti sihat.....dua tiga menjak ni dah tukar selera....sebelum ni roti putih, letak sosej la....macam2. Tapi tetiba budak2 ni suka makan roti kosong wholemeal. sehari sekg doh habis....tak cukup pulak tu kadang-kadang... Sekarang saya cuba pulak tambah pelbagai bijian. Bijian ni elok....kaya dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan. Mula2 aritu saya letak tak banyak sangat bijian tu....takut anak2 tak suka. Bila tengok diorang boleh terima barula saya tambahkan kuantiti bijian yang saya gunakan. 



Pagi ni saya buatkan menu sihat. Sandwich telur kaya sayuran.....letak banyak2 untuk setiap sandwich dan wajibkan semua orang makan sampai habis. Tak boleh buang sayur.

Resepi roti multigrain  @ ZLC

Bahan2nya

500 gm tpg roti
100 gm tpg wholemeal
30 gm flax seed
30 gm chia seed
30 gm sunflower seed/ pumpkin seed/melon seed
30 gm habatus sauda
30 gm bijan
10 gm yis
6 gm improver
60 gm butter/margerin/minyak zaiton
350 ml air ais + 4 sb susu pekat.
8 gm garam



Cara2nya

Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. (kadang saya tak perap pun doh ni....lepas siap uli terus bahagi dan masukkan dalam loyang) Tumbuk doh. Bahagikan adunan.... Dah siap bentuk, biarkan naik tiga/empat kali ganda atau proof 60 minit atau 90 minit (ikut suhu masa tu....kalau cuaca sejuk, masa proof lebih lama). 15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 180 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan. Dah siap bakar. sejukkan atas rak dawai. kemudian boleh la simpan dalam bekas.

ROASTED CHICKEN KABSA 

Kabsa ayam dan kambing versi bakar. Lama juga tak pekena roasted kabsa nih..... Kalau tak disebabkan memenuhi hajat jiran yg tunangkan anak, entah bila la nak masak. Seronok masak kalau makan ramai2. Jiran tu minta 2 jenis, kambing (lamb) dan ayam. Untuk hidangan lamb tu saya tak susun atas nasi, saya asingkan dalam bekas lagi. Ayam jer susun atas nasi, sampai tak nampak nasinya. Bila hidang 2 jenis lauk macam ni, biasanya lauk lamb tu akan habis dulu. Agaknya bila dah takde pilihan terpaksa la diorang makan lauk ayam kecuali yang memang tak makan lamb....tapi rare species la sekarang ni.....selera orang malaysia dah berubah....sekali pekena lamb ZLC terus termimpi2......;-)

Resepi ni masih kekal guna lydya honey punya cuma cara penyediaannya saya ikut cara saya skit.....takde goreng2 dulu beras....saya didihkan air baru masuk nasi. Yang lamb tu saya guna resepi ZLC sendiri dan salata tu saya kekal guna resepi lama, yang saya refer dari pelbagai sumber dan selalunya guna cili padi supaya lebih pedas..... Alhamdulillah tetamu makan dengan penuh selera....hubby kata kebanyakan makan tambah dua tiga kali.....hapi bila kita penat masak kemudian dapat feedback yang memberansangkan. Ye la, risau juga sebab citarasa manusia ni berbeza, sedap pada kita tak semestinya sedap pada diorang.....tu la yang tak senang hati selagi tak dapat feedback dari customer.

ROASTED CHICKEN & LAMB KABSA (Kabsa Ayam dan kambing bakar)

Ingredients:-

4C basmati rice (4 cwn beras basmathi - saya guna pusa cream atau gold)
1kg Chicken- cut into half, wash & drain (1 kg ayam - sekor ayam dara potong 2, basuh dan toskan)

*1 large onion-quartered (1 biji bawang besar belah 4)
*300g fresh Tomatoes*-blended together without water (300 gm tomato - kisar tanpa air)

*2 large green pepper* (2 biji cili benggala)
*1/2 tsp Black pepper (1/2 sk lada hitam)
*1/2 tsp Cardamom powder (1/2 serbuk buah pelaga)
*1/2 tsp Cinnamon (1/2 sk serbuk kulit kayu manis)
*4 pieces Cloves (4  kuntum bunga cengkih )
*2-3 pieces Bay leave (2 -3  helai daun bay )
*1 tsp Mixed spices (1 sk rempah campur - boleh beli kat kedai arab mcm mahnaz tu  )
*1 tbsp Salt (1 sb garam atau secukup rasa)

*2 pieces dried lemon (lomy) (1  limau kering - beli kat kedai arab atau buat sendiri - jemur hingga kering limau nipis - sampai ringan mcm bola pingpong  tu)

1/3C Oil/ Ghee ( 1/3  cawan minyak masak atau minyak sapi - sedap kalau guna minyak sapi terutamanya QBB)

1/2C Raisin, soak for 15 minutes (1/2  cawan kismis rendam 15 minit pastu tos utk kurangkan manis dia tu sikit tapi saya tak pernah rendam pun....)

salt n kabsa spice for the rice (garam dan rempah kabsa untuk nasi).


How to prepare:-

Wash rice well, soak in salted water for 30 minutes. 
Basuh beras dan rendam 30 minit.

In a medium casserole, add water, chicken, onion, tomato, cardamom, cinnamon, cloves, black pepper,  mix spices, *, salt, lomy and bay leave, bring to a boil and cook for 30 minutes or until chicken is tender.
Dalam periuk sederhana, satukan air, ayam, bawang, tomato, pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lada hitam, rempah campuran, * , garam, limau kering dan bay. Biarkan hingga mendidih dan ayam masak. 

Remove chickens from the stock and keep aside, strain the stock.
Keluarkan ayam, ketepikan dan tapis air rebusan tadi.

In a medium casserole, fry raisin until golden, remove and set aside.
Dalam periuk lain, goreng kismis dan ketepikan.

Fry rice for 1-2 minutes, add water/ stock to get 4 cups of stock.
Kemudian masukkan beras dan goreng selama 1 - 2 minit, masukkan air rebusan tadi (1 cawan beras :  1 1/4 cawan air utk beras pusa)

Add 1tsp salt and kabsa spices.
Tambah garam secukup rasa dan 1 1/2 sk rempah kabsa.

Bring to boil in high heat for 10-15 minutes until water boils then cover tightly and reduce the heat.
Biarkan mendidih dan kecilkan api apabila air sedikit kering. Dan tutup rapat periuk.

Simmer for 20-25 minutes until rice is cooked and dry.
Masak 10 minit atau hingga nasi tanak sepenuhnya. Setelah tutup api, biarkan 5 minit sebelum buka tudung dan kareh atau gembur nasi.

***kalau tak biasa tanak atas api dapur boleh guna periuk elektrik.

****** Cara saya masak nasi tu - panaskan minyak sapi. masukkan kismis dan goreng kejap. pastu masukkan rempah kabsa. tumis jap. kemudian masukkan air rebusan ayam tadi dan perisakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih baru masukkan beras yang dah ditos. kacau sesekali hingga air hampir kering. taburkan capsicum. kecilkan api dan tutup rapat periuk. biarkan masak dalam 10 minit. tutup api dan buka penutup kejap dan masukkan pewarna jika mahu dan tutup periuk semula. biarkan dalam 10 minit sebelum dikareh/gembur rata.


Arrange chicken nicely and roast until golden brown. 
Sementara itu, susun ayam atas tray dan bakar pada suhu 200 c hingga keperangan. (****saya sapukan sedikit serbuk kunyit, rempah kabsa, garam dan minyak zaiton sebelum dibakar)

Place the rice in the platter, arrange chicken and sprinkle with nuts and raisin on the top.
Ceduk nasi dalam dulang, susun ayam dan tabur kismis.

Serve it with salata and salad.  


Sambal salsa

5 biji cili padi
3 biji cili hijau
2 biji tomato
1 pokok ketumbar
Perahan lemon
Sedikit air masak (jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
Kisar semua bahan .

Kambing Bakar original ZLC

6 kg kambing (lamb shoulder)
Rempah kabsa
Madu
Lada hitam
Serbuk kulit kayu manis
Serbuk jintan putih
Gula dan garam
Saff flower

Gaul semua bahan hingga rata. Susun dalam loyang. Tutup foil dan bakar pada suhu 250 celcius selama 2 jam.



Thursday, February 25, 2016

Muffin coklat

Hari ni sempatkan juga membaking muffin utk anak yg sekolah tadika....diorg ada aktiviti jualan...belajar berniaga dan menggunakan duit....hehehhe....cam best jer....ummi pulak xcited.....siap packkan dalam plastik munge2 tu....

Muffin Coklat @ ZLC

Bahan2

1/2 cawan mentega (Cairkan)
1/2 cawan minyak masak
1 1/2 cawan gula perang
4 biji telur gred C
*2 1/2 cawan tepung gandum
*1 st serbuk penaik
*1 st bikarnonat
*1/4 cawan serbuk koko
200 ml susu segar (vanilla atau coklat)
1/2 cawan coklat chip
Sedikit coklat cip utk hiasan

------
Panaskan oven pada suhu 170°C 15 minit sebelum membakar muffin.
Ayak * ke dalam mangkuk pengadun.
Satukan gula dan telur di dalam blender. Kisar hingga sebati dan gula hancur lebih kurang 5 minit.

Masukkan minyak masak dan mentega dan kisar selama 5 minit lagi. Tuangkan kedalam  mangkuk berisi tepung. Adun rata menggunakan whisker.

Masukkan susu dan kacau rata. Masukkan 1/2 cawan choc chip dan kaup balik adunan. Masukkan dalam cawan kertas dan tabur chip di atasnya. Bakar selama lebih kurang 20 minit atas hingga masak pada suhu 170 celcius.

Wednesday, February 24, 2016

Gulai masam (perak)

Pilihan resepi mudah untuk hidangan tengahari ni. Siap masak lauk ni sambung bakar roti dan muffin pulak. Siap masak semua baru la bergegas ke hospital jemput hubby yg ble keluar hari ni.... Alhamdulillah.

Masa kecik2 dulu suka lauk ni makan dengan nasi putih yg dimasak lembik skit....pastu tuang kicap.... ikan makan.sikit jer....kuah kena lebih...macam makan sup...dap woooo.

Gulai masam (Perak) @ ZLC

Bahan2nya

3 ekor ikan kerisi (boleh guna ikan2 lain)
10 biji cili padi 
3 biji cili merah
3:biji tomato belah 2 @ 4
4 ulas bawang merah
1 ketul kunyit hidup
1 sb serbuk belacan  ( saya simpan belacan di bakar hingga kering dan dihancurkan)
2 batang serai diketuk
1 batang bunga kantan (optional)
Daun kesum 
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa 
Air secukupnya

Sayur pilihan
Bendi
Timun tua atau muda (buang empulurnya)
Labu air
Terung asam

Cara2nya

Tumbuk cili,  bawang, belacan dan kunyit hidup hingga lumat (tak perlu halus sangat)
Masukkan ikan, bahan tumbuk, serai, labu, bendi dan air ke dalam periuk.
Masak hingga mendidih. Perisakan dengan garam. Masukkan tomato, biarkan sebentar sebelum tutup api.

Strawberries Muffins


Aktiviti di dapur sebelum ke hospital hari ni ialah baking roti dan muffin serta masak gulai masam perak. Kena masak awal sebab hari ni anak ada aktiviti ko kat sekolah. Dah settle masak senang sikit hati...

Tanya anak nak bawak bekal apa arini.....nak kek tak....dia kata nak..... bila saya tanya nak kek apa, dia kata nak cheese cake.....waduh....chiskek tak sempat la na buat dalam masa sejam ni nak oiii...
Pastu bagi cadangan kat dia kira buat muffin jer la....muffin strawberry....tapi guna puree strawberry sebb takde stok yg fresh...nak cari pun tak sempat dah... Disebabkan saya guna cup utk roti....beso la muffin jadinya....dapat la sepuluh ketoi...5 ketoi tak dak taboq apa2...5 ketoi taboq badam ngan gula perang.... Jadi la....cukup la seketoi sorang.
Resepi ni saya cilok dari Jennifer Segal @ http://www.onceuponachef.com.

Strawberry Muffins
Ingredients
2 cups all purpose flour, spooned into measuring cup and leveled-off with knife, plus 2 teaspoons more for tossing with strawberries (2 cawan tepung gandum + 2 sk utk salut strawberry kalau guna yg segar la...hihihi)
2 teaspoons baking powder (2 sk baking powder)
3/4 teaspoon salt (3/4 ak garam - saya tak letak sebab guna salted butter)
1 stick or 1/2 cup unsalted butter, softened (1/2 cawan atau 125 gm mentega tanpa garam)
1 cup granulated sugar (1 cawan gula - saya guna 3/4 cawan jer)
2 large eggs (2 biji telur gred A - saya guna 3 biji gred C)
1-1/2 teaspoons vanilla extract (1 - 1/2 sk esen vanilla - saya guna 1 sb sbb takde almond extract)
1/4 teaspoon almond extract (1/4 sk ektrak badam)
1/2 cup milk ( 1/2 cawan susu)
2-1/4 cups diced strawberries, from 1 pint, divided (2 1/4 cawan strawberry - cincang kasar)
2 tablespoons turbinado sugar, for topping (2 sb gula tebu perang untuk topping - guna gula perang biasa pun ok)

Instructions
Preheat the oven to 375°F. Line a 12-cup muffin tin with paper liners; spray the liners and the pan with non-stick cooking spray. (Panaskan oven pada suhu 170 C. Susun paper cup dalam muffin tray atau dalam loyang jer pun ok.)
In a medium bowl, whisk together the flour, baking powder and salt. In the bowl of an electric mixer, beat the butter and granulated sugar for about 2 minutes.
(Dalam mangkuk sederhana, gaul rata tepung, baking powder dan garam. Dalam mangkuk lain pukul gula dan mentega selama 2 minit).
Add the eggs one at a time, scraping down the sides of the bowl and beating well after each addition.
(Tambah telur satu persatu sambil pukul sebati telur)
Beat in the vanilla extract and almond extract. (The batter may look a little grainy -- that's okay).
(Masukkan esen dan ekstrak dan pukul sebati)
With the mixer on low, add the flour mixture in three separate additions, alternating with the milk and ending with the flour.
(Dengan mixer kelajuan rendah, tambah tepung berselang seli dengan susu dan diakhiri dengan tepung)
Toss the strawberries with 2 teaspoons of flour (this will keep them from sinking to the bottom). Set 1/2 cup of the berries aside. 
Salutkan strawberi  dengan tepung untuk elakkan strawberi mendap ke dasar muffin. Ketepikan 1/2 cawan)
Add the remaining berries to the batter and fold with a spatula until evenly distributed. Do not overmix.
(Masukkan bakinya ke dalam adunan trpung. Gaul rata strawberry dengan spatula. Jgn sampai terlebih kacau yer)
*****disebabkan saya guna puree, saya tuang jer semua puri dalam adunan tepung dan gaul rata.
Scoop the batter into the prepared muffin tin (an ice-cream scoop with a wire scraper works well here); they will be very full. 
(Sudukan adunan ke dalam muffin cup)
Scatter the reserved berries evenly over the muffins, then sprinkle the turbinado sugar over the center of each muffin (keeping the sugar away from the edges will prevent sticking).
(Tabur baki strawberry di atas muffin diikuti dengan gula kat tengah2 muffin. Jangan tabur kat tepi pan kalau guna pan nanti melrkat susah nak krluarkan muffin tu). - saya tabur kepingan badam dan gula.
Bake for about 30 minutes, until lightly golden and a cake tester comes out clean. 
(Bakar selama 30 minit atau sehingga sedikit keperangan).
Run a sharp knife around the top edge of each muffin to free it from the pan if necessary (the edges can stick), then let the muffins cool in the pan for about 25 minutes. Transfer the muffins to a rack to cool completely.
(Susun muffin di atas rak untuk sejukkan).

Tuesday, February 23, 2016

Bingka Labu

Misi nak kurangkan stok labu dalam peti sejuk, baki buat masak lemak aritu. Saya beli saiz besar...masak lemak guna 1/4 jer. Lepas buat bingka ni pun masih ada baki 1/4 lagi...nanti nak buat bebola labu la pulak.
Bingka labu ni sedap. Saya guna resepi sama yg pernah saya buat dulu dari sumber mawandiha...cuma saya dah olah resepi ni ikut citarasa. Tadi nak cepat punya pasal, saya bakar 20 minit guna suhu 200 celcius api atas bawah.....lepas tu saya naikkan suhu jadi 250 api bawah saja dalam 10 minit.....Alhamdulillah elok jer masaknya....kalau terlewat jengah oven tadi mau hangus bingka ni....hihihi

Bingka labu @ ZLC
Bahan2
1 biji labu kuning saiz sederhana ~ Tak perlu kupas kulit, belah 4, kukus  @ masak 15 minit guna microwave  dan korek isinya dengan sudu )
200 gm gula (boleh lebihkan gula kalau nak manis)
250 gm tepung gandum
4 biji telur gred C
1 cawan santan pekat atau susu
125 gm mentega ~ cairkan
Sedikit garam

Cara Menyediakan
1. Blend labu, gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan mentega yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 175C. (Saya guna oven kecil - suhu 200 °C)
6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit (saya bakar selama 55 minit api atas bawah - hasilnya sedang elok jer) atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.

Monday, February 22, 2016

Pajeri Nenas


Menu tengahari ini. Anak2 suka....rasa manis2. 

 PAJERI NENAS @ ZLC

Bahan2nya


3 biji nenas (kalau saiz besar kurangkan) - kupas, potong bulat atau belah dua, celur dan toskan.
Segenggam udang kering ditumbuk lumat (ada orang yg masuk terus tak tumbuk pun) 
Segenggam kismis - optional
5 sb kerisik 
*3 inci halia
*2 biji bawang besar
*8 ulas bawang putih
3 sb rempah kari daging
*5 biji buah pelaga
*5 kuntum bunga cengkih
*2 kuntum bunga lawang 
*1 batang kulit kayu manis
2 cawan santan pekat
3 biji cili merah dibelah 
Air secukupnya
Garam dan gula melaka sesedap rasa
Minyak untuk menumis

---------

Kisar * hingga hancur. Tumis * hingga naik bau. Masukkan rempah kari yang dah sibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. Kacau selalu. Masukkan air dan kacau sebati. Masukkan nenas, kerisik dan udang kering. Masak hingga agak pekat,  perisakan dengan garam dan gula melaka (masakan ni manis - saya gunakan 1 1/2 ketul gula melaka leper tu.). 

Masukkan santan pekat, kacau sebati dan masak hingga kuah agak pekat. sebelum tutup api tu masukkan kismis dan cili. Gaul rata dan masakkan seketika.

****Nenas yg digunakan jangan terlalu masak.
Gula melaka tu boleh ganti dengan gula putih.
Kalau buat pajeri terung tak perlu celur dulu. Kalau nak buat pajeri rambutan atau kedondong pun sedap juga.....

Onde-onde/buah melaka bunga telang

Ini hari punya cerita....sebelum ke hospital jemput cik abg balik, dan sebelum  drop anak ke sekolah sambil kacau2 pajeri nenas saya buat kuih ni. Utk bekal anak yg sekolah petang. Kuih ni antara kuih traditional yg senang nak buat dan sedap dimakan. 

Saya suka kuih ada warna2 untuk pikat selera anak2....tapi anak saya ada yg alah pada pewarna tiruan....daun pandan pulak masih belum cukup daun nak diambil dari pasu depan rumah tu. Tengok dalam peti beku masih ada bunga telang  beberapa kuntum musim hujan aritu  ...cukup untuk memberi warna menarik pada doh saya. 

Gula melaka pun ada lagi....kelapa muda parut baru jer restock jumaat lepas.....cukup semua bahan. Buat pulak tak perlu sukatan tertentu....


Onde-onde/buah melaka bunga telang @ ZLC

1/2 paket tepung pulut (anggaran 200 gm)
10 kuntum bunga telang rendam dengan 1/2 cawan air mendidih hingga air menjadi biru - tapis airnya dan sejukkan seketika.
Sedikit garam

Gaul rata semua bahan. Tambah air jika perlu sedikit2 sambil uli hingga jadi doh lembut.

Inti

Gula melaka dipotong kecil secukupnya

Kelapa parut yg digaul sedikit garam untuk menggolek kuih yg telah masak

Cara memasak kuih onde-onde

Panaskan air di dalam periuk. Ambil doh sebesar guli. Leperkan dan letak gula melaka ditengahnya. Tutup gula dengan doh dan gentel bulat doh tadi. Susun doh di atas bekas yg dioles sedikit minyak masak. Buat hingga selesai atau boleh rebus terus bebola onde-onde di dalam air mendidih.

Rebus onde-onde hingga timbul. Kacau sedikit bebola yg sedang direbus bagi mengelakkan ia melekat didasar periuk. Angkat ondeh2 yg telah timbul dengan penapis atau senduk berlubang. Golekkan bebola dia atas kelapa parut.

*****cecair gula melaka di dalam onde-onde panas ketika baru masak jadi berhati2 memakannya. 

Sunday, February 21, 2016

Roti wholegrain

Pilihan roti yg lebih sihat...kaya dengan bijirin. Boleh dipelbagaikan ikut citarasa dan kuantiti pun boleh adjust... Roti ni kalau kat kedai mahal diorg jual.... chia seed....flax seed...dan seed2 lain tu harganya boleh tahan. Tu yg jadi mahal roti ni. 
Mana nak cari chia seed....flax seed tu??? Kat giant, tesco dan kedai barangan arab ada jual. Bakeri tak pernah nampak pulak.....tapi sunflower...pumpkin...melon tu ada la...letak kekacang cam badam, walnut dan hazel pun ok jugak....
Apa pun nak letak kena tengok selera keluarga terutama anak2 juga. Anak2 saya suka makan roti2 macam ni...jadi makin seronok ummi buat....pantang nampak bekas roti kosong jer terus la keluarkan pengadun, penimbang dan loyang....bahan2 sentiasa ada. 

Resepi roti wholegrain  @ ZLC

500 gm tpg roti
100 gm tpg wholemeal
20 gm flax seed
20 gm chia seed
20 gm sunflower seed
20 gm habatus sauda
10 gm yis
6 gm improver
60 gm butter/margerin/minyak zaiton
350 ml air ais + 4 sb susu pekat.
8 gm garam

Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. Tumbuk doh. Bahagikan adunan.... Dah siap bentuk, biarkan naik dua kali ganda atau proof 60 minit atau 90 minit (ikut suhu masa tu....kalau cuaca sejuk, masa proof lebih lama). 15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 180 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.

Saturday, February 20, 2016

Lamb mandi with Saffron Basmati Rice and Raisins

Resepi Chef Ammar (Masak Dari Hati Masak with Iman) jadi pilihan saya tengahari ni untuk memasak paha kambing yg hubby beli kat ladang ternak di Kuang. Beli minggu lepas...nak tunggu weekend baru la sempat masak menu2 macam ni...kalau hari kerja masa terhad.

Sedap juga mandi kambing dengan nasi basmati safron berkismis nih....rasa rempah yg ringan....tapi membangkitkan aroma....penggunaan minyak sapi dalam nasi pun sungguh menusuk kehidung...tambahan pulak minyak sapi qbb....memang sedap.....

Makan dah agak lewat petang....lebih pukul 3 baru juadah terhidang....lamanya sebab rebus kambing tu sampai empuk....tapi takpe.....penantian yg berbaloi baloi....


Lamb mandi with Saffron Basmati Rice and Raisins (Mandi kambing dengan nasi basmati safron berkismis) @ ZLC

Ingredients (bahan2)

Cooking the Lamb Shoulder 

1- Lamb Shoulder 2 Kilo (2 kg bahu kambing - saya guna bahagian kaki)
2- Salt 1 Teaspoon  (1 sk garam)
3- Cinnamon 1 Stick 2.5 CM (1 batang kulit kayu manis ~ 2.5 cm)
4- Arabic Dry Lemon Whole 4 Numbers (4 biji limau kering)
5- Bay Leaves 4 Numbers (4 helai daun.bay)
6- Cardamom Whole 10 Numbers (10 biji buah pelaga)
7- Cloves Whole 10 Numbers (10 kuntum bunga cengkih)
8- Onion Cut in Small Dice 1 Big Number (1 biji bawang besar - hiris)
9- Water to cover the Meat (air secukupnya)
10. 6 tbs olive oil (6 sb minyak zaiton)

Cooking 

Method of Making the Lamb Mandi 

Method of Making

1. Cut the Lamb Shoulder in to big cub and let it at the side. (potong lamb bentuk kiub - saya masak seketul terus - ketepikan).

2. Add Olive oil  and fried the Onions. (panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang.

3. Add all the Dry Herbs and wait till the aroma comes out from the onions and spices. (Masukkan semua bahan kering dan tumis hingga naik bau bawang dan rempah ratus yg ditumis).

4. Then add the lamb shoulder and suttee with the herbs and onion for about 5 minutes. (Kemudian masukkan kambing dan kacau hingga sebati dengan rempah ratus selama lebih kurang 5 minit.)

5. Add the water and cover the lamb about 5 cm. (tambah air hingga tenggelam keseluruhan kambing)

6. Let it cook for about 1 hours to 1 ½ hours till the lamb meat is tender to 90%. (Biarkan masak dlm 1 hingga 1 1/2 jam atau kambing 90% empuk)

7. Drain the Lamb Stock keep the Lamb Meat at the side and Do the smoking Method as I did in my shows ( only for the Meat )  (toskan kambing dan asapkan kambing menggunakan arang - saya masukkan kambing yg dah ditos ke dlm periuk dan masukkan arang sebesar telur yg dah berbara dlm remekin. Letak kat tengah2 periuk yg ada kambing. Tuang sedikit minyak zaiton dan tutup periuk. rapat2. )




Cooking the Basmati Rice 

1- Basmati Rice your Choice 4 Cups (4 cawan beras basmati)
2- Ghee 4 Tablespoon (4 sb minyak sapi)
3- Green Chili Whole cut in to ½ 4 Numbers (4 biji cili hijau potong dua)
4- Onion Clean and Small Dice 2 Big Numbers (2 biji bawang besar dicincang kecil)
5- Raisin ½ Cup (1/2 cawan kismis)
6- Salt ½ Teaspoon (1/2 sk garam - saya letak secukup rasa)
7- Saffron ¼ Teaspoon (1/4 sk saffron)
8- Rose Water 1 Tablespoon (1 sb air mawar)

Cooking the Basmati Rice 

1. Clean the Rice under running water for about 10 minutes and sock the rice for about 20 -30 minutes depends on the rice quality you are using after that drain the water and let it set for about 30 minutes also. (Basuh beras, rendam 30 minit dan toskan.)

*** sementara itu, rendam safron dengan air mawar.

2. Cook the Onion with the Ghee use only 2 Tablespoon. ( dalam periuk untuk masak nasi, tumis bawang dengan 2 cawan minyak sapi)

3. Add the Green chili whole or you can cut it in to split ½. (masukkan cili).

4. Add the Raisin but make sure you did not overcook the raisins. (tambah kismis dan pastikan kismis tak terlebih garing).

5. Add the lamb stock for the Rice ( 4 cups of Basmati Rice to 6 cup of lamb stock) (Masukkan air rebusan ksmbing tadi - saya guna 5 1/2 cawan utk 4 cawan beras pusa cream)

6. Correct the seasoning with salt. (perisakan dgn garam secukupnya).

***masukkan beras apabila air telah mendidih. Kacau sesekali sehingga air hampir kering. Kecilkan api dan tutup periuk rapat2. Biarkan masak selama lebih kurang 5 - 7 minit sebelum tutup api.

7. Add the socked Saffron with Rose water in to the rice once the rice is cooked and add the other 2 Tablespoon of the Ghee on the rice. (Tuangkan safron yg direndam dan tuang baki minyak sapi ke atas nasi yg telah masak. Biarkan seketika sebelum dikarih rata.



Sambal salsa

1 pokok daun ketumbar
1 biji bawang holland
2 biji tomato
Cili hijau + cili padi ikut pedas
Perahan sebiji lemon
Garam dan gula secukup rasa

Kisar semua bahan. Jangan terlalu hancur.


Salad

Pilihan sayuran segar pelengkap hidangan yg menyihatkan.

Mangga dan serbuk asam kulit limau


Asam kulit limau.....jajan feveret masa kecik2 dulu....tapi masa tu makan gitu ajer. Takde la dikisar halus dan tabur kat buah2  macam ni. First time jumpa pak sedara hubby hidang masa raya...dia hantar jer habis....dia hantar lagi habis lagi. Sudahnya kitorang pakat2 ke dapur sendiri....hahhahaa. 
Sama la kesnya masa saya hidangkan untuk kenduri kawen anak buah.....berpoloh kotiak den and the geng....tak sempat nak berehat sebentar...laku betul.
Biasa asam ni dihidangkan dengan jambu batu....tapi buah2 tu boleh jer dipelbagaikan....guna mangga...betik mengkal.....apple....terpulang....ikut selera masing2.

Pankek mayonis

Sarapan pagi hari minggu. Kalau sebelum ni saya buat pankek yogurt, kali ni buat pankek mayonis pulak sebab yogurt takde dlm stok. Resepi ni kalau tak salah saya skodeng dari blog mat gebu...tapi saya olah sedikit bahan2nya serta cara adunnya.....

Kesimpulan yg boleh dibuat ialah...samada guna yogurt atau guna mayonis, dua2 menghasilkan pankek yg gebu dan lembut. Sebelum ke pasar tadi sempat masakkan 4 keping jer...takdan nak tuang madu ke...butter ke...anak2 dah habiskan. Kalau ikut komen anak yg kecik tu, sedap sangat la ummi....kembang idung ummi dapat pujian camtu....hihihi

Pankek mayonis @ ZLC

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 biji telur gred C
3 sb gula halus
3 sb minyak zaiton atau minyak masak
2 sb mayonis
1 cawan susu segar 
1 camca teh esen vanilla 
Secubit garam halus
Mentega dan madu/maple syrup untuk dimakan bersama pancake

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan semua bahan dan kacau guna whisker hingga rata dan adunan licin. 

Panaskan non-stick frying pan pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak menggunakan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak.(saya tak letak minyak)

Sudukan anggaran 3 1/2 camca besar adunan tadi. Ratakan.
Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan.

Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama mentega dan curahan madu atau maple syrup.

Friday, February 19, 2016

Roti wholemeal gula

Selalu buat plain sesekali letak gula.... Saya kurangkan gula dalam adunan.....kurang la rasa bersalah....hahhaha....

Suka la anak2 saya....yg mak diorg ni tak berapa nak suka bila ada la yg makan atas yg bergula tu jer....feeling angry betul....

Resepi wholemeal @ ZLC

500 gm tpg roti
100 gm tpg wholemeal
10 gm yis
6 gm improver 
60 gm butter/margerin
350 ml air ais + 4 sb susu pekat.
7 gm garam

Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. Tumbuk doh. Bahagikan adunan.... Dah siap bentuk, biarkan naik dua kali ganda atau proof 60 minit. Pastu spray air, tabur gula. 15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 180 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.

Kordial Lemon

Sejak Doktor diagnos anak saya mwngalami ekzema tahap kronik dan alah pada pewarna makanan tiruan, perisa tiruan, pengawet makanan dan beberapa makanan lain saya makin berusaha mengelak penggunaan bahan2 tersebut. Kalau sebelum ni sesekali beli juga la sunquick dan kordial2 lain tapi sekarang ni kalau boleh nak elakkan masuk ke rumah. 

Macam kordial ni sebenarnya dari dulu kerap juga buat sendiri.....kordial limau kasturi, bunga telang, durian belanda, rozel....dan kali ni lemon. Bila lemon ada offer jer saya beli banyak2. Perah dan masak dengan gula. Dah sejuk simpan dalam botol....kalau macam ni tak perlu simpan dalam peti sejuk. Dia tahan diluar berbanding kordial yg kita proses guna air macam rozel dan.bunga telang...kena simpan dalam peti sejuk utk tahan lama.

Nanti nak beli oren masam dan buat kordial oren pulak la..

Thursday, February 18, 2016

Ayam panggang sos peri bermadu


Menu simple jer malam tadi....balik keja marinate ayam ala kadar menggunakan sos peri nando's, madu dan safron. Bakar dalam oven, lama juga la....sejam lebih baru masak.... Anak2 pun tak sabar menunggu....kejap2 datang ke dapur tengok ayam yg berpusing2 dalam oven macam dalam cerita upin ipin tu.

Masak ni takde sukatan. Marinate dengan 3 bahan jer...

Ayam bakar sos peri bermadu @ ZLC 

1 ekor ayam (saiz dalam skg lebih sikit jer -paling sesuai...)
Sos peri nando's - ikut la nak yg pedas sangat atau yg sedang.
Madu 
Safron

Gaul rata semua bahan. Perapkan sejam dua kalau ada masa. Bakar guna selama sejam atau hingga masak. Saya guna suhu 250 celcius.

Baki sos perap tu saya didikan dlm pan. Bila ayam dah masak, saya tuangkan sos tadi. 

Wednesday, February 17, 2016

Kuih ketayap aka kuih gulung

Kuih ketayap  malam ni berasaskan daun pandan. Intinya pun saya letak daun pandan, kulitnya pun saya letak daun pandan.....wangi sangat. Buat dalam 12 ketul jer untuk ustaz yg datang ajar ngaji tapi yang sampai kat ustaz 5 jer...yg lain habis anak2 ngap. Memang faveret diorg pun kuih ni.


Kuih ketayap @ ZLC

Untuk kulit

3 cawan air pandan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa

kisar air dengan daun pandan dan tapis untuk mendapatkan warna dan haruman semulajadi.
Masukkan semua bahan dan kisar sebati hingga sebati.


Untuk inti 

(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1 biji kelapa parut
1 cawan gula putih (manisnya ikut citarasa)
Secawan air pandan
Sedikit garam

Cara-cara

Masukkan kelapa parut, air pandan, gula.  Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat. 


Untuk menyediakan kuih ketayap

Panaskan pan dengan api sederhana, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi membulat (ini utk buat bentuk biasa). 
Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Nampak tepi2nya dah kering tu maknanya dah masak la. 

Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.....tapi untuk viewer sedia untuk ditatap jer ler yer...huhuhu.

Monday, February 15, 2016

Sup tulang berempah MakMak


Ni bukan resepi mamak tapi resepi emak, emak.......heheheh...tu yg panggil sup pekat makmak yer...sbb nanti kalau tak sama rasa ngan mamak punya takde la mamak nak saman akak.

Sup ni sedap...sesuai cicah ngan roti wholemeal yg akak buat tu tau....pastu makan malam2 time hujan....time sejuk2 tu....terus badan berpeluh2....hahahhaha...ngences tak....kalau ngences jom la buat....

Sup tulang berempah MakMak @ ZLC

5 kg tulang (saya suka bahagian tengkuk sebab dagingnya banyak)
1 kg daging (saya rebus seketul besar lepas tu dah empuk baru hiris)
1 paket rempah kurma (paket sederhana)
1 kg bawang merah - kisar
4 labu bawang putih - kisar
300 gm halia (ketuk)
1/2 kg bawang ros - hiris nipis dan goreng utk dijadikan bawang goreng
1/2 kg daun sup + daun bawang + daun ketumbar - hiris 
1 ketul sebesar ibu jari gula batu
Garam secukup rasa
5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
4 sb lada hita (tumbuk)
20 biji cili padi - kisar
1 kg kentang
1  cawan tepung jagung (bancuh dengan air secukup)

Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Dalam periuk besar, rebus tulang dan daging serta halia hingga daging hampir empuk.

Masukkan kentang dan kecilkan api. Sementara itu dalam kuali tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih yg dikisar. Tumis lagi hingga airnya hampir kering. Masukkan rempah kurma. Tumis hingga pecah minyak. Tuang ke dalam periuk sup.

Kacau sebati dan perisakan dengan garam, lada hitam dan cili padi kisar tadi. Kemudian masukkan daun2 hiris. Masak hingga kentang empuk dan renihkan selama setengah jam. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau hingga sup memekat.

Sedap dimakan bersama roti....dan nasi putih.