Pages

Friday, January 30, 2015

Pasta goreng daging cincang

Ini la menu sarapan pagi jumaat yg saya sediakan.....nak memudahkan kerja, malam tadi saya dah siap tumiskan daging cincang....pagi tadi tinggal nak rebus pasta dan gorengkan dengan daging yg dah siap dimasak serta masukkan celery...

Dal masak tak sampai 20 minit sarapan siap dihidangkan....

Pasta goreng daging cincang

Bahan2nya

1/2 kg daging segar dicincang
1/2 paket mix vage
3 batang celery di potong kecil
2 sb serbuk kari daging
3 sb tomato puree
2 biji bawang besar cincang
5 ulas bawang putih cincang
2 inci halia cincang
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Pasta direbus dengan sedikit garam hingga lembut, toskan

tumis bawang2 dan halia hingga naik bau. Masukkan rempah kari, tumis hingga garing dan pecah minyak. Masukkan tomato puree, daging dan sedikit air. Masak hingga daging empuk dan sebati. Masukkan mix vage, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan pasta. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan celery. Kacau seketika. Sedia dihidang. 

***dalam masakan kali ni mix vage saya kurangkan sebab anak2 tsk suka....mix vage ni boleh jer digantikan dengan sayuran lsin seperti karot segar, kobis, bunga kobis dll...

No comments:

Post a Comment