Pages

Wednesday, January 21, 2015

Donut yogurt vanilla

Malam ni buat donut yogurt vanila resepi rosmarlina jintanmanis. Gebu donut ni....separuh goreng dan separuh lagi goreng separa masak utk esok pagi....donut ni saya salut dengan molasses sugar......


Yang bercoklat ni goreng utk sarapan (mlm tadi goreng separuh masak)

Donut Yogurt Vanila

Bahan-bahan

400gram tepung gandum
45gram Plain Yogurt@Natural Yogurt
6gram Yis
2 sudu kecil esen vanila
150ml cecair ( susu segar+1biji telur)
40gram marjerin
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
minyak untuk menggoreng

Untuk Salutan

sedikit serbuk gula atau coklat cair dan manik urai

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan kecuali marjerin, uli hingga menjadi doh, setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli lagi sehingga betul-betul lembut, untuk mendapakat doh yang lembut dengan cara yang mudah dan cepat,  setelah menguli doh beberapa minit masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas-ramaskan doh selama 5 minit, kemudian keluarkan dan uli sekali lagi dalam bekas adunan. ( jika guna Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan boleh tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin dan terus bentukkan).

2. Selepas itu perap doh selama 40 minit sehingga satu jam, atau sehingga doh menjadi dua kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sekali lagi beberapa minit, kemudian bahagi doh pada bebola kecil, bentukkan doh seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit. ( pastikan alas dulang dengan kertas minyak, supaya senang untuk diangkat apabila tiba proses menggoreng nanti).

3.  Setelah donut naik, panaskan minyak dan goreng donut dengan api yang sederhana, balik-balikkan donut supaya masak sekata, setelah perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, salutkan donut dengan serbuk gula dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.


No comments:

Post a Comment