Pages

Saturday, May 31, 2014

Sup cendawan mee segera

Budak2...ermmmm bkn budak2 jer....mak pak budak kalau dapat makan mee segera tu macam best sangat....kalah masakan chef....

Tu yang bila buat sup cendawan mee segera ni seronok bukan main anak2.....macam dapat makan kaviar jer kot.....

Nak memenuhi selera anak2 terhadap mee segera dalam masa yang sama memastikan ianya berkhasiat.....cuba la menu nih...

Sup cendawan mee segera

1/2 kg tulang direnih hingga empuk
Air secukupnya
3 inci halia hiris
10 ulas bawang merah hiris
6 ulas bawang putih hiris
2 sb rempah sup
Garam secukup rasa
Cendawan tiram
3 helai daun salam segar/kering
Celery
Bunga kobis
Daun sup/daun bawang/daun ketumbar

rebus mee segera hingga lembut mengikut arahan di pek - saya guna mee cintan.

sambal kicap

cili padi hiris
kicap 
perahan limau

-------
Masukkan rempah sup ke dalam periuk tulang setelah dagingnya empuk. Kacau sebati. Sementara itu, tumis bahan hiris hingga keperangan. Masukkan ke dalam periuk sup. Tambah semua bahan2 lain masak hingga sayur lembut....perisakan dengan garam. Tutup api. Hidangkan dengan mee, sambal kicap dan tabur daun bawang/sup/ketumbar.

Sup cendawan mee segera

Budak2...ermmmm bkn budak2 jer....mak pak budak kalau dapat makan mee segera tu macam best sangat....kalah masakan chef....

Tu yang bila buat sup cendawan mee segera ni seronok bukan main anak2.....macam dapat makan kaviar jer kot.....

Nak memenuhi selera anak2 terhadap mee segera dalam masa yang sama memastikan ianya berkhasiat.....cuba la menu nih...

Sup cendawan mee segera

1/2 kg tulang direnih hingga empuk
Air secukupnya
3 inci halia hiris
10 ulas bawang merah hiris
6 ulas bawang putih hiris
2 sb rempah sup
Garam secukup rasa
Cendawan tiram
3 helai daun salam segar/kering
Celery
Bunga kobis
Daun sup/daun bawang/daun ketumbar

rebus mee segera hingga lembut mengikut arahan di pek - saya guna mee cintan.

sambal kicap

cili padi hiris
kicap 
perahan limau

-------
Masukkan rempah sup ke dalam periuk tulang setelah dagingnya empuk. Kacau sebati. Sementara itu, tumis bahan hiris hingga keperangan. Masukkan ke dalam periuk sup. Tambah semua bahan2 lain masak hingga sayur lembut....perisakan dengan garam. Tutup api. Hidangkan dengan mee, sambal kicap dan tabur daun bawang/sup/ketumbar.

Kek red velvet lembab (kukus/bakar)

Dah lama nak cuba...bila ada benda nak diraikan baru la ada alasan nak buat kek ni....

Dah puas ejas tapi dlm gambar tak nampak merah sgt.....

Untuk besday kakak ke 50, saya buatkan kek ni....

RESEPI KEK RED VELVET MOIST
Sumber resepi hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
*2 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*1 sudu kecil baking powder
*1 sudu kecil soda bicarbonat
*1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk - resepi di bawah
1 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
1 cawan minyak masak
1/2 cawan air panas
2 biji telur A
esen vanila

Topping
250g cream cheese @ satu ketul
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara

Sediakan buttermilk - 

Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih atau perahan lemon/limau. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit.

(Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.)

Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang.

Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. 

Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. 

Kek ini boleh juga dikukus. Saya kukus selama sejam lebih. 

Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

Ayam penyet dan sambal kencur/cekur

Menu ringkas istimewa hari ini...

Dah siap tu....jemput makan yer...

Ayam penyet....saya guna ayam organik...jadi tak rebus sampai kering...takut hancur.

Nasib baik ada tanam cekur/kencur dalam pasu...setakat nak pakai sikit2 lepas la...

Resep Cara Membuat Ayam Penyet Pedas
http://masakancantik.blogspot.com

Bahan utama
Ayam negeri/kg 1 ekor, potong jadi 6 bagian
Daun salam 2 lbr
Lengkuas ±2 cm, memarkan
Daun jeruk/daun limau purut 6 lbr, buang bagian tulang daunnya
Serai 2 btng, memarkan
Gula pasir ½ sdm
1 ½ sdm air asam jawa
Garam secukupnya
Air ± 300 ml
Minyak untuk menggoreng
Bumbu dihaluskan
Bawang merah 10 butir
Bawang putih 4 siung
Kemiri/buah keras 4 butir. Disangrai
Kunyit ± 2 cm, baker
Ketumbar 1 sdt
Jintan ½ sdt
Cara membuat ayam penyet :
Cuci daging ayam, kemudian rebus dalam air, tambahkan daun salam, lengkuas, daun jeruk, serai, garam, gula pasir, air asam jawa, dan bumbu halus sampai meresap dan kering. Angkat.Panaskan minyak goreng dalam wajan, lalu goreng ayam sampai matang.

Sambal kencur
http://masakan-indonesiakita.blogspot.com

Bahan:
3 - 5 bh cabe rawit/cili padi merah (tergantung tingkat kepedasan)
1 bh cabe merah besar, cincang kasar
1 bh bawang putih, goreng
1 bh tomato ukuran sedang atau separo tomato besar
1 sdt terasi/belacan matang(goreng atau bakar)
1 cm kencur, kupas
garam secukupnya
gula pasir secukupnya (jika suka)

Cara Membuat:

Goreng bawang putih sampai agak kecoklatan.Ulek/tumbuk bawang putih goreng, cabe merah, cabe rawit dan kencur sampai halus.
Masukan tomat, ulek sekali lagi sampai halus.Tambahkan terasi matang dan garam, aduk rata pakai ulekan.
Tambahkan sedikit gula pasir jika suka.

Sajikan dengan tempe atau ayam goreng dengan cara penyet/tekan tempe atau ayam goreng di atas sambal dengan ulekan/lesung.

Hidangkan segera dengan nasi panas, lalapan/hirisan timun dan kemangi.

Atau boleh guna sambal ayam penyet ni

Bahan sambal

Tomat 1 bh, potong-potong
Cabai merah keriting 5 bh
Cabai merah besar 2 biji
Cabai rawit merah 8 biji
Bawang merah 3 butir
Bawang putih 2 siung
Terasi 1 sdt
Garam dan gula pasir secukupnya

Bahan pelengkap

Daun selada 8 lbr
Ketimun 1 bh, potong-potong
Kacang panjang 4 lonjor, potong-potong Kol 4 lbr
Jeruk Nipis 1 bh

Sambil menggoreng ayam, anda bisa menyiapkan sambal untuk ayam penyet,

caranya :
goreng tomat, cabai merah keriting, cabai merah besar, cabai rawit merah, bawang merah, bawang putih, dan terasi sampai layu. Angkat.
Tambahkan garam dan gula pasir secukupnya. Ulek menggunakan cobek sampai halus.

Letakkan daging ayam di cobek ketika masih panas, tekan mengunakan ulekan hingga daging memar dan gepeng.
Sajikan dengan bahan tambahan sebagai menu makan siang untuk keluarga anda dirumah.

Friday, May 30, 2014

Botok-botok udang

Masakan encik hubby yang sedap sangat...



*1 /2 kg udang sederhana - dibuang kulit (kalau udang kecil putih tu tak buang kulit pun boleh)  tumbuk
*6 batang kunci
Ni rupa kunci atau temu kunci atau fingerroot kepada yg tak mengenalinya

*5 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih (optional)
*1 ketul kecil kunyit hidup
5 biji cili padi hiris kecil/tumbuk ( terpulang nak pedas mana atau tak letak langsung pun ok)
*4 sb kelapa parut (seelok2nya kelapa muda)
*Garam dan gula secukup rasa
Daun pisang secukupnya - layukan
Stepler/lidi

Tumbuk * sehingga lumat. Gaul semua bahan hingga sebati.

Ambil sesudu dan balut dalam daun pisang....buat macam balut tapai tu...pastu steple atau guna lidi untuk lekatkan daun tu.....
kalau rasa susah buat cam lepat pun boleh lerrrr......

Buat sampai habis pastu kukus selama 15 - 20 minit...
Dah masak hidangkan bersama2 nasi dan lauk pauk lain...

Thursday, May 29, 2014

Udang goreng telur masin


Setelah sehari setengah cuti memasak sbb bawa anak2 jalan2 cuti sekolah, mlm ni ke dapur semula. Menu yang dipilih udang goreng telur masin....sementara udang masih fresh lagi dlm freezer tu, kita korbankan dulu....

Resepi asalnya untuk ketam tapi ketam takde musim....pg pasar aritu nampak la sekor kecik...tak berbaloi dgn kulit jer....


UDANG GORENG TELUR MASIN
Sumbe resipi  K.Nor@SecubitGaram
disediakan oleh zulfaza love cooking

Bahan2:
350 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
~~~~~
3 sudu besar butter
3 biji bwg putih - di cincang
9 - 10 bj cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
1 biji telur masin + 1 bj kuning telur ~ direbus hingga masak ( saya guna jer dua biji)
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar


Cara:
Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan.
Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)
Panaskan butter dlm kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi.
Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

Tuesday, May 27, 2014

Udang gareng daun kesum

Menu dinner mlm nih....lama dah tak beli udang... smlm pegi pasar dapat udang yg baru naik dari bot...segar sangat.... rancangan asal nak buat tom yam goong tapi tak cukup bahan......

Sumber resepi Fb Belajar Buat Cupcakes

Udang goreng daun kesum @ ZLC

Bahan:-

500 gm udang (sederhana besar)
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Perap:-

1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam


Bahan Cincang:-

6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih
1 tangkai kecil daun kari
1 tangkai cili merah

Cara Memasak:-

Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
Gaul udang bersama bahan perapan.
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.

Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum, kari dan selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.

Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas...


Sunday, May 25, 2014

Tart nenas ariana rose versi hybrid

Menyambung ceritera semalam....tart ariana rose...

kalau semalam buat kuning hari ni buat warna campuran kuning merah....

Rendang pedas daging dengan pegaga

Tadi masa pergi pasar jumpa orang jual lemang, siap bg test pulak. Teringat anak2 dok menyebut teringin makan lemang rebus. Beli dua pack, rm20 harganya......mahal la skit tapi kalu nak buat pun jenuh jugakkan.....

Balik terus buat rendang daging dengan pegaga untuk dipadankan dengan lemang tadi......


Rendang pedas

Bahan2nya
1 kg daging hiris nipis
1ikat pegaga
1 ketul kunyit*
2 inci lengkuas*
2 inci halia*
6 ulas bawang putih*
10 ulas bawang merah*
15 biji cili kering - rebus atau rendam air mendidih*
5 batang serai hiris kasar*
1 helai daun kunyit dihiris kecil (kalau daun kecil tambah jumlah)
4 sb kerisik
1/2 keping gula melaka
1 liter santan
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugur

Kisar halus *. Tuangkan dalam kuali bersama daging dan bahan lain kecuali daun pegaga, gula melaka dan garam. Masak hingga daging empuk. Kacau sekali sekala. (Kalau masih belum empuk tapi kuahnya dah nak kering boleh tambah sedikit air). Perisakan garam dan gula dan madukkan pegaga. Kacau rata dan biarkan kuah memekat.

Saturday, May 24, 2014

Tart nenas ariana rose

Tart nenas Ariana Rose....nama glamer sungguh. Mengalahkan retis... rasa macam tart nenas....ahak2.... Nak buat jenuh gak. Sesuai sgt kalu buat hantaran...boleh warnakan doh ikut citarasa masing2....saya buat warna kuning jer.

Nak membentukkannya pun ikut tangan memasing....saiz, kalau nak kecil skit boleh la kurangkan jem kat dlm tu....tapi saya suka jem banyak..tak puas makan tart nenas inti sikit2
....buat pun untuk makan sendiri...jadi buat la sesuka hati. Satu lagi kalu nak lagi sedap, inti tu buat sendiri....baru best.



Sumber keajaiban jemariku
Bahan-bahan:
250 gram butter
3 sb gula caster
1 biji telur kuning
1 sk esen vanilla
3 sb tepung jagung/kastard
3 sb susu tepung
3 cwn tepung gandum/superfine
*Inti nenas secukupnya.

Cara-cara:
- campurkan butter, gula, telur kuning dan esen vanilla...pukul guna whisk aje.
- kemudian masukkan tepung jagung/kastard, susu tepung dan tepung gandum sedikit2.....sambil uli hingga jd doh.
- setelah itu perap doh sekejap utk sebatikan bahan2 td....barulah dibentuk mengikut bentuk bunga ros
- buat kelopak spt bunga ros, hasilkan dlm 5 - 6 kelopak. Setelah itu ambil inti dan di cantumkan dgn kelopak pertama....kemudian cantumkan kelopak kedua secara selang seli hgga siap.

- Dah siap letakkan biskut ke dalam papercup.
- bakar dgn suhu 170 drjah celcius selama 15-20 minit.

Mee celup kelantan

Menu sarapan cum lunch..... siap masak dah dekat kul 11. Siap bzkan anak2 dgn suruh diorang mengemas msinan sementara ummi memasak.... bila diorang turun jer terus puji sedapnya bau......tak sabar nak makan.

Hubby takde....jaga gerai wakaf masjid kat expo...tapi lepas subuh dah minta dia pegi kepasar carikan kuey tiaw dan tulang + daging + perut. Sebab sampai ke pasarnya subuh sangat, perut lembu tu angah penjual faging tu belum kluarkan lagi....nak tunggu tak sempat....jadinya versi mee celup saya kali ni takde letak pun perut lembu......frustnya....kalau ada mesti lagi terangkat...

Memasing dah lapar sangat termasuk la ummi diorang ni....bila snap gambar ni terlupa nak letak cili flake...lepas je amik gambar terus jer saya ngap kuey tiaw tu.....nak ambil gambar lain kang sapa pulak nak makan.....hehehe....apa ada pada gambar....nak tau sedap tidak nya jom le kita pakat ramai2 masak mee celup yang femes kat kelantan nih...

opppssss.....satu lagi saya tak letak....limau nipis...stok takde kali ni... dan kalau ada lobak asin...hiris kecil2 dan tabur bila nak makan....pun sedap...cuma saya takde stok kali ni.

Dari banyak2 resepi yang saya jumpa, saya pilih resepi dari sumber blog duniacikguwan. Bahannya banyak dan berjela la sikit tapi saya suker...saya suker.....

Kat bawah tu ada satu lagi resepi mee celup versi sempoi....tapi saya lupa sumbernya....terima kasih sume..

Bahan untuk supnya;
3 ketul tulang yang ada dagingnya
Sekeping besar tapak tangan perut lembu, lebihpun tak apa- yang original ialah perut lembu muda/susu
2 peket fishball- boleh ganti dengan meatball/chikenball
4 ulas bawang putih-mayang
4 ulas bawang merah-mayang
2 inci halia-mayang
4 kuntun bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang celery-potong besar
1/2 batang lobak putih-potong kasar
1 batang serai-ketuk
1 pohon pokok ketumbar-ketuk akarnya

Perisa sup;
Sos ikan secukupnya
Gula kabung/gula somtam
Kicap masin


Cara-caranya;
Panaskan minyak dalam periuk besar/dalam.Masukkan bawang merah, putih, halia- tumis hingga wangi.Masukkan rempah kasar cengkih, lawang, pelaga dan kulit kayu manis. Tumis lagi.Masukkan tulang. Tumis hingga warna tulang sedikit brown dan semua airnya kering.

Masukkan air secukupnya- saya guna dalam 1 1/2 jug besar air.Masukkan semua bahan daripada perut lembu hingga pokok ketumbar. Masak hingga menggelegak dan daging pada tulang lembut.Masukkan perisanya iaitu sos ikan, gula dan kicap.Dah sedap rasanya boleh tutup api dan sejukkan.

Tapiskan supnya masuk dalam periuk lain.Keluarkan tulang, perut dan fishball.Panaskan semula sup sebelum menghidang.


Bahan mee/kueh tiew/mihun;
Kueh tiew dibasuh bersih dan ditoskan.Mee kuning dibasuh bersih dan ditoskan.Mihun dicelur sebentar dan dibilas serta ditoskan kering.

Bahan hiasannya;
Taugeh- dibersihkan
Daun ketumbar- dipotong kasar
Kacang tanah digoreng tanpa minyak- ditumbuk kasar
Chili flakes secukupnya
Asam limau nipis dipotong

Cili kicap;

5-6 biji cili padi
Sedikit cuka
Sedikit kicap manis
Campur semua bahan. Gunakan sebagai sos untuk mee celup.

Cara menghidang;

Panaskan sup.Masukkan mee dalam mangkuk.Masukkan daging/perut dan fishball serta taugeh.Masukkan kuah sup ke dalam mangkuk.Hias dengan daun ketumbar, kacang tanah, cili flakes dan  asam limau nipis.Masukkan sos cili kicap untuk lebih kawww!!!Selamat menikmatinya..sluuurrppp  hehehehe, berpeluh2 nanti..tak caya, cubalahhh. 


Versii sempoi
Bahan-Bahan:

mee kuning/bihun/kuew tiew
lobak jeruk
ikan bilis goreng
kangkung
kacang tanah tumbuk
garam
gula
perasa
limau nipis
bawang putih (ditumbuk dan digoreng)bahan-bahan sup
perut lembu
daging lembu
rempah sup 

Cara:terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut). 

Cara-cara menyediakan mee celup
ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup. Lepastu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas)serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.

Thursday, May 22, 2014

Ikan masak cuka



5 keping ikan tongkol/tuna/kembung/tenggiri digoreng (ikan digaul kunyit dan garam)
6 sb cuka
2  biji bawang besar belah 6
6 ulas bawang putih dihiris nipis
1 1/2 inci halia dihiris nipis
2 sb gula
3 cawan air
15 biji cili api/6 biji cili hijau dibelah dua (kali ni saya guna cili merah + hijau dihiris)
2 sb biji sawi
1/2 biji timun sederhana besar dibuang bijinya dan dipotong sederhana.
garam dan gula secukup rasa

--------
Panaskan minyak di dalam periuk,
Masukkan bawang, halia dan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
Masukkan cili dan biji sawi. Tumis hingga layu.
Masukkan cuka dan kacau sebentar. Masukkan air, ikan dan timun.
Bila dah mendidih, masukkan gula dan garam secukup rasa.

----
***selalunya kalau masak taucu atau pun masak cuka ni saya letak garam kemudian sebab ikan yang dah digoreng tadi telah diletak garam, kemasinan ikan tu akan turun ke kuahnya, jadi tak perlu garam banyak sangat....


Ini la menu makan malam kitrg.....lengkap dah kot....
en hubby kisarkan mangga jadi jus.....
memang terlebih kenyang ari ni

sambal hijau + sayur sawi  dan bunga kobis tumis dengan tauhu lembut + ikan masak cuka + jus mangga yg takde dlm gambar...

Sambal hijau padang

Salah satu menu malam ni ialah sambal hijau minang... tapi kejadiaannya tak berapa hijau... salah satu sebabnya saya kurangkan jumlah cili, bawangnya terlupa nak kurangkan dan tomato yang semalam beli hijau dah tukar ke oren........huhuhu. Teruskan juga niat sbb teringin sangat nak makan sambal dengan sayur tumis tu nanti...


Resepi ni saya dapat dari sumber ni...
http://infooresep.blogspot.com/2013/09/resep-sambal-cabe-hijau-padang.html?m=1
Bahan-bahan :
250 gram cabe hijau besar, buang tangkainya (cili hijau)
50 gram cabe rawit hijau (untuk hasil lebih pedas) (cili padi)
4 siung bawang merah (4 biji)
3 sendok teh minyak goreng, untuk menggoreng
2 siung bawang putih (2 ulas)
2 buah tomat ijo (tomato hijau)
½ sendok teh air jeruk nipis (air perahan limau nipis)
Gula pasir secukupnya
Garam secukupnya
Cara Membuat Sambal Cabe Hijau
Potong kasar cabe hijau dan cabe rawit hijauKemudian kukus cabe hijau dan cabe rawit hijau bersama dengan bawang merah, tomat, dan bawang putih kurang lebih 5 menit. AngkatJika sudah layu, tumbuk bahan diatas secara kasar. Usahakan saat menumbuk, semua bahan tercampur sempurna.
Siapkan minyak goreng dan tumis semua bahan sampai layu dan tercium bau yang harum.Terakhir tambahkan gula, air jeruk dan garam pada tumisan dan aduk rata. Masak terus sampai benar-benar matang.Angkat sambal dan sajikan bersama lauk yang lain.

Resepi dari blog matgebu menggunakan ikan bilis.
BAHAN-BAHANNYA :-)
8 biji cili hijau, cuci dan toskan
20 biji cili padi hijau thai, cuci dan toskan
5 biji bawang merah, hiris
1 biji tomato hijau, dicincang
1/2 genggam ikan bilis, dibersihkan, cuci, tos dan goreng garing
2 camca besar jus lemon
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :-)
Kukus cili hijau dan cili padi selama 8 - 10 minit, angkat dan sejukkan. Kemudian tumbuk cili tadi bersama2 bawang merah hingga lumat. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga sambal garing, gunakan api perlahan dan kacau selalu.Masukkan jus lemon, kacau dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ubi rebus...

Sambal tomato goreng

Mlm ni punya menu sampingan....resepi dari sahabat di seberang.

Resepi ni saya ambil daripada blog sambalnikmat.

Bahan-bahan:

2 buah tomato ukuran sedang, potong-potong
5 buah cabe merah besar, potong kasar
3 buah cabe rawit merah (cili padi merah)
4 butir bawang merah
2 siung bawang putih (2 ulas)
1 sudu teh belacan bakar (jika suka)
minyak untuk menumis/menggoreng
Garam dan gula secukupnya

Cara Membuat Sambal Tomato Goreng

Tumis bawang merah, bawang putih, cili dan belacan sampai harum.
Masukkan tomato tumis hingga air tomatnya habis dan semua bahan layu. Angkat
Selanjutnya tumbuk semua bahan, bisa juga menggunakan blender (lebih enak jangan terlalu halus)
Sambal Tomato siap dijadikan teman nasi

Sambal ni saya cicah dengan timun yang orang bagi...pegi rumah pakcik yg jual baja dan tanah compos kat pasar stadium untuk cari pokok kacip fafimah tapi dapat timun....