Pages

Saturday, May 24, 2014

Mee celup kelantan

Menu sarapan cum lunch..... siap masak dah dekat kul 11. Siap bzkan anak2 dgn suruh diorang mengemas msinan sementara ummi memasak.... bila diorang turun jer terus puji sedapnya bau......tak sabar nak makan.

Hubby takde....jaga gerai wakaf masjid kat expo...tapi lepas subuh dah minta dia pegi kepasar carikan kuey tiaw dan tulang + daging + perut. Sebab sampai ke pasarnya subuh sangat, perut lembu tu angah penjual faging tu belum kluarkan lagi....nak tunggu tak sempat....jadinya versi mee celup saya kali ni takde letak pun perut lembu......frustnya....kalau ada mesti lagi terangkat...

Memasing dah lapar sangat termasuk la ummi diorang ni....bila snap gambar ni terlupa nak letak cili flake...lepas je amik gambar terus jer saya ngap kuey tiaw tu.....nak ambil gambar lain kang sapa pulak nak makan.....hehehe....apa ada pada gambar....nak tau sedap tidak nya jom le kita pakat ramai2 masak mee celup yang femes kat kelantan nih...

opppssss.....satu lagi saya tak letak....limau nipis...stok takde kali ni... dan kalau ada lobak asin...hiris kecil2 dan tabur bila nak makan....pun sedap...cuma saya takde stok kali ni.

Dari banyak2 resepi yang saya jumpa, saya pilih resepi dari sumber blog duniacikguwan. Bahannya banyak dan berjela la sikit tapi saya suker...saya suker.....

Kat bawah tu ada satu lagi resepi mee celup versi sempoi....tapi saya lupa sumbernya....terima kasih sume..

Bahan untuk supnya;
3 ketul tulang yang ada dagingnya
Sekeping besar tapak tangan perut lembu, lebihpun tak apa- yang original ialah perut lembu muda/susu
2 peket fishball- boleh ganti dengan meatball/chikenball
4 ulas bawang putih-mayang
4 ulas bawang merah-mayang
2 inci halia-mayang
4 kuntun bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang celery-potong besar
1/2 batang lobak putih-potong kasar
1 batang serai-ketuk
1 pohon pokok ketumbar-ketuk akarnya

Perisa sup;
Sos ikan secukupnya
Gula kabung/gula somtam
Kicap masin


Cara-caranya;
Panaskan minyak dalam periuk besar/dalam.Masukkan bawang merah, putih, halia- tumis hingga wangi.Masukkan rempah kasar cengkih, lawang, pelaga dan kulit kayu manis. Tumis lagi.Masukkan tulang. Tumis hingga warna tulang sedikit brown dan semua airnya kering.

Masukkan air secukupnya- saya guna dalam 1 1/2 jug besar air.Masukkan semua bahan daripada perut lembu hingga pokok ketumbar. Masak hingga menggelegak dan daging pada tulang lembut.Masukkan perisanya iaitu sos ikan, gula dan kicap.Dah sedap rasanya boleh tutup api dan sejukkan.

Tapiskan supnya masuk dalam periuk lain.Keluarkan tulang, perut dan fishball.Panaskan semula sup sebelum menghidang.


Bahan mee/kueh tiew/mihun;
Kueh tiew dibasuh bersih dan ditoskan.Mee kuning dibasuh bersih dan ditoskan.Mihun dicelur sebentar dan dibilas serta ditoskan kering.

Bahan hiasannya;
Taugeh- dibersihkan
Daun ketumbar- dipotong kasar
Kacang tanah digoreng tanpa minyak- ditumbuk kasar
Chili flakes secukupnya
Asam limau nipis dipotong

Cili kicap;

5-6 biji cili padi
Sedikit cuka
Sedikit kicap manis
Campur semua bahan. Gunakan sebagai sos untuk mee celup.

Cara menghidang;

Panaskan sup.Masukkan mee dalam mangkuk.Masukkan daging/perut dan fishball serta taugeh.Masukkan kuah sup ke dalam mangkuk.Hias dengan daun ketumbar, kacang tanah, cili flakes dan  asam limau nipis.Masukkan sos cili kicap untuk lebih kawww!!!Selamat menikmatinya..sluuurrppp  hehehehe, berpeluh2 nanti..tak caya, cubalahhh. 


Versii sempoi
Bahan-Bahan:

mee kuning/bihun/kuew tiew
lobak jeruk
ikan bilis goreng
kangkung
kacang tanah tumbuk
garam
gula
perasa
limau nipis
bawang putih (ditumbuk dan digoreng)bahan-bahan sup
perut lembu
daging lembu
rempah sup 

Cara:terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut). 

Cara-cara menyediakan mee celup
ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup. Lepastu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas)serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.

No comments:

Post a Comment