Pages

Saturday, February 9, 2019

Victoria Sandwich Cake






Alhamdulillah.... siap dua biji kek tempahan pagi ni....kek karot dan kek victoria sandwich untuk majlis reunion sekolah Rozitaza Za....
Kek victoria sandwich ni kalau ada blueberry ngan buah leletup tu lawa lagi....tapi apakan daya kedai buah tu tutup pulak....supermarket pun buah tak banyak pilihan.....rak banyak yg kosong.

Kek victoria sandwich ni dah siap masuk kotak....seal....baru teringat lupa letak satu benda lagi.....jem strawberry....aduh.....alhamdulillah tuannya belum bawa pergi....jadi sudukan jer la strawberry compote tu kat celah2 deco atas kek tu....fuhhhhh.



Petang sat gi nak deko dua biji lagi tempahan kek karot pick up kul 2.30 dan 5 petang nanti.
Resepi ini saya ambil dari blog azlita masam manis....tq....kemenjadian kek ni best sgt....tapi saya derhaka sikit guna salted butter sbb takde stok unsalted, pastu saya letak baking powder juga...😬😬😬.


Victoria Sandwich Cake

Bahan Kek

220 gm tepung kek (saya guna tepung gandum...tepung kek yilek)
30 gm tepung jagung
secubit garam (saya tak letak sbb guna salted butter)
(Saya tambah 2 sk baking powder- resepi asal takde....jadi terpulang nak letak ke tak sbb kek ni memang sepatutnya agak padat dan sedikit keras tapi citarasa saya sukakan kek yg lembut dan gebu)

Bahan-bahan ini perlu di ayak sebanyak 3 kali

250 gm gula castor
250 gm mentega (resepi asal unsalted)
2 sudu besar golden syrup (saya guna madu)
2 sudu teh esen vanilla
5 biji telur (saya derhaka juga kat sini...guna 7 biji telur gred C)

Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu.
Jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk pemutar supaya adunan di pukul rata.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik sambil di putar perlahan.
Tambahkan esen vanilla dan terus putar hingga sekata.

Tambahkan tepung yang telah di ayak
Kaup balik dengan spatula hingga rata
Tuangkan adunan dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan butter dan di lapik dengan kertas pembakar.
Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C
Bakar kek selama 25 ~ 30 minit.
Jangan terlebih masa nanti ia keras
Sementara menunggu kek kita masak sediakan krimnya pula jika anda sukakan kek yang berkrim. Kalau tak suka krim boleh terus sapukan jem atas kek.

Vanilla Cheese Krim

Olahan resepi dari Rima
1 1/2 cawan non Dairy Whipping Cream
56 gm cream cheese
2 sudu besar lemon jus

Putarkan cream cheese dan lemon jus hingga lembut
Dalam bekas pemutar lain putarkan Whipping Cream hingga kental
Satukan cream cheese dan cream putar dan kaup balik rata

Masukkan dalam piping bag.
Letakkan satu keping kek atas lapik kek
paipkan cream di atasnya
Kemudian letakkan jam strawberry tadi.
Tutup dengan satu keping kek lagi




Ulang proses yang sama
Akhir sekali hiaskan kek dengan buah-buahan berries yang segar
Anda boleh juga ayakkan gula icing di atas buah-buahan tadi

Wednesday, February 6, 2019

Grilled chicken olio oglio


Menu sarapan pagi di pejabat khamis lepas. Untuk mesyuarat peperiksaan.  Menu ringkas tapi yummy gitew.

Tempahan member ofis....2 versi, dengan ayam dan vegetarian.


Grilled chicken olio oglio

3 keping Dada ayam
4 sb Sos hoisin
4 sb Sos tiram
4 sb Sos nandos
Garam dan lada hitam secukup rasa

Gaul rata. Perap 30 minit. Bakar dalam oven. Setelah masak, hiris nipis. Ketepikan

Rebus pasta ikut arahan dipack.

1 labu bawang putih - cincang halus
Cili flake secukup rasa
Minyak zaiton secukupnya

Fresh parsley - cincang daunnya
Capsikum - potong ikut citarasa
Cendawan butang - hiris halus

Brokoli - celur dengab air garam selama 1 minit.  Angkat, tos dan rendam air ais.

Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan cili flake hingga naik bau. Masukkan cendawan. Tumis sebentar. Masukkan pasta. Gaul rata. Masukkan capsikum dan fresh parsley. Gaul rata.  Tumis hingga capsikum masak. Jangan terlalu layu. Matikan api dan masukkan ayam dan brokoli. Gaul rata. Pindahkan ke dalam mangkuk hidangan. Taburkan parmesan cheese jika suka. Sedia dihidang.


Biskut nestum chocolate chips


Cuti CNY dimanfaatkan dengan membuat  nestum chocolate chips cookies ni untuk anak2 dan juga dihadiahkan kepada jiran2 yang menyambut CNY.


Biskut nestum chocolate chips

150gm tepung gandum
1/3 sk emplex
1/2 sk baking powder
1/4 sk garam
60 gm nestum
150 gm chocolate chips (pilih semi sweet atau bittersweet jika suka)
80 gm kekacang pilihan (almond, walnut, hazelnut dll) - cincang kasar - kalau almond dah ada jual yg dipotong)
150 gm mentega tanpa garam (kalau guna mentega bergaram abaikan penggunaan garam di atas)
140 gm gula perang (soft brown sugar) (saya guna 100 gm gula sahaja sebab guna chocolate chip biasa)
1 biji telur gred A
1/2 sk esen vanilla

Cara2nya

Ayak tepung, emplex dan baking powder. Masukkan garam, nestum, choclate chips, kekacang. Gaul rata.

Dalam mangkuk lain, satukan mentega dan gula. Pukul menggunakan senduk kayu hingga sebati dan ringan selama lebih kurang 5 minit. Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga adunan sebati.

Masukkan adunan tepung tadi dan gaul sebati. Sudukan adunan ke atas loyang. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160° - 170° celsius selama lebih kurang 20 minit atau hingga keperangan dan rangup. Sejukkan diatas rack sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.