ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Saturday, September 9, 2017
Sambal ijo padang
Tadi pagi selepas kecewa kat kebun tengok pisang kena rembat lagi dan lagi singgah kebun bff yang kebetulan tak jauh dari kebun kitrg. Pegi tolong kutip hasil.... pegaga, terung, ulam raja...cili (geram tengok....penuh pokok buahnya)
Balik umah buat la sambal ijo yg tak berapa nak ijo nih....sbb tomato ijo takde...guna la tomato masak. Tapi rasanya tetap pijo....
Sambal ijo padang
http://www.zulfadreamland.blogspot.my
Bahan-bahan :
250 gm cili hijau besar, buang tangkainya
50 gm cili padi
4 ulas bawang merah
3 sudu teh minyak untuk menggoreng
2 ulas bawang putih
2 biji tomato hijau
½ sudu teh air perahan limau nipis
Gula pasir secukupnya
Garam secukupnya
Cara Membuat Sambal Cili Hijau
Potong kasar cili hijau dan cili padi hijau. Kemudian kukus cili bersama dengan bawang merah, tomato, dan bawang putih lebih kurang 5 minit. Angkat jika sudah layu, tumbuk kasar bahan di atas.
Siapkan minyak goreng dan tumis semua bahan sampai layu dan tercium bau yang harum. Terakhir tambahkan gula, air limau dan garam pada tumisan dan kacau rata. Tumis terus sampai masak. Angkat sambal dan sajikan bersama lauk yang lain.
No comments:
Post a Comment