ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Pages
▼
Saturday, September 9, 2017
Ayam kampung goreng halia
Ayam kampung yang dirancang nak masak nasi ayam penyet dah jadi tak penyet. Bahan terlupa nak cari masa ke pasar tadi. Dah balik rumah malas la pulak nak keluar. Jadi sudahnya saya goreng halia dan makan dengan nasi putih...ulam dan sambal ijo.
Auam kampung goreng halia
1 ekor ayam kampung dara - potong 8
Rebus hingga empuk dengan 3 inci halia yang dihiris nipis. Asingkan ayam dengan air rebusan. Simpan aor rebusan untuk kegunaan lain nanti.
Gaul ayam dengan garam, serbuk kunyit dan 1 1 cawan halia kisar. (Kisar 10 inci halia dengan sedikit air). Perap sebentar. Goreng ayam hingga keperangan. ( goreng juga baki halia yg dikisar hingga garing).
No comments:
Post a Comment