Pages

Thursday, September 7, 2017

Ikan talang tumis daun limau purut


Balik kampung hujung minggu cuti sekolah yang lepas sempat juga saya singgah di pasar pekan rengit. Mencari lauk pauk untuk stok di rumah. Ikan tak banyak macam sebelum ni.....segar dan pelbagai. Kali ni ikannya kebanyakan ikan lama dan tak begitu banyak pilihan. Tapi memandangkan tak banyak kesempatan nak beli nanti saya beli juga lah dua tiga jenis ikan yang matanya masih jernih dan insangnya masih merah dan berlendir.

Masa jalan-jalan meninjau ikan2 yang ada kat gerai2 pasar tu, nampak la selonggok ikan talang ni. Penjual tu offer ambil semua stok yang ada dengan harga RM7 sekilogram.....errrmmmmm...ok jugak tu. Timbang semua adala dalam 3 kg lebih. Tapi kali ni saiznya kecil2....tak macam yang diberi dari pasar sungai yu dulu. Teringat masakan simple yang kak azie ajar, terus terliur... Bila2 nanti nak cuba juga dua tiga masakan menggunakan ikan talang yang sebelum ni cuma dimakan bila dah jadi ikan masin. Padahal kalau dibuat kari, masak kicap pun sedap....isinya lemak macam ikan terubuk tapi tak banyak tulang.


Ikan talang tumis daun limau purut @ ZLC

4 keping ikan talang - cuci bersih, lumur garam dan serbuk kunyit. Goreng.

Bahan Tumis

15 biji cili padi - ketuk
1 biji bawang holland/besar - hiris bulat
6 ulas bawang putih - ketuk
2 batang serai - ketuk
6 helai daun limau purut - hiris
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air asam jawa cair
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Tumis bawang putih dan cili hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan serai. (*Kali ni saya kisar bawang putih, bawang besar dan cili. selain tu saya tambahkan juga sedikit halia.) Tumiskan seketika hingga bawang sedikit layu. Masukkan air asam dan perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan dan gaul rata. Akhir sekali masukkan daun limau. Kacau rata. Biarkan seketikan dan tutup api. Dah siapppp....makan dengan nasi panas pun sodap.


No comments:

Post a Comment