Pages

Sunday, August 16, 2015

Homemade chicken ball in tomato soup

Sesekali melayan selera ala western. Dah jemu dengan nasi dan lain2 tu. Niat asal nak buat goulash tapi tercipta pulak resepi ni.....hehehe...camno tu.

Resepi ni simple jer....sesuai kot kalau nak diet. Kalau taknak makan gitu jer, boleh rebuskan pasta dan makan dengan sup ni...


Homemade chicken meatball in tomato soup

2 kg tomato direbus  dgn sedikit air hingga lembut - toskan dan kisar separuh.
8 keping dada ayam tanpa tulang - kisar bersama 2 biji bawang besar dan 8 ulas bawang putih serta sedikit garam dan 1 sk serbuk lada hitam. 
1 sb Serbuk lada hitam
1 sb serbuk cili
1 sb oregano
1 sb pasrley
5 helai daun bay
400 gm cendawan butang segar
Garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak zaiton


Cara2nya

Ayam yg dikisar tadi di bulat2kan. Kemudian goreng dengan minyak zaiton hingga keperangan. Masukkan serbuk cili dan tumis hingga pecah minysk. Masukkan tomato yg dikisar. Masak hingga mendidih. Masukkan baki tomato (buang kulit dan pecah2kan sedikit) dan cendawan butang segar.

Perisakan dengan garam, gula, oregano, parsley, bay dan lada hitam. Didihkan seketika hingga kuah sedikit pekat dan sedia dihidang begitu sahaja atau dengan pasta pilihan. 

**Taburkan hirisan daun ketumbar ketika menghidang untuk menambah perisa.

No comments:

Post a Comment