Pages

Sunday, August 16, 2015

Pengat Pisang

Pengat pisang ni antara menu mudah untuk disediakan sebagai minum petang....atuk pun suka sangat menu traditional ni....jom kedapur...


Pengat pisang caca

10 biji pisang abu atau 2 biji pisang tanduk atau nangka dihiris 1 1/2 inci tebal
1 cawan caca direbus empuk dan ditoskan
8 cawan santan sederhana pekat
Gula secukup rasa
Secubit garam
Sehelai daun pandan dicarik dan simpul

Satukan semua bahan dan masak hingga mendidih dan pisang lembut. Jangan sampai pisang lembik. Kacau selalu supaya tak pecah minyak.


Saya share juga resepi menarik yang dikongsi oleh seorang sahabat lama saya, ina. Resepi turun temurun dari opah beliau yang pasti istimewa dan menyelerakan sebagai pencuci mulut atau minum petang. Penggunaan gula hangus menggantikan gula melaka atau gula merah pasti memberi rasa istimewa kepada pengat pisang nih...

 Pengat Pisang Gula Hangus Opah Ina 

1. Hanguskan 1.5 senduk gula putih dlm periuk atas api sederhana

2. Bila gula mulai jadi perang, tambah sedikit air sambil kacau. Awas! Stim panas!

3. Masukkan santan sederhana pekat serta pisang yg sudah dibelah setengah dan memanjang

4. Tambah sedikit lagi gula pasir jika mahu lebih manis. Tidak perlu masukkan gula merah atau gula kabung dsb. Masak hingga pisang lembut sedikit dan bukan lembik terus.

5. Siap utk dihidang

No comments:

Post a Comment