Pages

Friday, December 12, 2014

Tumis pakis merah

Sayur ni feberet biras dari johor. Kalau datang ke rumah, mesti dia nak singgah pasar pagi jumaat kat jalan paip utk.beli sayur ni. Kat johor mahal katanya. Saya ni first time la masakkan benda ni....selalu ipar yg masak sendiri....hehehe...tapi hari ni diorg sume ke hospital lawat anak buah yang baru lepas operate jadi nak tak nak tolong la masakkan jua....


Tumis pakis merah
zulfaza love cooking

2 ikat pakis di lurut daunnya (batang lembut boleh ambil sekali)
4 ulas bawang merah
sejemput ikan bilis
Cili padi ikut citarasa
garam secukup rasa
minyak untuk.memumis

Tumbuk bilis, bawang dan cili padi. Tumis hingga kekuningan. Masukkan sayur dan perisakan dengan garam. Tumis hingga layu. Hindangkan.

No comments:

Post a Comment