Pages

Saturday, December 13, 2014

CALAMARI BUTTER akan sotong goreng mentega

Resepi ni saya amik dari post fb kat Legacy Secret Trading. Saya ubah suai skit caranya....memula prepare sotong....dah goreng jap, saya tos. Pastu tumis cili ngan daun kari ngan mentega...masuk susu....dah pekat2...masuk garam ngan gula skit masukkan sotong...gaul rata dalan dua minit gitu tutup api dan angkat sotong...saya toskan gak untuk keluarkan lebihan jus kalau ada la....sementara tu baru buat egg floss tu.....dah siap egg floss pindahkan sotong dlm bekas dan taburkan egg floss atas dia...

Bahan-bahan:

Seekor sotong besar, potong dan toskan. Perap dengan garam, kunyit dan serbuk kari sedikit. 
2 biji kuning telor. Kacau dan masukkan sedikit garam dan lada sulah. 
1/2 cawan susu segar 
2 sudu besar mentega 
1 tangkai daun kari 
5 biji cili api dipotong. 
Garam dan gula. 

Cara:

Mula-mula sediakan telornya. Panaskan minyak (lebih sikit). Masukkan telor yang sudah dikacau tadi perlahan-lahan. Pada masa yang sama sebelah tangan lagi mengacaunya secara bulatan menggunakan copstik. Masukkan hingga habis dan kacau tanpa henti hingga warnanya jadi sedikit kuning keperangan. Angkat, tapiskan dan simpan dalam bekas tertutup. Siap. 

Dalam minyak yang sama (kalau banyak, keluarkan sedikit) goreng sotong tadi. Lebih kurang 2-3 minit sahaja. Jika lama, sotong akan jadi liat. Angkat dan toskan. 

Panaskan mentega dalam kuali bersih dan masukkan sedikit minyak untuk elakkan mentega hangus. Dah cair masukkan daun kari dan cili padi. Kacau sebentar. Masukkan susu segar, kacau hingga berbuih-buih. Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan gula sedikit dan masukkan telor goreng tadi...kacau cepat-cepat dan tutup api. Siap.


No comments:

Post a Comment