Pages

Friday, April 5, 2013

Kuih cara manis

Resepi ni saya cnp dari blog nanie. Masa kat kampung dulu, ini la kuih minum petang yg mudah dibuat. Dulu2 buat kuih ni tak bancuh dgn santan pun. Pakai air jer, zaman tu perut tengah lapar, sedap ajer ngap nyer... Makan pulak bawah pokok rambutan dgn air teh/kopi panas....

Ni try la plak resepi yg letak santan...sedap.

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur - saya guna sebiji jer
3 helai daun pandan - saya guna pandan paste
Sedikit pewarna hijau - tak letak
secubit garam

BAHAN INTI KUIH :
Gula secukupnya

CARA MEMASAK : ~

~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .
~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2.

No comments:

Post a Comment