Pages

Friday, April 5, 2013

Kari udang air kelapa, kangkung goreng belacan dan keli goreng tepung

Lamanya tak update blog ni....almaklum la outstation sebulan....makan orang masakkan. Rindu sungguh nak memasak. Rasa nak jer pegi kitchen hotel tu minta kebenaran kat chef tu nak baking cake ker, buat kuah ke... Peluang yang ada sehari dua ni sebelum berangkat ke utara utk sambung kerja seminggu lebih je lagi tidak di sia2kan.

Pagi2 lagi dah ke pasar mencari apa yang patut. Kalau ikut hati habis semua yang dijual dipasar tu nak dibeli. Tapi nasib baik masih waras, beli apa yang sempat dimasak dalam tempoh dua tiga hari ni jer...

Menu pertama hari ni ialah kari udang galah air kelapa, pastu kangkung goreng belacan dan ikan keli goreng tepung. Amacam...terliur tak....kalau ye sila la cuba resepi ni ye.....

Kari udang air kelapa

1 1/2 kg udang galah
1 liter santan dari satu biji kelapa (kelapa parut perah dengan air kelapa ye)
4 sb air asam jawa
2 batang daun kari
1 sb kari ayam
1 sb kari ikan
****5 ulas bawang merah
****5 ulas bawang putih
****2 inci halia
Bendi dan tomato jika suka (saya tak letak sebab dah msk kangkung)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
-------
Tumbuk **** hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis **** dan daun kari hingga naik bau. Masukkan serbuk kari. Kacaukan sekejap. Masukkan air asam jawa. Kacau sebati hingga naik minyak. Masukkan santan dan perisakan dengan garam. Masukkan bendi. Biarkan mendidih dan masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna dan melengkung. Masukkan tomata dan biarkan selama lima minit dan siap....

Kangkung goreng belacan

1 1/2 ikat kangkung (potong2 atau siang le)
***3 ulas bawang merah
***3 ulas bawang putih
***Segenggam ikan bilis
***1 sb serbuk belacan atau sebesar ibu jari)
***6 biji cili api
2 sb sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

-----
Tumbuk *** hingga lumat. Tumiskan hingga naik bau. Masukkan sos tiram. Masukkan kangkung. Kacau hingga kangkung layu dan sebati. Rasa dulu baru tambah garam. Dah siap..

Ikan keli goreng tepung

Ikan keli basuh dengan tepung gandum. Bersihkan dan rendam dengan asam jawa dalam setengah jam.
Bersihkan dan tuskan.
Gaulkan ketumbar dan jintan manis yang ditumbuk halus dengan garam, kunyit dan sedikit serbuk kari. Masukkan ikan dan gaul hingga rata. Golekkan dan tekan2 skit ikan tu atas tepung gandum (ble gak kalau nak masukkan tepung jagung skit).
Goreng la hingga garing...
Makan panas2....dengan nasi berasap....yumyumyum..

No comments:

Post a Comment